Minggu lalu Perodua telah melancarkan model Myvi terbaru. Memang cantik rekaan terbaru ini dan ramai yang berkenan.

Dijual pada harga antara RM44,300 hingga RM55,300 dianggap kereta mampu milik bagi kita golongan biasa.

Mesti ramai yang dah berkira-kira dan beli atau pun tukar kereta bila tengok model Myvi baru ni kan. Ya lah harga kereta tu pun rasanya takdelah mahal sangat macam kereta lain.

10 Sebab Anda Yang Bergaji  RM2,000 Belum Boleh Beli Lagi Myvi Baru Atau Kereta Sama Harga Dengannya

10 Sebab Anda Yang Bergaji  RM2,000 Belum Boleh Beli Lagi Myvi Baru Atau Kereta Sama Harga Dengannya

Tapi sebelum sebelum teruskan hajat tengok dulu slip gaji. Sebenarnya gaji RM 2,000 yang kita kira macam banyak tu pun belum layak lagi beli Myvi atau kereta lain yang sama harga dengannya.

Perkara ini dinasihatkan oleh saudara Harith Faisal yang selalu berkongsi tip pelaburan, hartanah dan kewangan kalangan anak muda. Kenapa dia cakap macam tu? Ini sebab yang disenaraikan.

IKLAN

Tunggulah dulu, walau pun bujang

1. Kalau bujang gaji RM2,000 tak payahlah pakai Myvi 2018 tu. Tunggu dululah. Naik motor pun dah okay. Motor biasa ya, bukan superbike idaman anak muda yang mahal gila. Padahal kalau hujan, basah kuyup juga.

2. Harga kereta yang patut kita beli harganya setahun gaji. RM2,000 x 12 baru dapat RM24,000. Beli kereta harga begini. Atau tunggu gaji naik lagi.

3. Kalau dah terbeli, susah nak mula menyimpan 30% gaji untuk tabung deposit rumah. RM2,000 x 30% = RM600. Nak simpan 10% gaji pun belum tentu boleh.

4. Kereta RM500, minyak RM200, tol RM200, servis RM100, sewa bilik RM300, parking RM200, makan RM300, ibu bapa RM200. Duit habis tiada simpanan. Takaful untuk perlindungan langsung tiada.

5. Lain orang berbeza keutamaan. Tapi ramai tak sedar, lebih baik beli rumah dulu barulah kereta. Lainlah kalau kita gaji besar. Setakat Myvi, pandang sebelah mata.  Apa-apa pun, buatlah kira-kira.

IKLAN
Selain itu:  Teknik Asing Duit Gaji Paling Kuno Tapi Cukup Berkesan, Confirm Boleh Menyimpan!

10 Sebab Anda Yang Bergaji  RM2,000 Belum Boleh Beli Lagi Myvi Baru Atau Kereta Sama Harga Dengannya

Jangan ikut cakap orang suruh beli kereta kedua

6. Kalau dah berkahwin, dah ada satu kereta, tak perlu tambah Myvi 2018 kalau pergi kerja pun ikut jalan sama. Pergi kerja sama-sama lebih romantik dan bahagia.

7. Jangan ikut cakap orang suruh beli kereta kedua. Sebab yang lebih faham keperluan keluarga kita bukan mereka tapi kita. Kalau mereka nak tolong bayar, takpa juga.

8. Tabung rumah lebih utama berbanding Myvi 2018, melainkan kita sanggup hidup menyewa lama-lama. Hidup menyewa lama pun takpa sebenarnya, asalkan dah ada rumah lain atas nama kita.

9. Cakap banyak pun tak guna, jom kira berapa gaji minimum patut ada untuk beli Myvi 2018 yang paling murah. RM44,300 / 12 = RM3,691. Ouh, gaji kena RM3,691 rupa-rupanya.

IKLAN

10. Sebelum buat keputusan beli Myvi 2018, fikir dulu beza LAYAK, MAMPU dan PERLU. Kalau semua dah okay, barulah pergi ke showroom dan order, “Bro, bagi gua Myvi 2018 seketul, bungkus ikat tepi”. Haha. – HF

Nota: Kami laki bini bekerja. Pakai satu kereta saja buat masa ini. Beli kereta baru tu pada Januari 2016 dengan harga RM33, dapat rebat RM3K. Jadi kereta tu dibeli pada harga RM30K. RM30K / 12 = RM2,500. Kereta saya tu patut dibeli oleh orang bergaji RM2,500.

 

Sumber : Harith Faisal & Foto www.paultan.org

Harith Faisal adalah seorang pelabur hartanah. Beliau aktif berkongsi dengan anak muda tentang pelaburan hartanah dan pengurusan kewangan di Facebook setiap hari.

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI