Kahiyang Ayu, anak perempuan tunggal Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo selamat bernikah pagi ini bersama dengan jejaka pilihan hatinya Bobby Nasution.

Diadakan di Graha Saba Buana, Solo tidak jauh dari kediaman presiden, Kahiyang Ayu, anak kedua Jokowi sah menjadi isteri kepada Bobby, 26 yang juga seorang ahli perniagaan.

Dalam majlis itu, Joko Widodo mewalikan sendiri pernikahan puterinya, di hadapan empat saksi termasuk Jusuf Kalla.

Kahiyang Ayu, 26 yang menerima mas kahwin kelengkapan solat serta 80 gram emas.

IKLAN

Anak Presiden Indonesia Selamat Bernikah, Kahiyang Ayu Terima Mas Kahwin 80gram Emas

Anak Presiden Indonesia Selamat Bernikah, Kahiyang Ayu Terima Mas Kahwin 80gram Emas

Bertema adat klasik Jawa, majlis resepsi anak tunggal presiden Indonesia ini akan diadakan pada sebelah malamnya.

IKLAN

Sebelum berlangsungnya akad nikah, beberapa majlis telah diadakan mengikut adat Jawa antaranya bersiram dan suapan.

Anak Presiden Indonesia Selamat Bernikah, Kahiyang Ayu Terima Mas Kahwin 80gram Emas  Anak Presiden Indonesia Selamat Bernikah, Kahiyang Ayu Terima Mas Kahwin 80gram Emas

Pasangan Kahiyang Ayu dan Bobby mengenali antara satu sama lain ketika pengajian dan bercinta selama hampir setahun sebelum memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan.

IKLAN

Majlis yang ditunggu-tunggu oleh warga Indonesia sejak beberapa hari lalu ini  juga telah mendapat liputan meluas dari media di negara tersebut.

Sumber: Liputan6.com

 

 

Selain itu:  14 Tahun Nikah, Pasangan Ini Saran Bakal Pengantin Beri 4 Barang Hantaran Yang Paling Berbaloi. Tak Perlu Dah Wang Hantaran Berpuluh Ribu
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI