Menghimpunkan 18 peserta dari enam buah negara di Asia namun rezeki ternyata milik peserta dari Malaysia Naseeha Uyaina Arshad bila menjuari pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 yang berlangsung di Jakarta.

Dianjurkan oleh sebuah stesen TV Indonesia, Indosiar, dalam acara peringkat akhir yang berlangsung malam semalam Uyaina telah menewaskan dua lagi calon iaitu Hanifah Razan, pemenang tempat kedua dari Indonesia dan Avida Lale (Turki) yang memenangi tempat ketiga selepas mereka terpilih ke peringkat tiga terbaik.

“Ini penganjuran pertama dan saya memenanginya. Ia membuatkan kemenangan ini cukup manis dan bermakna dalam hidup saya.

“Diangkat sebagai Puteri Muslimah Asia 2018, pastinya saya cuba memikul tanggungjawab ini untuk mengangkat martabat wanita Islam agar menjadi pemangkin kepada masyarakat,” katanya memetik laporan Harian Metro.

5 Fakta Menarik Tentang Uyaina, Peserta Malaysia Dinobat Juara Puteri Muslimah Asia 2018

Dinobat sebagai juara, Uyaina yang juga pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI) memenangi hadiah berupa wang tunai berjumlah RM30,000, tiara dan trofi.

IKLAN

Turut diumumkan, Anugerah Puteri Muslimah Persahabatan Asia 2018 yang dimenangi Mala Daud dari Brunei Darussalam, Puteri Muslimah Berbakat Asia 2018 (Beyza Demir – Turki) dan Puteri Muslimah Favorit Asia 2018 (Avida Lale – Turki).

Kemenangan Uyaina juga turut disaksikan primadona alaf baru, Erra Fazira yang bertindak sebagai juri dari Malaysia.

5 Fakta Menarik Tentang Uyaina, Peserta Malaysia Dinobat Juara Puteri Muslimah Asia 2018

Turut menjadi juri pertandingan ialah aktivis dari Indonesia, Yenny Wahid, Siti Rahmawati (Turki), Marina Yusoff (Singapura) dan Daffy (Brunei Darussalam).

Selain daripada Uyaina, Malaysia juga turut diwakili oleh dua lagi peserta iaitu Nurain Zamri dan Syifa Melvin yang juga adik kepada Syatila Melvin.

IKLAN

5 Fakta Menarik Tentang Uyaina, Peserta Malaysia Dinobat Juara Puteri Muslimah Asia 2018

Pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 menghimpunkan 18 peserta dari enam negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Turki dan Timor Leste.

Selain itu:  Aku Ingin Kamu Jadi Ibu Kepada Anak Kita Tapi Allah Berkehendakkan Yang Lain

Menarik tentang Uyaina

1.Pengacara Wanita Hari Ini di TV3 namun sebelum ini menjadi hos untuk program Nona tahun 2016.

IKLAN

2. Bakatnya dalam pengacaraan dicungkil dalam pencarian Nona Manis 2015.

3. Pernah menjadi model muslimah, Uyaina juga merupakan lulusan Ijazah sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Malaya.

4. Berusia 26 tahun, Uyaina juga terlibat dalam bisnes produk berasaskan pemanis semula jadi dari daun Stevia.

5. Mempunyai 138 ribu pengikut di instagram Uyaina juga pernah bergiat di pentas teater.

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI