Kalau nak tahu puncanya satu saja, anda silap pose. Selepas ini kalau diajak selfie atau pose ikut lima trik asas ini. Disertakan juga dengan gambar, kiri pose yang biasa kita buat manakala gambar kanan yang disarankan untuk kelihatan lebih cantik dan kurus dalam gambar.

1. Tunduk

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/041115/41115/4.jpg

Jika anda berselfie atau mengambil gambar dari jarak dekat dan fokus pada wajah, sebaiknya tidak merenung terus kamera. Tundukkan sedikit wajah dan berpaling ke sisi. Anda akan dilihat memandang kamera dari bawah yang sekaligus menjadikan mata lebih menyerlah.

2. Praktik Bentuk S

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/041115/41115/5.jpg

Daripada pose tegak macam askar, buat bentuk 'S' dengan tubuh anda. Buka sikit kaki, tolak sedikit pinggang ke tepi. Jadilah bentuk S. Pose ini menjadikan tubuh anda nampak relaks dan berbentuk. Kalau nak masukkan tangan dalam poket pastikan jari jemari di luar hanya ibu jari di dalam poket. Baru la nampak stail.

3. PalingkanTubuh Ke Sisi

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/041115/41115/14055-650-1446531636713316298_68080_18241208113573783629.jpg
Jika mahu nampak langsing atau kurang berisi dalam gambar, jangan pose berdepan kamera. Palingkan sedikit wajah dan tubuh anda ke sisi. Pastikan lengan anda sedikit mengepak untuk menampakkan bentuk pinggang.

4. Rendahkan Bahu

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/041115/41115/2.jpg

Agar pose tak nampak keras dan kaku, anda boleh juga rendahkan sebelah bahu dan palingkan sedikit tubuh ke agar tidak berdepan terus dengan kamera. Pose ini memberi kesan lebih santai. Kalau berpeluk tubuh, pastikan anda tidak menyorokkan jari. Lebih bergaya jika jari jemari diletakkan di bahagian atas siku.

5. Bengkokkan Lutut

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/041115/41115/3.jpg

Sekiranya foto diambil dari sisi, jangan lupa buat bentuk S. Bengkokkan sedikit lutut dan rendahkan salah satu kedudukan bahu. Pose ini akan membuat anda nampak lebih langsing.

Ok, dah tahu trik asas jadi bila pose atau selfie ingat perkara ini. Satu lagi pastikan anda santai-santai saja agar rasa selesa. Barulah pose nampak semula jadi tak macam dibuat buat.
 

KOMEN