Kubur tertera papan tanda ‘Kubur lima beradik mangsa ikan kurau’  di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Lintang Melaka tiba-tiba menarik perhatian netizen di laman sosial.

Berlaku 43 tahun yang lalu, ramai yang tidak mengetahui tentang kisah di sebaliknya dan apabila foto kubur ini tular kejadian yang menyayat hati ini diceritakan kembali oleh keluarga mangsa terbabit.

Makmor Kassim, 43 adik bongsu kepada lima beradik berkenaan menyingkap peristiwa yang terjadi kepada abang dan juga kakaknya.

Diceritakan oleh ayah dan ibu kepadanya kata Makmor kejadian menyayat hati itu berlaku pada 1 Disember 1974  dan pada masa itu dia baru berusia enam bulan.

Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Kandang itu adik-beradiknya, Noraini Kassim, 11, Mohd Syukur, 8, Rohana, 6, Hijrah, 4, dan Norasyikin, 3, tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia selepas menikmati lauk asam pedas telur ikan kurau sebagai hidangan tengah hari.

Ekoran itu katanya, bapa mereka, Kassim Alauddin dikejarkan ke hospital termasuk ibu mereka, Fatimah Hussein serta tiga adik-beradik Makmor dan beberapa orang lagi terdiri daripada ibu saudara dan sepupu mereka.

“Saya tidak berapa ingat sangat kerana baru berusia enam bulan. Tetapi dari apa yang diceritakan ayah dan emak, ia benar-benar mengemparkan masyarakat pada masa itu.

“Apa yang berlaku itu sukar untuk kami adik-beradik lain lupakan apatah lagi emak. Dia selalu sebak bila kisah keluarga kami ini disebut kembali. Mana ada ibu bapa yang tidak sedih apabila hilang lima anak sekali dalam satu masa,” katanya memetik laporan Sinar Harian Online.

IKLAN

5 Beradik Meninggal Lepas Makan Asam Pedas Telur Ikan Beracun, Selepas 43 Tahun Adik Ungkap Kembali Kisah Yang Berlaku

Menurut Makmor daripada apa yang diceritakan, bapa mereka membeli telur ikan kurau untuk dijadikan lauk.

Selain itu:  'Jangan Guna Usik Tandas Kami! Ras Adiba Marah Isu LGBT, Minta Perasaan & Hak OKU Dihormati

“Ia berpunca daripada telur ikan yang dikatakan beracun. Ada 11 ahli keluarga kesemuanya terlibat, termasuk beberapa mak saudara berhampiran yang makan asam pedas telur ikan itu. Malangnya, lima adik-beradik saya meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri. Yang lain menerima rawatan di hospital,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Letak nama anak sempena nama abang dan kakak

Makmor berkata, meskipun kejadian itu sudah lama berlalu, tetapi ia tidak pernah terpadam di dalam ingatannya.

“Peristiwa itu lama, tapi bila saya meningkat dewasa, orang kampung masih ramai yang memanggil nama saya dengan nama Syukur. Sama dengan nama arwah abang, mungkin rupa saya ada iras-iras arwah.

IKLAN

“Selalulah juga saya jelaskan pada mereka, nama saya Makmor. Syukur itu nama abang saya.

“Sebagai tanda ingatan buat arwah abang dan kakak, saya beri nama anak saya yang berusia tiga tahun dengan nama Syukur. Anak perempuan yang berusia setahun sembilan bulan saya namakan Hijrah. Sebab saya tidak mahu nama mereka luput dalam ingatan,” katanya.

Makmor bagaimanapun berkata, ayah dan emak tetap menerima reda dengan ketentuan ALLAH.

“Selepas ayah kehilangan lima orang anak, ALLAH gantikan mereka dengan lima adik-beradik lagi yang lahir selepas itu, sebagai pengubat kesedihan kedua ibu bapa kami,” katanya.

5 Beradik Meninggal Lepas Makan Asam Pedas Telur Ikan Beracun, Selepas 43 Tahun Adik Ungkap Kembali Kisah Yang Berlaku

IKLAN

Menurutnya, selain lima adik-beradik yang meninggal dunia itu, tiga lagi masih hidup kerana tidak ada masa kejadian iaitu Zakaria, kini berusia 55 tahun yang merupakan abang sulung; Rahmat, 54, dan Hamidah, 51.

Katanya, selepas kejadian itu, Norijah, 42, Norazmah, 40, Mohd Safri, 33, Norhafizah, 32, dan Murni, 31, pula lahir.

“Enam orang adik-beradik kami masih menetap di Melaka termasuk saya. Seorang di Negeri Sembilan dan seorang di Singapura.

Selain itu:  Faham Penat Isteri Kerja Jururawat, Tabik Hormat Pada Lelaki Ini

“Bagaimanapun ayah sudah meninggal dunia kira-kira 15 tahun lalu. Emak pula sudah uzur dan kini sudah berusia 76 tahun,” katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI