Empat tahun Fizo Omar dan isteri menunggu zuriat sendiri, semestinya waktu kelahiran bayinya tidak akan dilepaskan.

Menyaksikan sendiri pembedahan untuk melahirkan bayi sulungnya baru-baru ini beliau juga turut berkongsi pengalaman tersebut dengan netizen.

Secara tak langsung bapa-bapa yang bakal temani isteri bersalin terutama secara pembedahan boleh jadikan pengalaman ini sebagai panduan.

Bagi Fizo melihat isterinya Mawar Abdul Karim melalui proses kelahiran adalah satu nikmat dan juga momen magis. Moga bapa-bapa lain juga merasai perasaan yang sama.

Jadi apa yang Fizo lalu selama dalam bilik pembedahan itu? Ini yang dikongsi oleh beliau.

IKLAN

1. Lihat doktor potong perut isteri

Tak tahu mcm mne aku nk cakap perasaan aku masa tu bila aku lihat sendiri Dr Hamid Arshat dan assistant nya ‘memotong’ perut mawar secara live depan mata aku dan keluar kan zuriat aku dan mawar yang 4 tahun aku menunggu baby ni.

Syukur Alhamdulillah aku diizinkan oleh NYA utk merasai nikmat mempunyai zuriat walaupun mengharungi satu tempoh yg agak lama pada aku dan juga pelbagai cabaran untuk mawar nak hamil dulu.Dan aku juga diberi peluang utk masuk ke dalam bilik bedah mengharungi setiap saat getir mawar bertarung nyawa utk melahirkan baby pertama kami.

2. Tengok percikan darah & air ketuban, itu pun kalau masih boleh berdiri!

4 ‘Magic Moment’ Dilalui Fizo Omar Sewaktu Lihat Isteri Bersalin Depan Mata! Panduan Untuk Bapa Lain Juga

Percikan darah dan air ketuban yg aku tgk tu mcm tak percaya yg aku boleh masih lg berdiri dan terus melihat ‘magic moment’ tu. Dalam kepala aku bukan la nk memikirkan psl darah atau perut bini aku ‘ditebuk’ tapi yang aku fikirkan dan risaukan adalah bagaimana keadaan anak aku,dan aku tidak sabar nak tengok zuriat aku sendiri.

Ye lah mana tak nya, bukan sahaja 4 tahun aku menunggu, malah sejak dari bujang lagi aku memang tak sabar nak ada anak sendiri.mempunyai anak adalah salah satu GOAL utama dalam hidup aku.

IKLAN

3. Terpaku bila kepala anak dikeluarkan

Masa aku tengok Dr Hamid menarik kepala anak aku keluar,tiba-tiba air mata aku mengalir dengan sendiri dan aku tak terkata apa terpaku kat situ..Subhanallah aku mcm tak percaya…WEHHHHH..aku dah jadi daddy!!!..itu lah yg bermain di kepala aku.

4. Saat paling dinanti, azan dari seorang bapa!

4 ‘Magic Moment’ Dilalui Fizo Omar Sewaktu Lihat Isteri Bersalin Depan Mata! Panduan Untuk Bapa Lain Juga

Aku sampai xde kekuatan utk nk pegang baby tu masa tu dan aku hanya mampu tengok dan layan je apa yg nurse sedang buat kat anak aku.Dieorng tepuk tapak kaki n baby terus nangis, lagi kuat baby nangis, lagi kuat air mata aku mengalir keluar, Ya ALLAH.. syukur kepada mu ya Allah…

Tibalah saat yg paling aku nantikan….AZAN seorang bapa.

IKLAN

Nanti aku sambung lagi citer aku…

Cerita sebelum dan selepas bersalin

Mawar melahirkan bayi perempuan seberat 2.78 kilogram di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur. Pasangan Fizo dan Mawar sebelum itu melakukan rawatan kesuburan bersama Dr. Hamid Arshat selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Selain itu:  Faizal Ismail Kongsi Kisah Isteri 5 Kali Bersalin Secara Pembedahan

Sumber: Fizo Omar

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI