Selepas namanya tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2018, penyanyi Shila Amzah yang turut cipta nama di China sekali lagi mengharumkan nama negara.

Terbaru Shila Amah merangkul dua anugerah di negara Tembok Besar itu. Penyanyi ini berkongsi perkara tersebut di dalam instagramnya kelmarin.

Shila menerima Anugerah Most Popular South East Asian Artiste dan Hottest International Artiste dalam satu majlis yang diadakan di Zhengzhou.

‘Awards Ke Berapa Mak Tak Ingat Tapi Ini Hadiah Hari Jadi Terbaik Buat Kakak!’ Shila Amzah Rangkul 2 Lagi Anugerah di China

IKLAN

‘Awards Ke Berapa Mak Tak Ingat Tapi Ini Hadiah Hari Jadi Terbaik Buat Kakak!’ Shila Amzah Rangkul 2 Lagi Anugerah di China

Berkongsi kegembiraan ibunya Fauziah Sarman turut membuat naik ucapan tahniah kepada anaknya yang juga sekali gus hadiah hari lahir istimewa untuk Shila yang akan menyambut ulang tahun ke 28 13 Ogos nanti.

“Congratulations kakak. Awards yang ke berapa Mak tak ingat ☺️. Kakak sentiasa menjadi kebanggaan kami. Pada mak ni antara hadiah terbaik sempena hari jadi kakak yang ke 28 tahun pada 13Ogos ni..Alhamdulillah. Love you so much. 1. Most popular South East Asian Artiste, 2. Hottest International Artiste.”

IKLAN

Dalam pada itu status di instagram Shila Amzah turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminatnya.

Sumber: shahilaamzah & mamazie68

IKLAN

 

 

 

 

 

Selain itu:  Kuali Hitam 'Legend' Memang Sedap Guna Untuk Memasak Tapi Berpotensi Cetus Kanser. Ini Cara Bersihkannya
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI