Kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke 14 baru baru ini Looksebenarnya menyaksikan kemenangan perjuangan Datuk Seri Dr. Wan Azizah.

Pelbagai dugaan, onak dan duri dilalui oleh wanita kecil molek yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat ini demi suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merengkok di penjara sejak 20 tahun lalu.

Jika ada anugerah isteri paling setia, tak dinafikan Datuk Seri Dr Wan Azizah tentunya wanita paling layak menerimanya.

Demikian ulasan Dr. Syahr Musafir yang juga pensyarah di Universiti Sains dan juga penulis ini tentang ibu Datuk Seri Wan Azizah juga ibu kepada Nurul Izzah dan serta lima lagi anak.

Ikuti perkongsian pandangan menarik Dr Syah Musafir ini yang sebenarnya terhasil dari perbualan dengan isterinya sendiri.

Kisah isteri seorang ahli politik Malaysia

Satu hari isteri saya berseloroh, “Abang, Sayang baca artikel pasal bagusnya cara Tun Dr Siti Hasmah bertanggungjawab check and balance kepada Tun Dr Mahathir yang selalu sibuk urus negara sejak join politik…”

Berperwatakan kering seperti biasa, saya sekadar memberi jawapan, “Betul dah tu. Bukan senang nak jadi isteri seorang Perdana Menteri.”

Pendek jawapan saya. Memberi respon sekadar itu, tak menoleh ke arahnya pun.

Isteri saya diam. Suasana sunyi. Dan si dia masih diam walaupun selepas beberapa minit. Pelik…

IKLAN

Saya rasa ada sesuatu yang tak kena, saya menyambung, “Bonda Tuan Sabariah #BTS isteri Tuan Guru Nik Aziz #TGNA pun bagus.”

Isteri saya diam juga. Alahaiiiiii… Merajuk ke ni?

Saya pandang isteri, nampak isteri pandang ke lain. Sah! Memang sah merajuk. Alamak, camne nak pujuk? Saya pandang ke isteri, walaupun wajahnya tak memandang saya.

Selain itu:  Cara Matikan Pokok Besar Sekitar Rumah Tanpa Perlu Tebang

“Politic aside, Abang sangat selesa pada seorang isteri kepada seorang ahli politik Malaysia. Nak cerita sikit ni, nak dengar tak? Kalau tak nak dengar, Abang tak cerita…” saya memulakan bicara.

Isteri dah mula menoleh, walaupun baru sipi-sipi. Taktik memujuk berjaya!

Dr Wan Azizah contoh isteri yang baik

Saya menyambung, “Ada tiga sebab, kenapa Abang rasa Datuk Seri Dr Wan Azizah  adalah contoh isteri yang baik.”

Isteri saya terus palingkan muka memandang tepat ke arah saya dan tunjuk minat. Confirm dia tak sangka saya nak cerita pasal DSWA, isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim #DSAI ini.

IKLAN

3 Sebab Datuk Seri Dr.Wan Azizah Layak Digelar Ikon Isteri Paling Setia Sepanjang Zaman

Sederhana dan rendah diri, bukti tudungnya!

“Pertama, sebab tudung bawal DSWA. Tak tahu harganya berapa sehelai, mungkin beribu-ribu, mungkin hanya RM10, tetapi pakai bawal nampak sederhana dan rendah diri. Lengkap pula baju kurung atau kebarung ringkas yang selalu DSWA pakai, nampak merendah diri sangat.

 

Kemenjadian anak-anak

Kedua, sebab kemenjadian anak-anak. Nurul Izzah, Nurul Nuha, Nurul Iman, Nurul Ilham, Nurul Hana, semua tampak solehah bertudung, educated, alhamdulillah. Ehsan Anwar pun OK. Sehebat manapun si ayah, si ibu adalah madrasah utama anak-anak. Apabila melihat anak-anak yang berjaya, kita kena puji ibu mereka dahulu, sebelum puji ayah mereka.

Dia setia, sanggup membela suami & kekuatannya…

Ketiga, sebab DSWA lambang seorang isteri yang sangat-sangat setia…,” saya berhenti. Bukan sebab tarik nafas atau sengaja berhenti, tetapi sebab saya rasa sebak.

“Wanita mana sanggup bersuamikan seorang lelaki yang dituduh peliwat, satu dunia tahu isu ini, dicemuh, dihina, dipenjarakan, diperkatakan…. Tetapi DSWA tetap ada di situ. Daripada seorang oftalmologis (doktor pakar mata) menjadi seorang ahli politik menubuhkan sebuah parti politik kerana mahu membela nasib suami.

IKLAN
Selain itu:  Tak Mahu Jauh Dari Bapa Yang Uzur, Kisah Hidup Sedih N Thanabalan Yang Perlu Jadi Contoh Anak Muda Sekarang

“Abang tak tahu dari mana DSWA dapat kekuatan untuk PERCAYA pada suaminya itu dan KUAT berusaha untuk mencari keadilan buat suami. Abang tak nak cerita pasal DSWA hebat atau lemah dari segi percaturan politik, tetapi Abang memang admire dan amaze dengan KESETIAANNYA SEBAGAI ISTERI KEPADA SUAMI. Unbelievable, but true.”

Isteri masih pandang mata saya, saya menyambung dengan kata-kata tersekat, “Abang doa Sayang isteri Abang yang akan setia, percaya dan sokong Abang walaupun JIKA ada suatu hari nanti Abang difitnah, dihina, dibuang, atau apa saja berlaku, Sayang tetap percaya pada kejujuran Abang sebagai seorang suami dan sebagai seorang manusia.”

Rasa sebak tadi berpindah menjadi titisan berkaca di kelopak mata. Subhanallah. Jika tadi hanya nak pujuk, kini sudah bertukar jadi sesi luah rasa antara suami dan isterinya.

Dia ikon isteri setia sepanjang zaman

Percayalah, Datuk Seri Wan Azizah memang ikon isteri setia sepanjang zaman. Just imagine how strong she has been…. Ingat senang ke nak stay strong bilamana suami dalam penjara dan seluruh Malaysia mempersoalkan apa, bila, di mana bla bla bla atas segala pancaroba yang berlaku? Dengan nak urus anak lagi. Fuh! SUSAH. But she has always been there by her husband’s side.

Moga setiamu hingga ke syurga…

Isteri saya kembali tersenyum, bukan sebab isteri saya suka tudung bawal dan bukan sebab isteri saya jual tudung bawal #ZawjahHijab, tetapi sebab suaminya ini bersembang dengannya. Terapi seorang isteri tak semestinya belikannya hadiah, tetapi memadai apabila suaminya melayan perbualan bersamanya. #TipsMemikatHatiIsteri

 

Sumber: Syahr Musafir

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI