Tentunya masih ramai mengingati aktres drama Winter Sonata yang pernah jadi fenomena satu ketika dulu.

Semalam pada usia 42 tahun Choi Jin Woo akhirnya mendirikan rumah tangga. Aktres ini melangsungkan majlis perkahwinannya secara tertutup di Seoul, Korea Selatan. Majlis tersebut hanya hadiri oleh saudara terdekat.

Aktres Drama Winter Sonata, Choi Ji Woo Akhirnya Berkahwin Pada Usia 42 Tahun

IKLAN

 

Aktres Drama Winter Sonata, Choi Ji Woo Akhirnya Berkahwin Pada Usia 42 Tahun

“Ia mungkin akan mengejutkan tapi saya ada berita gembira untuk dikongsi,”tulis Choi Ji Woo kepada peminat dalam laman instagramnya.

IKLAN

“Hari ini 29 Mac merupakan permulaan hidup saya dengan pasangan.Ia merupakan majlis perkahwinan yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan saudara terdekat.

“Saya akan memulakan kehidupan berkeluarga dengan lelaki yang saya cintai.

Aktres Drama Winter Sonata, Choi Ji Woo Akhirnya Berkahwin Pada Usia 42 Tahun

IKLAN

Bagaimanapun aktres tersebut berahsia tentang suami yang dikenali sejak setahun yang lalu. Tapi agensi YG Entertainment yang menguruskan artis ini mengatakan bahawa suami Choi Ji Woo bukan dari kalangan selebriti namun tidak memberikan maklumat lain.

 

 

 

Selain itu:  Taktik Pedofilia, 'Grooming' Mangsa Sebelum Diratah. Budak Usia 13 Tahun Hamil, Terpaksa Jaga Bayi Sendiri
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI