Biasanya kita beli stok sayur seminggu atau dua minggu sekali. Bila begini kebiasaanya, tip simpan sayur ini sangatlah penting. Maklumlah kita suka beli sayur-sayuran tapi memasaknya tak tentu.
Kadang-kadang sampai lembik sayur dalam peti sejuk. Supaya tak lagi membazir boleh praktik cara simpan sayur yang diamalkan oleh bekas peniaga kedai makan ni.
Kata Rohanoradila Aidil ada sayur yang cepat kering, kecut dan layu walau disimpan dalam peti. Oleh itu perlu tahu cara yang tepat untuk menyimpannya.
Ini adalah cara yang diamalkan sejak berniaga dulu.
1. Sayur yang dibeli tak perlu dibasuh untuk elak jadi lembik. Hanya basuh bila mahu menggunakannya.
2. Sediakan tisu yang telah dilembapkan kemudian alas dalam bekas untuk menyimpan sayur.
3. Sebelum masukkan sayur, pastikan tiada sayur yang rosak, takut berjangkit.
4. Sayur boleh juga dipotong sebelum disimpan untuk memudahkan kerja memasak nanti.
5. Masukkan sayur dalam bekas yang dialaskan dengan tisu yang dilembapkan tadi dan simpan dalam peti sejuk.
Pesan Rohanoradila, lepas simpan simpan jangan perap terus dalam peti ais. Kenalah masak ya!
Selamat mencuba!
Sumber Rohanoradila Aidil
Kuah Pekat Tiada Bau, Sedapnya Peratal Kambing. Ikut Langkah Ini Kalau Nak Masak Sendiri
Hidangan berasas daging kambing memang ramai peminatnya. Salah satu menu kegemaran dan istimewa yang sedap adalah peratal kambing.
Cuma tak semua yang mahir memasak daging kambing ini. Nak masak hidangan ini memang kena tahu cara yang betul supaya tiada bau dan kena dengan selera.
Dikongsi oleh individu yang mahir memasaknya, bagi yang nak buat sendiri hidangan peratal kambing boleh ikut cara yang dikongsi oleh Michelle Shelle.
Cara masak peratal kambing
Bahan-bahan:
1 kg daging kambing bersama tulang (potong kecil)
2 biji bawang merah (hiris)
7 ulas bawang putih
7 cm halia
5 biji ubi kentang (dadu)
1 biji tomato (dadu)
2 sudu kecil jintan manis
1 batang kayu manis
5 biji bunga lawang
3 biji cengkih
5 tangkai daun kari
4 sudu besar serbuk kari daging
5 sudu besar serbuk cili biasa
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
Air
Garam
Gula
Cara membuat
1. Guna periuk tekanan/didih di atas periuk biasa, rebus daging kambing (isi & tulang) bersama 2 cm halia (tumbuk). Masak sampai 3/4 masak untuk lembutkan daging dan kurangkan bau
2. Tumbuk jintan manis, bawang putih dan halia. Ketepikan.
3. Panaskan kuali, tuang minyak, lebihkan minyak untuk kacau bahan-bahan. Masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih, bawang merah, tumis sampai keperangan.
4. Masukkan daun kari bersama bahan yang sudah ditumbuk, tumis sampai keperangan.
5. Masukkan daging kambing yang 3/4 sudah masak tadi ke dalam kuali dan kacau seketika.
6. Bubuh serbuk kari daging dan cili biasa ke dalam dan kacau sampai sebati.
7. Tuang air secukupnya, cukup untuk tutup daging kambing saja kemudian masukkan ubi kentang
dan kacau.
8. Biar ubi kentang masak, kacau sekali sekala. Bubuh garam dan gula secukupnya.
9. Bila ubi kentang dah masak, pastikan untuk cucuk daging kambing, guna garpu untuk pastikan kentang dah lembut.
10. Tuang sos tomato dan kicap pekat, kacau daging kambing sampai air surut ke tahap kuahnya menjadi pekat. Masukkan tomato dan daun kari ke dalam, kacau seketika dan tutup api
Hidang dengan nasi atau roti kegemaran anda.
Sumber: Michelle Shelle
Cara Bersihkan ‘Peta Dunia’ Pada Seat Kereta. Modal Cuma RM15!
Bila buka pintu kereta selalu yang kita akan nampak adalah ‘peta dunia’ yang bertompok-tompok pada seat atau tempat duduk depan atau belakang.
Kalau kereta mereka yang dah berkeluarga apatah lagi. Tumpahan air, aiskrim, jajan antara kotoran biasa yang menghasilkan corak peta pada seat kereta jenis fabrik.
Ada yang tak tahan sakit mata akan mengambil khidmat mencuci seat kereta yang kosnya bukan murah.
Alternatif lain, kita boleh bersihkan sendiri peta dunia pada seat kereta kita ini. Berikut adalah cara yang dikongsi oleh Cleaning Assassin, tak susah mana modal pun cuma dalam RM15 saja! So boleh cuba.
1. Buat chemical sendiri
Langkah pertama anda kena buat ‘chemical’ anda sendiri. Bunyi macam susah kan? Padahal senang je. Tuang sesudu sabun pencuci pinggan dan campur dengan air suam ke dalam satu bekas air saiz sederhana. Kacau sehingga sebati.
2. Sembur
Masukkan campuran chemical anda ke dalam botol spray. Kemudian spray rata ke seat anda. Ambil jarak dalam 6-8 inci dari seat.
3. Gosok guna berus lembut
Selepas itu, ambil berus yang lembut, gosok seat anda sehingga bersih. Bahagian yang kotor mungkin memerlukan menggosok berkali-kali. (Jangan guna berus yang mudah terlerai seperti berus sabut, ia akan melekat ke dalam seat jika terlerai).
4. Lap dan bilas
Lap dengan kain bersih yang dibasahkan dengan air suam. Bilas kain dengan kerap supaya kotoran tidak kembali pada seat. Ulang banyak kali sehingga kesan chemical hilang.
5. Guna tuala microfiber
Akhir sekali, lap dengan microfiber towel sehingga kering. Selesai satu seat, anda boleh beralih ke seat yang lain.
KOS
1. Sabun basuh pinggan (percuma, ambil kat dapur)
2. Botol spray (percuma, ambil spray untuk iron baju)
3. Berus lembut (RM5)
4. Kain bersih (percuma, ambil kain yang lama)
5. Microfiber towel (RM10)
INFO
- Setiap seat berbeza pengeluar dan material, so kesan tak akan sama.
- Kotoran yang dah lama dan terlampau banyak memerlukan usaha yang lebih untuk menghilangkannya.
- Hasil cucian ini tidak sama dengan cucian profesional berpengalaman yang menggunakan chemical dan mesin yang dikhaskan.
Sumber: http://www.cleaningassassin.com
Cara Buat Sup Ayam Sihat, Tak Perlu Guna Minyak. Lagi Mudah & Sedap, Terasa Manis Asli Ayam
Rasa nak makan lauk sihat tanpa minyak tapi sedap! Ha boleh buat sup ayam sihat perkongsian Nik Nur Adilin.
Tak perlu tumis, tanpa guna minyak lagi jimat kan. Paling penting sup ayam ini mudah disediakan dan rasanya sedap, rasa manis asli dari sup ayam.
Menurut Nik Nur Adilin, sup ayam sihat ini adalah resipi daripada ibunya dan turut jadi kegemaran anak-anak. Cara masak cukup mudah.
Cara buat sup ayam sihat yang sedap
1. Ayam setengah ekor. Saya guna 6 ketul besar-besar, beli ikut bahagian, guna bahagian rangka & drumstick.
2. Sediakan bawang merah 6 ulas, bawang putih 6 ulas bersama sehiris halia. Tiga bahan ini dtumbuk kasar tapi saya hiris saja.
3. Sediakan rempah empat sekawan. Tapi saya campak seketul sup bunjut saja.
4. Boleh letak ubi kentang jika suka. Potong besar supaya tak cepat hancur.
5. Sediakan bawang merah untuk buat bawang goreng. Boleh guna yang ready made.
6. Cara memasak, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, rempah dan ayam dalam periuk.
7. Isi air hingga tenggelam ayam. Buka api perlahan, tutup periuk. Di pertengahan, boleh letak ubi kentang.
8. Bila terbit minyak asli dari ayam seperti gambar di bawah, tandanya sup dah masak. Boleh letak daun sup & bawang goreng.
9. Boleh letak garam untuk perasakan. Ada yang letak gula tapi saya tak letak. Bagi saya, bawang goreng dah cukup manis dan bawang bawang lain yang dah masak dah ada manis tersendiri.
Siap dan boleh dihidangkan.
Selamat mencuba.
Sumber: Nik Nur Adilin.