Bagi yang belum mengetahui, penyanyi dari Indonesia, Virgoun yang popular dengan lagu Surat Cinta Untuk Starla sebenarnya adalah saudara baru. Dia memeluk Islam sejak empat tahun yang lalu.

Kisah Virgoun ini mendapat perhatian selepas video perkongsiannya memeluk Islam viral di media sosial.  Menurut Virgoun dia mula mendekati Islam pada tahun 2013 dengan cara membaca terjemahan al-Quran. Setahun kemudian dia mengambil keputusan memeluk Islam dan mula belajar sedikit demi sedikit.

Paling terkesan selepas menonton video perkongsian Virgoun ini ialah hubungannya dengan ibu. Walaupun berbeza agama dan ibunya kuat dengan ajaran Nasrani, dia akui tidak pernah putus asa berhujah mengenai Islam kepada ibunya yang amat disayangi itu.

Doa tidak putus diberikan buat ibunya supaya wanita itu menerima hidayah Allah. Impiannya cuma satu iaitu ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dengan ibunya.

Kisah Virgoun ini mendapat perhatian selepas individu yang menggunakan akaun Khairunnaim memuat naik video yang dihasilkan stesen radio Zayan di Twitter.

Part 1

Dikecam kerana tatu

Punya tatu di tangan, ujar Virgoun ia tak dinafikan membuatkan dirinya selalu mendapat kecaman netizen. Itu semua hasil kisah silam tapi katanya mereka yang mengecam bukanlah daripada golongan yang ahli agama. Justeru hal itu tidaklah dia endahkan.

Seperkara lagi, kata Virgoun mungkin jika dia ada bapa, pasti tatunya tidak sebanyak itu. Sebabnya ada orang yang mendidik dan melarang dia daripada berbuat perkara yang tidak patut dibuat.

IKLAN

 

 

Part 2

Harap ibu terima hidayah, ingin pergi Mekah dengan ibu

Setelah memeluk Islam, hubungannya dengan ibu bertambah baik walaupun ibunya berbeza agama. Ibu Virgoun pernah memarahinya kerana  tidak menurut kehendaknya. Namun penyanyi ini menegaskan bahawa dia menyayangi ibu, malah takut kepadanya akan tetapi dia lebih takut dengan Allah.

Selain itu:  Teknik Meracun Pokok Buah Elak Serangga Perosak Tanpa Beli Racun. 2 Minggu Dah Nampak Hasil

Ceritanya lagi sewaktu usia muda, dia cepat memberontak. Pertuturannya juga kurang elok namun kini selepas memeluk Islam semua itu berubah. Bicaranya terjaga, setiap apa yang keluar daripada mulutnya, pasti akan diselitkan dengan nilai-nilai Islam.

Satu perkara yang menjadi impian Virgoun ialah semoga Allah memberikan hidayah kepada ibunya kerana dia terlalu ingin menjejak tanah suci dengan ibunya.

IKLAN

 

 

 

Part 3

Kuat betul godaan syaitan untuk bangun solat Subuh

Empat tahun memeluk Islam, penyanyi ini sebenarnya masih cuba memperbaiki diri dan ibadahnya. Malah Virgoun mengakui solatnya masih belum cukup lima waktu sehari semalam.

Namun dia cuba untuk melengkapkan solatnya. Paling sukar ialah solat Subuh kerana susah nak bangun tidur. Kini selepas empat tahun bergelar orang Islam, hidupnya semakin tenang.

IKLAN

 

 

 

Sumber: https://twitter.com/khairunnaim5 https://www.instagram.com/virgoun_/?hl=en

 

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI