Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam mengeluarkan kenyataan akhbar menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan beberapa produk-produk kosmetik.

Produk kosmetik tersebut dikesan mengandungi racun berjadual iaitu hidrokuinon, tretinoin dan merkuri.

Salah satu daripadanya dikira agak popular kerana iklannya sering ditayangkan dalam salah satu drama yang sedang hit ketika ini.

Berikut adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tentang perkara tersebut.

****
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:

5 Lagi Produk Kosmetik Beracun Dikesan KKM, Tingkat Risiko Kena Kanser Kulit, Kerosakan Buah Pinggang & Sistem Saraf

Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.

5 Lagi Produk Kosmetik Beracun Dikesan KKM, Tingkat Risiko Kena Kanser Kulit, Kerosakan Buah Pinggang & Sistem Saraf
Deeja Cosmetic Vogue Cream (NOT171004770K)

 

5 Lagi Produk Kosmetik Beracun Dikesan KKM, Tingkat Risiko Kena Kanser Kulit, Kerosakan Buah Pinggang & Sistem Saraf
Deeja Krim Nano (Night) (NOT151004238K)

 

5 Lagi Produk Kosmetik Beracun Dikesan KKM, Tingkat Risiko Kena Kanser Kulit, Kerosakan Buah Pinggang & Sistem Saraf
Deeja Cosmetic Star Cream (NOT171004771K)

 

IKLAN
5 Lagi Produk Kosmetik Beracun Dikesan KKM, Tingkat Risiko Kena Kanser Kulit, Kerosakan Buah Pinggang & Sistem Saraf
Miracle White – Brightening Cream (NOT170305484K)

 

5 Lagi Produk Kosmetik Beracun Dikesan KKM, Tingkat Risiko Kena Kanser Kulit, Kerosakan Buah Pinggang & Sistem Saraf
Deluxe Beauty – Ultra Lightening Cream (NOT171100053K)

Boleh tingkat risiko kanser kulit

Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata.

Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

Pedih, menggelupas

Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

IKLAN
Selain itu:  Adab Ketika Ziarah Pesakit Kanser, Salah Satu Jangan Tanya Stage Berapa!

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan dan boleh memudaratkan kesihatan.

Ganggu perkembangan otak kanak-kanak

Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.

Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI

Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

IKLAN

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan sampingan.

Selain itu:  Cara Buat Jus Kunyit, Home Remedies Mudah Untuk Cegah Kanser

Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada kosmetik@npra.gov.my. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

7 Jun 2018

Sumber: KKM

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI