Resipi Buat Peanut Butter Sendiri, Modal Cuma RM2 Dah Dapat Sebotol

Resipi Buat Peanut Butter Sendiri, Modal Cuma RM2 Dah Dapat Sebotol

 

Selain jem, peanut butter atau mentega kacang selalunya akan sentiasa ada di dapur kita. Sebabnya anak-anak memang suka mentega kacang ini untuk dimakan bersama roti.

Harga sebotol sapuan roti ini boleh tahan juga, mencecah RM10.

Tapi sebenarnya kalau nak jimat mentega kacang ini boleh saja dibuat sendiri. Percaya tak modalnya cuma lebih kurang RM2 saja sebotol.

Bahan untuk membuatnya pun mudah. Jom ikut perkongsian Sheila Cyla kalau nak jimat.

Bahan pun mudah

Siapa sangka dengan hanya bermodalkan lebih kurang RM2 boleh menghasilkan sebotol peanut butter sendiri. Barangnya pun cukup mudah…

200 gm kacang tanah – disangai tanpa minyak dan dibuang kulit
3 sudu besar minyak
½ sudu besar mentega
3 sudu besar gula
Sedikit garam

Cara nak buat lagi senang

  1. Kisar semua bahan menggunakan pengisar kering sehingga hancur dan berkilat.
  2. Tadaa…Dah siap untuk dimakan dengan roti atau biskut. Baki boleh simpan dalam botol.

 

Sumber : Sheila Cyla

 

 

Hamil Kegembiraan Buat Siti, Tapi Risiko Gadai Nyawa Menanti Ibu Ini Bila Hamil Anak Ke-7

Hamil Kegembiraan Buat Siti, Tapi Risiko Gadai Nyawa Menanti Ibu Ini Bila Hamil Anak Ke-7

 

Sebak membaca kisah dugaan saat disahkan hamil yang dihadapi ibu ini. Saat Datuk Siti Nurhaliza bergembira dengan kehamilan dia pula sebaliknya.

Ini kehamilannya yang ketujuh dan sebenarnya dilarang oleh doktor kerana boleh menyebabkan dia kehilangan nyawa dan dia pernah berdepan situasi yang sama dalam dua kehamilan sebelum ini.

Dia nekad teruskan kehamilan walaupun tidak disarankan doktor. Tapi ajaibnya kuasa Tuhan, apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Ikuti kisah yang ditulis bak novel perjuangan Nor atau dikenali sebagai Bonda Nor dalam meneruskan kehamilan anak ke tujuh.

Sebak menonton video Siti

Siti Nurhaliza. Saya menonton rakaman video Siti menemani menantunya bersalin ketika itu. Dari sekalian yang ada, Siti yang tampak teruja sekali.

Sebaik sahaja bayi tersebut lahir, beliau bagai tidak tentu arah.. bertepuk tangan, meraup muka sambil tersenyum gembira.. berjalan ke sana ke mari dengan wajah yang cukup berseri-seri.

Saya sebak! Masya-Allah. Siti tampak begitu teruja dengan kelahiran seorang bayi hingga terdetik doa sepintas lalu di hati saya.

“Ya Allah, kurniakanlah anak untuknya. Berilah dia peluang untuk merasai pengalaman melahirkan anaknya sendiri.”

Sungguh. Rasa kasih kepada insan sebaiknya buat rasa kasihan memenuhi jiwa. Lalu doa dan harapan dikirimkan kepada yang Maha Mendengar di langit sana.

Saya memohon kepada Allah agar Siti boleh hamil. Ketika itu saya sendiri sedang hamilkan anak yang ketujuh.

Ironinya, saya mendoakan Siti agar hamil seperti yang dirancang, walhal ketika itu saya sendiri sedang berdepan dengan satu kehamilan yang ‘dilarang’.

Throwback hampir dua kali hilang nyawa

Throwback – kisah pelahiran terdahulu : ya – saya hampir saja kehilangan nyawa. 2 times retained placenta. Uterine Inversion. Bleeding. Red alert. HB menjunam ke level orang nazak. Allahu.. Sakit yang terpaksa saya tempuhi ketika itu, jangan cakaplah. Trauma!

Ia komplikasi yang sangat berisiko tinggi akan berulang lagi. Maka saya akur pada nasihat pakar O&G agar tidak mengandung lagi.

Tapi takdir tidak begitu. Bicara takdir seringkali berbeza dengan kehendak manusia. Yang tidak mahu, Dia beri. Yang teringin sangat, Dia sekat.

Lihat saja betapa banyaknya bayi yang dibuang merata-rata tanda kehadirannya tidak dipinta. Kita juga lihat betapa ramainya orang disekeliling kita yang sudah lama berumahtangga namun masih tidak beroleh cahaya mata. Meruntun jiwa mendengar rintihan pengharapan mereka. Allah..

Demikianlah yang dinamakan ujian. Sengaja Allah mahu lihat respons kita. Tentang sejauhmana kita mahu percaya pada aturan takdir-Nya. Sejauh mana kita mampu berusaha dan mahu reda apa adanya.

Semalam, saya terbaca kisah perjuangan Siti untuk mendapatkan zuriat. Subhanallah. Termenung panjang saya.

Bergelut dengan usaha untuk beroleh zuriat sedang dalam masa yang sama harus bergelut juga tuntutan kariernya – ternyata perjuangan Siti untuk merentasi ujian ini tidak semudah yang disangka.

Saya dan Siti sama-sama diuji dengan kisah zuriat

11 tahun Siti mencuba rawatan ini, rawatan itu. Dalam kesibukannya, beliau tetap tidak berputus asa. Berjuang habis-habisan walaupun terpaksa berdepan pula dengan masalah berat badan dan ‘krisis rawatan’ Ya. Siti tidak peduli bahkan terus berusaha lagi dan lagi.

Akhirnya, sesudah 11 tahun, hasratnya untuk hamil kini menjadi kenyataan. Siti mengandung 4 bulan. Subhanallah. Satu berita yang cukup indah dan disambut dengan penuh syukur oleh jutaan insan yang mengasihinya.

Ujian. Saya dan Siti sama-sama diuji dengan kisah zuriat. Walaupun jalan cerita kami jauh berbeza, tapi ada sesuatu yang sama. Mujahadah untuk melepasi ujian Allah!

Siti berjuang untuk hamil. Saya pula terpaksa berjuang setelah disahkan hamil. Beliau menyambut berita kehamilannya dengan penuh syukur dan gembira tanda ujian tersebut sudah hampir sampai ke penamatnya.

Saya pula menyambut berita kehamilan saya dengan penuh keliru tanda ujian baru saja bermula.

“Ini soal nyawa. Risikonya – nyawa puan. Anak-anak puan masih kecil. Masih perlu perhatian dan kasih sayang seorang ibu!”

Gugurkan kandungan ini? Allahu Rabbi. Bergeloranya rasa hati bila terpaksa berdepan dengan pilihan ini. Nyawa si anak atau nyawa sendiri? Sungguh! Dalam kesibukan tugas harian, saya mengalami kemurungan!

Rahsia kehamilan dari keluarga

Berita kehamilan saya menjadi khabar rahsia walaupun kepada ahli keluarga. Walaupun pada mak. Walaupun pada ibu mentua. Sengaja saya rahsiakan kerana tidak mahu ada yang mendesak saya agar menggugurkannya!

Begitulah. Saya nekad. Kehamilan diteruskan dan saya sedang berdepan dengan satu pertaruhan. Hidup atau mati. Di saat genting seperti itu, doa adalah senjata yang tidak pernah saya tinggalkan. Pantang bertemu waktu mustajab doa, hati dan lidah berlumba-lumba merayu belas dari Allah.

Pelbagai jenis ubat dan rawatan kami usahakan. Berulang alik dari klinik ini, klinik itu, hospital swasta, hospital kerajaan, homeopati, rawatan tradisional. Air zam-zam juga bahkan setia menemani bacaan al-Quran saya setiap hari!

Memang. Hati sekejap bergolak, sekejap tenang. Namun saya berusaha melawan semua bisikan negatif yang singgah. Hampir setiap malam, saya bangun solat hajat dan terus menerus melakukan solat istikharah. Waktu orang lain lena, saya sedang menangis mengadukan resah hati kepada Allah. Memohon Allah memberikan kekuatan. Memohon keselamatan.

Perut yang semakin membesar saya usap dengan penuh yakin bahawa nyawa bayi di dalamnya akan selamat. Tapi nyawa saya sendiri… sungguh saya tidak pasti. Menghitung hari kelahirannya bagaikan menghitung hari kematian sendiri. Sayu!

Krisis emosi yang berlaku agak parah juga. Tapi saya keraskan hati saja. Ketika saya sepatutnya seronok membeli baju baby, rasa ngilu yang menusuk hati. Diam-diam menyeka airmata.. Hati tertanya-tanya….Ya Allah, baju ini… sempatkah aku yang memakaikannya?

Itu belum masuk detik menawan keperitan berdepan si kecil 2 tahun saya yang masih mahu dimanjakan. Tersedar tengah malam cari mama. Allah… Menitik-nitik airmata setiap kali dia tertidur di atas pangkuan saya. Tertanya-tanya lagi.. Bagaimana dia jika saya mati?

Serah kain batik lepas pada suami

Namun rasanya detik paling sayu bagi saya ialah sewaktu menyiapkan beg pakaian untuk ke hospital. Saya yang memang jarang berkain batik terpaksa menyelongkar almari untuk mencarinya.

Sewaktu membelek-belek beberapa helai kain batik yang ada, tiba-tiba terpegang sehelai kain batik lepas – kain batik yang belum berjahit, entah pemberian siapa. Yang pasti, hanya itu satu-satunya kain batik lepas yang saya ada.

Lama saya terpaku memegangnya. Ada satu rasa yang sangat sukar digambarkan. Ngilu. Pilu.

“Abang, kalau apa-apa jadi nanti, ini kain batik lepas ya. Kat rumah kita ada sehelai ni je. Ada simpan kat sini.”

Saya menuturkannya secara bersahaja. Berjuang menahan airmata dari tumpah. Suami saya tampak terkedu. Kemudian hanya tunduk memandang sejadah.

Diam. Sama-sama terdiam.

Ya, kami sama-sama faham. Kain batik seperti itu, yang selalu digunakan untuk menutup jenazah. Justeru agak lama juga kami terdiam. Masing-masing melayan bicara hati sendiri. Allahu Rabbi. Beratnya menanggung sesuatu yang tidak pasti.

Hope for the best. Prepare for the worst. Memang saya berusaha untuk memperjuangkan kehamilan anak ini, saya masih mahu untuk terus hidup, tapi saya tahu yang saya tetap perlu bersedia dengan apa pun kemungkinan yang bakal terjadi.

Berita kehamilan saya hanya mula tersebar pada bulan terakhir. Ia saat kritikal untuk saya mengharapkan senjata terakhir – doa daripada sesiapa saja yang sudi mendoakan.

Tak terungkap rasa sayu dan terharu setiap kali menerima mesej seperti…
“Kami semua di sini buatkan solat hajat.”
“Saya baru lepas bacakan Yaasin untuk…”

Takdirnya begitulah. Entah mujarab rawatan yang mana, entah berkat doa siapa, yang pastinya, saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Alhamdulillah, selamat tanpa pembedahan walaupun itu yang pakar dan ramai doktor sarankan.

Masya-Allah. Tabarakallah. Nikmat Allah yang mana mahu saya dustakan?

Keajaiban sentiasa ada

Ini kisah perjuangan. Kisah mujahadah. Berapa ramai daripada kalangan kita yang diam-diam sedang bermujahadah merentasi ujian Allah? Semua! Semua kena! Tidak ada yang terlepas!

Kawan, satu perkara yang ingin saya pesankan.. keajaiban itu masih ada. Ya, keajaiban sentiasa ada selagi kita percaya bahawa bantuan Allah itu semudah lafaz KUNFAYAKUN saja.

Sebagai manusia, memang kadang kita rasa lemah bila berdepan dengan ujian. Kalau ikut logik akal kadang rasa mahu mengalah saja.

Tapi kita juga telah lihat dan dengar sebegitu banyaknya kisah-kisah yang memberi inspirasi kepada kita. Yang berbelas tahun tiada zuriat, akhirnya hamil. Yang sepatutnya tiada harapan untuk hidup lagi masih bernyawa hingga ke hari ini.

Episod ujian Siti dan perjuangannya untuk mendapatkan zuriat berakhir sebaik saja beliau hamil. Episod ujian saya dan perjuangan untuk zuriat juga tamat sebaik saja anak ketujuh ini dilahirkan dengan selamat.

Namun pasti saja akan ada episod ujian yang seterusnya. Justeru bekalan pengalaman dan kekuatan daripada ujian ini seharusnya menjadi guru yang baik untuk kami terus percaya bahawa setiap berdepan dengan ujian, yang perlu terus menerus dilakukan ialah berjuang untuk menang. Bukan mengalah dengan mudah hingga terlupa bahawa Allah itu ada dan kita sama sekali tidak boleh berputus asa!

Masya-Allah. Betapa indahnya hidup bila usaha dan tawakkal sentiasa mengiringi kita. Percayalah. Jika Allah ada di hati kita, Insya-Allah walau sedahsyat mana pun laut berkocak, kita masih mampu menjinakkan ombak!

Sumber: Nor

 

 

 

 

 

Sanggup Sorong Kerusi Roda Suami Untuk Tonton Tumbiruo, Wanita Ini Kongsi 7 Panduan Bawa OKU Ke Pawagam

Sanggup Sorong Kerusi Roda Suami Untuk Tonton Tumbiruo, Wanita Ini Kongsi 7 Panduan Bawa OKU Ke Pawagam

Empat hari selepas ditayangkan di pawagam pada 12 Oktober lalu filem Tumbiruo angka kutipannya sudah mencecah RM4 juta.

Melihat angka tersebut serta promosinya secara besar-besaran memang membuat ramai teruja untuk menonton filem adaptasi novel tulisan Ramli Awang Murshid ini.

Tak terkecuali adalah Raudzah Arippin. Keterujaan itu juga membuatkan dia sanggup menyorong kerusi roda suaminya Muhammad Idzwan Othman yang juga seorang OKU untuk menonton filem ini di panggung.

Bukan berdua saja, tapi dengan siap bawa tiga orang anak lagi. Hebatkan akak ni. Sebab apa kata hebat, sebab nak bawa OKU ini bukannya mudah juga ya kerana pergerakan kerusi roda yang terhad di tambah dengan anak-anak yang masih kecil.

Tapi itu semua tak halang niat Raudzah untuk membawa ahli keluarganya berlibur seketika. Menariknya dia siap berkongsi panduan yang ramai tak tahu iaitu kemudahan OKU di panggung wayang dan bagaimana prosedur jika berhajat untuk membawa mereka keluar menonton di pawagam.

Sekali sekala ahli keluarga OKU ini nak juga keluar berlibur kan. So untuk korang yang nak bawa bolehlah ikut panduan ini.

Cara bawa ahli keluarga atau rakan OKU menonton wayang

Semalam saya bawa suami dan anak-anak menonton Tombiruo di GSC, Alamanda.

Setakat ini yang kami tahu, hanya GSC yang ada menyediakan kemudahan menonton wayang untuk OKU berkerusi roda.

Jadi kalau ada antara rakan-rakan yang mahu bawa orang kelainan upaya jagaan mereka, atau ibu bapa yang berkerusi roda, boleh cuba bawa menonton di GSC.

Ini antara info yang boleh saya kongsikan :

1. Tidak semua panggung GSC ada kemudahan untuk OKU. Anda boleh periksa di laman web mereka, www.gsc.com.my. Setakat ini saya sudah bawa suami di GSC One Utama dan GSC Alamanda.

2. Tiket untuk OKU adalah lebih murah dari tiket biasa. Jika semalam kami menonton Tombiruo, tiket dewasa biasa berharga RM16, tiket OKU pula berharga RM9.50

3. Sedikit terkilan kerana tiket untuk OKU (untuk tempat duduk di bahagian berkerusi roda) tidak boleh ditempah secara online. Bahagian yang kena pilih tempat duduk itu, tidak boleh klik pula pada tempat OKU. Geram betul. Haha. Kami telah hubungi pihak GSC, kata mereka memang tiket untuk OKU perlu dibeli di kaunter.

4. Oleh kerana ruang untuk kerusi roda terletak di bahagian atas (belakang) sekali, apa yang boleh dibuat, penjaga OKU dan keluarga yang lain boleh beli dahulu tiket secara online dan tempah tempat duduk yang paling hampir dengan ruang untuk kerusi roda.

5. Waktu mahu masuk ke panggung, maklumkan kepada petugas dan mereka akan bantu bawa OKU berkerusi roda naik ke panggung menggunakan satu lif kecil khas. Lif ini tidak boleh digunakan oleh orang biasa. Lif memang muat-muat untuk satu kerusi roda dan seorang penjaga sahaja.

6. Jangan risau jika OKU perlu keluar sebentar dari panggung atau perlu ke bilik air, kerana kedudukan mereka dekat dengan pintu keluar dan kemudahan tandas OKU juga ada.

7. Waktu keluar dari panggung juga, gunakan laluan (lif) yang sama ketika naik ke panggung. Tidak perlu risau perlu menolak mereka jauh seperti laluan penonton lain.

Tip untuk yang kali pertama nak pergi

Panduan tambahan untuk yang pertama kali mahu bawa OKU jagaan mereka menonton wayang.

  • Pastikan OKU tahan untuk duduk lama di kerusi roda. Jika ada kusyen ROHO, sila bawa sekali, jangan lupa. Resah mereka nanti. Hehe.
  • Pastikan juga OKU boleh terima kesan bunyi yang kuat.
  • Bawa baju tebal dan pakaikan mereka sarung kaki.
  •  Jangan lupa ubat-ubatan yang sepatutnya juga jika berlaku kecemasan.

Semoga info ini dapat membantu rakan-rakan penjaga pesakit yang lain. Sekali sekala boleh menonton wayang pula sekeluarga.

Oh, TOMBIRUO memang best! Berbaloi menonton filem Melayu begini. Tahniah buat seluruh team produksi dan penerbit. Kak Odah beri 5 bintang berkelip kelip! 😄

#tombiruo

Sumber: Raudzah Arippin

 

Kisah Marissa Anak Gadis Norman & Abby Yang Ramai Terlupa. Dilahirkan Dalam Kereta, Dibidankan Norman Sendiri!

Kisah Marissa Anak Gadis Norman & Abby Yang Ramai Terlupa. Dilahirkan Dalam Kereta, Dibidankan Norman Sendiri!

 

Kebelakangan ini anak gadis Norman Hakim dan bekas isterinya Abby Abadi kerap jadi perhatian.

Bertudung litup, belajar di sekolah agama dan pemalu membuatkan aksi Marissa Dania Hakim yang selalu dimuat naik oleh Norman nampak begitu comel.

Sebenarnya ramai yang mungkin terlupa bahawa anak ini sejak kelahirannya 12 tahun lalu dia sudah menjadi tumpuan media di Malaysia apabila Abby Abadi melahirkannya dalam kereta dibidankan oleh Norman Hakim sendiri.

Dalam kejadian yang berlaku pada 3 Julai 2005 itu Abby yang sarat mengandung tidak sempat tiba di klinik di Taman Melawati untuk bersalin.

Norman yang memandu pada masa itu terpaksa memberhentikan keretanya tak jauh dari rumah mereka di Ukays Perdana untuk menyambut kelahiran bayi perempuan seberat 3.2 kilogram itu.

Ha…bayi itulah Marissa Dania Hakim yang kini sudahpun bergelar gadis sunti.

Abby menjerit kepala bayi dah keluar

Selepas menjadi bidan kepada Abby dan Marissa selamat dilahirkan mereka kemudian meneruskan semula perjalanan ke klinik terbabit.

Menurut cerita pelakon yang ketika itu berusia 29 tahun, dia menyangka Abby hanya mengalami sakit perut seperti kebiasaan wanita sarat mengandung memandangkan tarikh jangkaan bersalin belum tiba.

“Saya tidak menyangka apabila keluar dari rumah dalam jarak 500 meter tiba-tiba Abby menjerit, “kepala bayi dah keluar.”

Tanpa berlengah saya berhenti ke tepi jalan dan terus menurunkan tempat duduk Abby lalu menyambut bayi dengan keadaan yang tenang.

“Apabila mendengar bayi itu menangis, perasaan saya sungguh lega dan membalikkan bayi tersebut sebelum saya azan dan iqamah,” memetik laporan akhbar Utusan Malaysia yang disiarkan pada 3 Julai 2005.

Ujar Norman dia selepas itu menghubungi doktor untuk mengetahui cara memotong tali pusat. Bagaimanapun doktor berkenaan menyarankan beliau supaya membawa terus bayi baru mereka ke klinik.

Marissa iras Abby

Sewaktu dalam perjalanan kedua mereka masih boleh ketawa dengan kejadian yang tidak mungkin dilupakan itu malah berhenti dua kali di tepi jalan untuk mengambil gambar kenangan menggunakan kamera telefon bimbit.

“Sampai sahaja di pintu belakang klinik, doktor berkenaan terus ke arah Abby di dalam kereta dan memotong tali pusat anak saya.

“Doktor memberitahu bahawa saya telah melakukan tugas dengan baik iaitu menyambut kelahiran bayi berkenaan,” ujar Norman.

Tak sangka kan anak yang dilahirkan dalam kereta ini sudah menjadi anak gadis yang comel sekali.

Selain Marissa, Norman dan bekas isterinya Abby turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Mohd Danish Hakim yang kini berusia 13 tahun.

Bahagia dengan keluarga mereka sendiri, Norman yang mendirikan rumah tangga dengan Memey Suhaiza juga memiliki dua anak. Menariknya mereka sekeluarga tetap menjalinkan hubungan yang baik dengan Abby walaupun  tiada lagi ikatan dan dilanda konflik hebat satu ketika dulu.

Sumber: instagram normanhakim_786 & Utusan Malaysia Online

 

 

Hati Kalian Luar Biasa! Keikhlasan Erra & Bella Demi Kebahagiaan Aleesya Buat Wanita Lain Tersentuh Hati

Hati Kalian Luar Biasa! Keikhlasan Erra & Bella Demi Kebahagiaan Aleesya Buat Wanita Lain Tersentuh Hati

 

Memuat naik fotonya berpelukan erat dengan Laudya Cynthia Bella bersama Aleesya, status Erra Fazira di instagram pantas mendapat reaksi daripada peminat dua selebriti ini.

“Bahagia melihat kalian bahagia.. 😙😙 .’
Bonda jemput Aleesya.. sorry mom belum bsiap tp sempat jugak nak bphoto 🙈.. tq bonda @laudyacynthiabella for making our princess happy.. hugs n kisses,” demikian catatan Erra.

Sikap yang menginspirasikan dan wajar dicontohi

Menitip kapsyen yang sangat tulus, ramai yang terharu dengan keikhlasan Erra, bekas isteri Engku Emran dan juga Bella menerima antara satu sama lain.

Hakikatnya tak ramai isteri dan juga bekas isteri mampu menjalinkan hubungan yang baik, justeru inilah sebab netizen memuji keduanya.

Kebanyakan mereka menganggap sikap dua wanita ini menginspirasikan dan wajar dicontohi.

@ i.dinaapamungkas_MashaAllah😍 Dua perempuan yg bisa jadi inspirasi banyak orang… Semoga senantiasa dilimpahkan kebahagiaan untuk mom @errafazira dan bunda @laudyacynthiabella .. aamiin…

@fie_mrs_fad_Alhamdulillah.. tahniah erra kerana sngat berlembut hati & kelihatan sgt ikhlas dalam hubungan kalian.. tak ramai yg mampu begitu.. semoga menjadi inspirasi dan contoh yg baik..😊

Luar biasa hati kalian

@tya.rahayu.39_Masyaallah, sungguh luar biasa hati kalian, sungguh ini menginspirasi sekali. Tidak begitu banyak perempuan yang seperti kalian. Mantan istri dan istri baru kompak, ya Allah, kalian luar biasa.

@shikintermizie_Sedih & sebak tgk gambar ini. Saya sekeluarga mmg fan erra dari zaman erra start career lg. Zaman maria mariana,zaman erra & awie, erra&yusry, erra&engku..sehingga sekarang. Erra menyimpan segala pahit manis hidupnya sendiri, xpernah bercerita apa pun keburukan sesiapa..salute u ERRA..anda sentiasa di hati kami. 😘😘

@permas_ayu_Subhanallah.. antara mantan istri dengan istri bisa akur.. kebanyakan orang jarang yg bisa begini, biasa nya saling benci dan tidak suka.. tapi mereka luar biasaaaaa, salut utk kedewasaan nya bella😙😘

@dhonaperdana_wanita2 hebat dlm sifat yg tulus ikhlas serta bs mengolah menurunkan ego dg sgt sempurna…. kuncinya hanyalah rasa cinta dan kasih sayang… teruslah mjdi contoh dan inspirasi utk byk org, barakallahu🙏🏻👼🏻❤️

Demikian  sebahagian daripada ribuan komen untuk status ini yang mendapat lebih 100k reaksi walaupun baru beberapa jam dimuat naik.

Engku Emran bawa Bella jumpa Erra sebelum nikah

Difahamkan sebelum mendirikan rumah tangga, Engku Emran telah membawa Bella bertemu dengan Erra Fazira dan foto pertemuan itu dimuat naik oleh Erra Fazira pada hari pernikahan keduanya.

Ia disertai dengan ucapan tahniah dan doa yang menyentuh hati buat bekas suaminya.

Alhamdulillahhhh.. Tahniah!! Buat ayah kepada Aleesya @iamkumbre dan @laudyacynthiabella diatas penyatuan cinta kalian.. moga berbahagia dan berkekalan hingga ke jannah. Penyatuan ini juga moga dapat mengeratkan lagi ukhwah antara Malaysia dan Indonesia.. Kita bersaudara dalam kejauhan.. kita saling mendoakan dan pupuk kasih sayang. Moga harmoni dan damai bersama. Amin. . . Anakanda ku, kini bertambah ahli keluarga Aleesya, maka bertambahlah hendaknya kasih sayang dan perhatian buat mu sayang.. Moga menjadi anak yg solehah dan punya jati diri yang disenangi dan dsayangi sentiasa. Mom will always support and pray for your happiness dunia dan akhirat. Love you so much my love!!! 😙😙😙. . Kepada pasangan mempelai ee dan bella.. moga kalian segera dikurniakan cahaya mata yg soleh dan solehah lagi comel! Pasti anakanda Aleesya tak sabar menanti adik.. 😉😁 Kalian sentiasa dalam doaku.. CONGRATULATIONS AGAIN!! Muahhhhh 😙😙

A post shared by Eera Chek (@errafazira) on

Sama-sama kita doakan hubungan mereka berkekalan bahagia dan Erra bertemu pula dengan jodohnya.

Sumber: errafazira

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: