Setelah beberapa tahun aktivis wanita Arab Saudi memperjuangkan hak mereka, perintah yang dikeluarkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud membenarkan wanita memandu kereta mulai Jun 2018 dianggap satu kejayaan besar.

Keputusan bersejarah itu menjadikan Riyadh negara terakhir di dunia yang membenarkan wanita memandu kenderaan.

IKLAN

Selain kebenaran memandu sebenarnya dalam tempoh beberapa tahun ini sebenarnya ada beberapa lagi perkara yang sudahpun mampu dilakukan oleh wanita Arab yang mana sebelum ini tidak dibenarkan.

Perkara yang boleh dilakukan oleh wanita Arab

  • Sudah dibolehkan mengundi dalam pilihan raya– pada tahun 2015 mereka dibenarkan mengundi dalam pilihan raya perbandaran atau municipal election.
  • Dilantik jadi penasihat dewan atau majlis – sekurang-kurangnya 17 wanita sudah dilantik semasa pilihan raya perbandaran pada tahun 2015.
  • Boleh melanjutkan pengajian di kolej– pada tahun 2015 laporan mendapati lebih banyak pelajar wanita berada di universiti berbanding wanita.
  • Dibenarkan menyertai sukan dan bertanding di Sukan Olimpik – Arab Saudi menghantar dua peserta wanita dalam sukan Olimpik 2012 dan, empat orang pada tahun 2016.

Perkara yang tidak dibenarkan

Dalam pada itu berbeza dengan wanita di Malaysia dan negara lain, perkara berikut tidak dibenarkan dilakukan oleh kaum hawa di Arab Saudi.

IKLAN
  • Berkahwin, bercerai, melancong, membuka akaun bank, bekerja atau membuat pembedahan tanpa kebenaran penjaga lelaki atau mahram.
  • Bergaul bebas dengan lelaki – kecuali di tempat tertentu seperti hospital, bank dan kolej perubatan.
  • Keluar dari rumah tanpa memakai abaya hitam atau jubah longgar yang menutup aurat wanita.
  • Membuka perniagaan tertentu tanpa sokongan lelaki- wanita Arab Saudi yang mahu membuka perniagaan memerlukan paling kurang dua sokongan dari kaum lelaki sebelum boleh memohon pinjaman atau lesen.
  • Hak penjagaan anak selepas perceraian – hanya diberi hak penjagaan selepas anak mencapai usia tujuh tahun untuk lelaki dan sembilan tahun untuk anak perempuan.
  • Memohon passport tanpa kebenaran mahram
  • Tidak dibenarkan makan di restoran yang tiada pemisahan untuk bahagian keluarga -kebanyakan restoran di sana mempunyai bahagian untuk keluarga yang memisahkan mereka dari makan bersama lelaki. Wanita juga mempunyai pintu masuk yang berbeza.
Selain itu:  Mulut Herot, Mata Tak Boleh Pejam. Wanita Ini Kongsi Pengalaman Kena Strok Di Usia Muda Hingga Lumpuh Sebelah Muka

Sumber: cnn.com

IKLAN

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI