Sejak semalam, beg tangan Birkin dari jenama terkemuka dan mewah Hermes jadi bualan di laman sosial negara ini. Puncanya kerana ia antara barang yang dirampas dalam satu serbuan di kediaman bekas pemimpin negara.

Sebanyak 284 kotak berisi beg ini telah dirampas. Ia mengejutkan netizen kerana harga sebuah beg ini mencecah ratusan ribu ringgit.

Pasal apa beg ini mahal sangat? Ini 11 perkara tentang beg Birkin yang perlu kita tahu.

1. Birkin ialah model, Hermès ialah jenama

Jangan keliru, Birkin adalah model dan Hermes adalah jenama. Beg tangan Birkin oleh Hermès bukanlah sembarangan jenama atau koleksi yang ada boleh beli di pusat beli-belah mahupun butik.

11 Perkara Tentang Beg Birkin Yang Ramai Tak Tahu

2. Simbol kekayaan dan kemewahan

Ia kerana harganya yang mahal dan sukar dimiliki. Ia dinamakan sempena nama penyanyi dan pelakon Jane Birkin.

3. Harga berbeza mengikut saiz, warna dan material

Secara kasar, harganya bermula dari AS$9,000 (RM20,902) sehingga AS$150,000 (RM 348,369). Tapi setiap satu beg mempunyai harga berbeza mengikut material diguna, jahitan, aksesori tambahan dan masa buatan.

IKLAN

4. Jual ikut tempahan

Anda tak boleh membelinya sesuka hati di mana-mana kerana ia hanya dijual mengikut tempahan. Jualannya mengikut jadual yang sukar diramal dengan kuantiti terhad. Kepada mereka yang membeli dari pihak tengah, kena tunggu lama untuk mendapatkan satu unit beg, sekitar 6 bulan hingga 3 tahun!

5. Koleksi Birkin berasal daripada keluhan Birkin

Ia berasal daripada pelakon dan penyanyi Jane Birkin yang mengeluh betapa sukarnya mendapat beg kulit mengikut citarasanya pada 1981. Kebetulan keluhan itu disampaikan kepada ketua eksekutif Hermès, Jean-Louis Dumas yang duduk bersebelahan dengan Jane Birkin dalam penerbangan ke London dari Paris.

Selain itu:  Cara Buat Siakap Kengsom Yang Sedap, Kuah Pekat. Kisar Sekali Bahan Ini

11 Perkara Tentang Beg Birkin Yang Ramai Tak Tahu

Menurut berita, ilham dan reka bentuk asli Hermès Birkin dilakar di atas beg muntah dalam kapal terbang yang dinaiki mereka.

Pada tahun 1984, Dumas membuat sebuah beg kulit lembut untuk Birkin, berdasarkan satu rekaan 1892. Birkin menggunakan beg itu untuk dirinya sendiri namun kemudian mengubah fikirannya dan sejak itu ia menjadi ikon fesyen mewah.

6. Royalti untuk  Jane Birkin

Jane Birkin memperoleh beg Birkin secara percuma selain royalti secara tahunan yang dilapor sekitar £30,000 (RM166,890) pada tahun 2012.

IKLAN

7.  Satu beg ambil masa minimum 48 jam

Setiap unit beg tangan Birkin mengambil masa minimum 48 jam, disiapkan oleh seorang pakar terlatih dalam pembuatan beg yang bukan sahaja cantik tetapi berkualiti.

8. Birkin termahal pernah dilelong bernilai RM988,375

11 Perkara Tentang Beg Birkin Yang Ramai Tak Tahu

Ia diperbuat daripada kulit buaya rona merah jambu fuschia dilengkapi kancing berlian serta logam emas putih 18 karat.

9. Pelaburan yang bagus

Kajian menunjukkan beg Birkin yang unik (rare) mempunyai purata 14.2% pulangan tahunan sejak beberapa dekad lalu. Purata pulangan yang lebih tinggi daripada emas.

10. Berat sebuah beg Birkin tanpa isi 1 kg

Nampak macam kecil tapi bila isi telefon, dompet dan barang mekap ia mengembang.

11. Victoria Beckham pun hanya ada 100!

11 Perkara Tentang Beg Birkin Yang Ramai Tak Tahu

IKLAN

Victoria Beckham antara penggemar beg Birkin, dan beliau dikatakan mempunyai 100 beg Birkin (saja!)

 

Sumber: Free Malaysia Today & Harpers Baazar

 

 

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI