Membayangkan kemalangan ini saja sudah cukup mengerikan. Seorang wanita yang sarat hamil 39 minggu maut dalam satu kemalangan namun ajaibnya bayi ini masih hidup!

Impak daripada kemalangan tersebut bayi dalam kandungan terkeluar dari rahim ibu dan tercampak di atas rumput.

Wanita hamil itu merupakan penumpang sebuah lori yang membawa muatan kayu. Pemandunya dikatakan hilang kawalan lalu terbabas dalam kejadian yang berlaku di Cajati, Brazil.

Kemalangan itu menyebabkan lori berkenaan terbalik dan wanita hamil itu dihempap kayu muatan lori  tersebut.

Hentakan yang kuat mengakibatkan bayi terkeluar dari rahim ibunya. Bayi ajaib itu ditemui oleh pegawai perubatan selepas mendengar suara tangisan beberapa meter dari mayat ibunya.

IKLAN

Bayi Terkeluar Dari Rahim Ibu Hamil 39 Minggu Akibat Impak Kemalangan. Ibu Maut, Ajaibnya Bayi Hidup

“Ketika cuba membantu mencari mangsa di bawah timbunan kayu saya terdengar bayi menangis. Saya terkejut kerana setahu saya cuma ada dua mangsa dalam kemalangan itu,” ujar Elton Fernando Barbosa paramedik pertama yang sampai.

Selepas menemui bayi tersebut, dia terus menghubungi ambulans untuk membawanya ke hospital. Bayi tersebut bagaimana pun dalam keadaan selamat tanpa kecederaan.

“Saya tak tahu bagaimana bayi ini boleh selamat kerana mayat ibunya di bawah timbunan kayu. Ia memang satu keajaiban,”ujarnya.

IKLAN

Bayi Terkeluar Dari Rahim Ibu Hamil 39 Minggu Akibat Impak Kemalangan. Ibu Maut, Ajaibnya Bayi Hidup

Bayi Terkeluar Dari Rahim Ibu Hamil 39 Minggu Akibat Impak Kemalangan. Ibu Maut, Ajaibnya Bayi Hidup
 

Bayi berkenaan bagaimanapun ditempatkan di rumah anak yatim memandang tiada ahli keluarga dan saudara yang menuntutnya.

Jururawat di hospital yang merawat bayi ini menamakannya sebagai Giovanna yang bermakna ‘dilindungi oleh Tuhan’.

IKLAN

Sumber: http://www.dailymail.co.uk

 

 

 

 

 

Selain itu:  Baca Diari Ibu Selepas Ibu Meninggal, Anak Tak Sangka Rupanya Ibu Catat Segala Kenangan Manis Tentang Dirinya
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI