Hari ini 13 Ogos dan merupakan Hari Orang Kidal Sedunia. Dirayakan setiap tahun sejak tahun 1996.
Sepuluh peratus daripada jumlah penduduk dunia adalah orang kidal. Sebagai golongan minoriti, jadi mereka perlulah belajar menyesuaikan dirin dengan gajet, alat tulis, kelengkapan memasak dan juga peralatan sukan.
Otak dan tubuh orang kidal berfungsi secara berbeza dengan orang tangan kanan. Begitu juga dengan orang yang boleh menggunakan kedua-dua belah tangannya.
Berikut adalah 10 fakta menarik mengenai orang kidal
1. Orang kidal cenderung mengunyah makanan di sebelah kiri.
2. Bagi pramatang selalunya akan membesar menjadi orang kidal.
3. Hanya 25 peratus sahaja orang kidal akan melahirkan anak yang juga kidal. Tiada kena-mengena dengan keturunan.
4. Orang kidal lebih mudah stres berbanding mereka yang cenderung guna tangan kanan.
5. Otak orang kidal bekerja lebih cepat ketika bersukan. Misalnya atau bermain game komputer.
6. Orang kidal selalu dikatakan lebih bijak.
7. Orang kidal lebih pemalu dan cepat cemas kalau buat salah.
8. Lebih ramai orang lelaki kidal berbanding perempuan.
9. Orang kidal lebih mudah kena alahan. Ini kerana mereka lebih mudah migrain dan sukar tidur.
10. Antara personaliti terkenal yang kidal ialah Angelina Jolie, Tom Cruise, Kim So Hyun, Park Shin Hye, Justine Bieber dan Oprah Winfrey.
Sumber: Mingguan Wanita
Datuk A Aida Terima Lamaran Ariff Kerana Dia Bujang, Bukan Suami Orang
Sekian lama hidup sendiri, kini tiba masanya penerbit terkenal, A Aida, 48, akan berkahwin lagi. Jodohnya pula dengan lelaki yang jauh lebih muda, iaitu pelakon, Ariff Aziz, 29. Orang kata kalau dah jodoh tidak ke mana.
Mulai berkenalan sejak empat tahun lalu di bawah produksi A.Aida Production, Arif akui dulu hubungan mereka hanya setakat majikan dan pelakon saja. Namun lama kelamaan perasaan semakin sayang dan serasi. Ariff pernah membintangi drama Di Pinggir Neraka dan Isteri Untuk Diiktiraf.
Walau dikecam di laman sosial masing-masing kerana dianggap tidak sesuai disebabkan jarak usia, namun mereka tetap dengan pendirian.
A.Aida dan Ariff akan dinikahkan pada Sabtu ini di sebuah hotel di Subang Jaya. Majlis pula akan diadakan pada April tahun depan bersempena dengan hari jadi A.Aida sendiri.
Dilamar dengan petikan gitar
A post shared by mStar Online (@mstaronlineofficial) on
Menurut laporan Sinar Harian, hubungan mereka ni mula jadi bualan netizen apabila Ariff melamar A Aida di sebuah restoran makanan Arab. Masa tu, mereka makan di sana dan kemudian ada lelaki datang sambil bermain gitar. Ketika itulah Ariff melamar A Aida dengan sebentuk cincin.
“Saya tidak menjangka dia nak buat kejutan di tempat awam. Terharu dibuatnya dan hampir menitiskan air mata. Apatah lagi ramai pula yang tengok. Apa pun, saya menganggap ini kenangan paling indah dalam hidup,” ujar A Aida.
Bukan suami orang
Hidup bermadu bukanlah mudah. Walau ada yang bahagia dengan poligami namun ramai yang mengelak kerana tak sanggup nak calar emosi sendiri. Ariff atau Wan Izma Ariff Abd Aziz, 29, dikatakan berjaya memikat hati A Aida kerana sikapnya yang matang. Tapi paling utama bagi wanita ini ialah Ariff bukan milik sesiapa.
“Walaupun dia masih muda, tapi dia matang. Saya menyukai keperibadian dimiliki. Apa yang penting juga, dia bujang dan bukan hak orang. Ariff akan menguruskan majlis nikah kami. Jadi, doakan yang baik-baik dan segala urusan dipermudahkan,” katanya lagi.
Nak berhijab
A.Aida juga ada menyatakan hasrat untuk memakai tudung selepas berkahwin. Tiada sesiapa yang memaksa. Hasrat itu timbul sendiri dengan adanya nasihat daripada Ariff.
Vanilla Kismis mendoakan kebahagiaan A Aida dan Ariff akan berkekalan. Usia hanya jarak beza yang tidak menentukan bahagia atau tidak sesebuah perkahwinan. Lihat saja contoh terdekat misalnya Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Mereka tetap bahagia walaupun usia berbeza jauh.
Sumber: https://www.instagram.com/mstaronlineofficial/ & http://www.sinarharian.com.my/hiburan/dilamar-pelakon-muda-a-aida-bakal-kahwin-lagi-1.852949
Tidak Sia-sia 20 Tahun Derita, Sengsara, Dihina & Diaibkan! Luahan Dari Hati Datuk Seri Anwar Sejurus Pembebasannya
Hari ini menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke pangkuan keluarga selepas dibebaskan dari penjara setelah diberi pengampunan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong.
Terus mengadakan sidang media di kediamannya di Bukit Segambut sebaik pulang dari Istana Negara, ramai menunggu luahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejurus selepas dibebaskan.
Dan ini yang diluahkan oleh beliau.
Dari Penjara Ke Istana
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kerana perjalanan liku dan derita berakhir pada hari ini untuk membolehkan saya mengecap udara bebas.
Sebaik telah dibawa mengadap ke Istana Negara menemui Yang Dipertuan Agung bersama Azizah dan Azmin. Saya sampaikan terima kasih kepada Tuanku kerana keputssan segera dan tegas membebaskan sepenuhnya tanpa sebarang syarat.
Kita bersama Tuanku hampir satu jam berbincang dan saya terasa terkesan kerana tagline ‘dari penjara ke istana.’
Kebetulan sebelum saya tiba, saya bertemu Tun Mahathir di perkarangan istana. Saya sampaikan terima kasih kerana membantu dalam proses ini, membantu Yang Dipertuan Agung memperkenankan pembesasan tanpa syarat.
Saya dibersihkan dari segala pertuduhan
Saya mahu jelaskan tentang pembebasan ini, kita tidak mohon pengampunan kerana kesalahan disabitkan. Kita tuntut pembebasan kerana fitnah dan salah guna kuasa serta apa yang disebut perjalanan yang bercanggah dengan prinsip keadilan dan prinsip inilah yang diterima oleh Yang Dipertuan Agung dalam membebas saya dan membersih semua sekali rekod sebelum ini.
Jadi bila penggarah pengarah dan kakitangan penjara menemui untuk mememaklum secara rasmi tapi saya tak perlu tandatangan apa-apa kerana saya dibersihkan daripada segala pertuduhan dan hukuman.
Saya dan Azizah bercadang bertemu Tun Mahathir untuk menyatakan penghargaan kami. Cuma berikan saya sedikit ruang untuk bersama dengan keluarga walaupun malam ini akan berada di Petaling Jaya menemui rakyat.
Dulu di penjara, kini diberi penghormatan tertinggi
Ini berlaku dengan izin Allah kerana daya juang dan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat malaysia seluruhnya.
Berjuang hampir 20 tahun tanpa rasa letih alhamdulillah. Hari ini satu permulaan, kita menyaksikan satu babak baru dan saya menyatakan sokongan saya kepada pimpinan Tun Dr. Mahathir dan Azizah, dan saya akan membantu dan menyokong sebagai rakyat biasa.
Saya syukur, kedia tidak sesia-sia menanti hampir 20 tahun derita sengara dihina dan diaib. Saya menanggungnya, Azizah menanggungnya dan sahabat setia menanggungnya. Alhamdulilllah dengan sokorang rakyat kita saksikan perubahan, saya cukup terharu.
Bayangkan seorang yang termerengkok dalam penjara diberi penghormatan yang tertinggi oleh Yang Dipertuan Agung yang menjelaskan sendiri kenapa keputusan memerdekan saya dibuat.
Demikian bicara awal Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya sebelum diterjah dengan soalan serius.
Tapi satu yang diperhatikan meski lama terpenjara, terpinggir daripada perkembangan semasa keindahan dan kepetahan bicara Datuk Seri Anwar tidak sedikit pun hilang malah dilihat makin menarik.
Abby Fana Flash Back Kisah 10 Tahun Dulu Pasal Siti Nordiana dan Ally Iskandar. Bikin Nana Nak Nangis
Semalam, penyampai radio Sinar FM, Abby Fana memuat naik foto bersama penyanyi, Siti Nordiana di instagram. Kapsyen foto itu menarik perhatian kerana beliau telah bercerita kisah Siti Nordiana yang sudah 10 tahun berlaku.
A post shared by abby fana official (@abbyfana) on
Cerita semalam…jumpa nana@sitinordiana di majlis raya rumah IM Asyraf…seinci x berubah, nana tetap friendly & humble. Meh k.bed nk singkap cerita ttg nana ketika k.bed mengacarakan Mhi lebih 10 thn dulu…aritu k.bed bergandingan dgn @allyiskandarrasmi …ally sgt ‘mahal’ dgn pujian…so klu dia puji, maknanya dia puji sungguh2. Ally ckp pd k.bed ‘siti nordiana has a beautiful & soothing voice, dunno why dia x brapa menonjol’ & k.bed jawap ‘i’m sure her time will come insyaAllah’ & Ally angguk ‘yup!’. Itulah kisah di sebalik yg x pernah diceritakan…hehehe
Menurut Abby Fana yang lebih mesra dipanggil Kak Bed, ketika itu beliau mengacarakan MHI bersama Ally Iskandar. Ally ni jenis orang yang susah nak memuji orang. Jadi kalau dia puji tu maknanya memang betul pujian dan bukannya sekadar ambil hati.
Sepuluh tahun lalu, Siti Nordiana atau Nana bukanlah seperti mana Nana sekarang. Dia dicop sebagai penyanyi kampung. Namun selepas menang Gegarvaganza, barulah Nana naik dan bakatnya lebih menyerlah.
Ketika itu Ally menegaskan Nana ada suara yang sedap tapi entah di mana silapnya, Nana kurang menonjol. Kata Kak Bed, dia yakin masa Nana akan tiba. Nah, tengoklah Nana sekarang. Hebatkan.
Nak nangis baca
.
Aura, bakat dan kesabaran
TQ sebab kongsi cerita
Semoga Nana terus berjaya
Sumber: https://www.instagram.com/abbyfana/?hl=en