Ramai golongan muda hari ini mengeluh dengan kos perkahwinan sekarang yang semakin mahal. Kena ada paling sikit RM20 ribu dalam tangan baru boleh langsung.

Dan dalam urusan kahwin ini, barang hantaran antara yang diambil berat oleh bakal pengantin walaupun hakikatnya tak wajib pun.  Kadang-kadang boleh jadi membazir kerana tak digunakan pun lepas kahwin. Tapi disediakan sebab nak ikut trend.

Oleh sebab itulah bakal pengantin sekarang kena berpijak di bumi nyata. 14 tahun mendirikan rumah tangga, Fauzan N Siti menyarankan hantaran perkahwinan yang paling win.

Empat hantaran inilah yang sepatutnya diminta oleh pihak isteri supaya nanti akan berguna selepas kahwin dan memudahkan kerja mereka. Salah satunya steam iron, yang lain sila baca tapi memang berbaloi saranan dia orang ni.

Ikut pengalaman 14 tahun kahwin

Tak perlu hantaran berpuluh ribu pada hemat saya yang anak empat dan dah kawin 14 tahun ni..

Barang hantaran sepatut nya BUKAN bunga, kain, mekap, kasut tinggi membunuh dan minyak wangi (dahlah mahal, TAK membantu meringankan urusan isteri…Kata SAYANG…)

Tapi barang hantaran kawin adalah:

1. Steam iron Philip ( laju dpt gosok baju suami, anak-anak dan diri sendiri. Seriously lama weh gosok baju ni, bengkak kaki)

2. Pressure cooker Noxxa ( masak cepat gila, belum cerita masak utk dlm pantang. Memang mudah betul urusan so banyak lebih masa nak belai suami gitu…)

3. Mesin dryer kain ( ini memang hadiah paling istimewa, jimat masa jemur kain weh…hujan lagi. Masalah bau baju kepam tiada lagi. Bil electrik naik RM 50 sebulan ini hari-hari guna…)

4. Kuali Magic ikan (ini memang ohsem, bukan apa tambah bila kawin kan planning nak ada anak. Isteri bersalin mesti dlm pantang punya mudah masak ikan bakar. Cepat! Nanti bila anak dah besar sikit guna pulak nak buat lempeng bagai. Mudah, cepat,lebih banyak masa nak belai suami).

Ini baru berguna, ini baru tanda sayang isteri, ini baru akan membantu isteri utk lebih effektif dan dan ini baru tidak membazir duit.

Invest pada benda-benda yang berguna lepas kahwin

Seriously kasut tinggi hantaran saya tak pernah pakai. Rasa macam nak mati pakai..Sakit sana sini, rugi betul. Kalau beli kuali magic ikan tu dah dpt sebijik.

Senang nak masak utk siapa? SUAMI juga..

BETUL…kalau bakal suami nak isteri layan lebih walaupun dah anak 10 org, invest lah siap-siap utk benda-benda begini…memang tak rugi.

Cepat tag tunang masing-masing or mak bapak sila fikirkan. Tak payah minta wang hantaran puluh ribulah senangkan bakal menantu tu. Minta ini sudah, yg senang anak awak juga nanti..

Kata sayang anak… gitu…

Dan duit guna utk tangkap gambar beribu photoshoot bagai tu, pelamin semua cuba kira, Dryer dpt sebijik (RM 800), steam iron Philip sebijik (RM 1400), Noxxa sebijik (RM 800)

Note : Saya tidak jual barang-barang ini. Ini posting dari hati.

 

Sumber: Fauzan N Siti

Foto: Google & www.pelamin2u.com

 

 

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: