Baju baru terutama yang kena dengan cita rasa memang akan buat kita tak sabar menyarungnya.

Malah ada yang terus mengenakan baju ini tanpa membasuhnya terlebih dahulu tanpa sedar tindakan ini sebenarnya mungkin mengundang risiko.

Kita mungkin menyangka baju yang baru dibeli bersih kerana belum pernah dipakai. Tapi pakar dermatologi mengatakan sebenarnya ada unsur-unsur yang tidak diinginkan melekat pada fabrik baju meskipun ia baru.

Walau belum pernah dipakai tapi baju baru ini tidak dicuci dan mungkin sudah tersimpan lama. Ia juga biasanya sudah dipegang oleh pembeli dan pekerja tanpa diketahui bakteria yang mungkin hinggap dan bersarang pada baju tersebut.

Selain itu pakaian baru juga biasanya diselaputi bahan kimia yang digunakan semasa penghasilan baju ini. Ia juga boleh menyebabkan iritasi kulit. Penjelasan dari dibuat oleh pakar dermatologi, Dr. Donald Belsito dari Columbia University Medical Center dalam Wall Street Journal.

Sarang bakteria

Dalam satu ujian dilakukan pakar ini menemui bakteria, kulat dan kutu pada fabrik baju yang dipamerkan di premis pakaian meskipun berlabel ‘baru’.

Beliau turut mendapati telur kutu menempel pada baju ini yang kemungkinan besar kutu dan bakteria ini tersebar dari pakaian lain kerana ia selalunya diletakkan dalam tempat yang sama.

Jika tidak membasuh baju yang baru dibeli ini, ada kulit boleh mengalami kegatalan, ruam, dermatitis atau penyakit kulit lain terutama jika memiliki kulit yang sensitif.

Jadi walau begitu teruja untuk  tampil dengan baju baru, pastikan anda membasuhnya sebelum dipakai. Dah tentu anda akan lebih yakin dengan baju yang sudah dicuci bersih dan wangi bukan?

Sumber: www.today.com

 

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: