Vanilla Kismis kini berada di dalam aplikasi   
Vanilla Kismis kini berada di dalam aplikasi   
Home Kekeluargaan Bidan Ajar Ibu Menari Zumba Sebelum Bersalin, Teknik Kurangkan Sakit Kontraksi &...

Bidan Ajar Ibu Menari Zumba Sebelum Bersalin, Teknik Kurangkan Sakit Kontraksi & Mudahkan Bersalin

 

Selalu yang kita dengar, ibu yang hampir bersalin diminta berjalan untuk memudahkan proses kelahiran.

Tapi yang ini lagi hebat. Bukan berjalan tapi siap berzumba lagi.

Perkara tersebut dilakukan oleh seorang bidan, Hasnani Aris untuk membantu seorang pesakit yang juga seorang bidan mengurangkan sakit kontraksi sebelum bersalin.

Hasnani yang juga seorang instruktur zumba telah merakam aksi tersebut dan memuat naik dalam Facebook beliau.

Dia memuat naik dua video, satu video memaparkan pesakit itu yang mengalami bukaan 4-5cm menangis ketika menahan kesakitan akibat kontraksi.

IKLAN

Manakala dalam video kedua, Hasnani dan pesakit tadi sedang menari zumba, tidak memperlihatkan kesakitan malah ceria bergerak menggoyangkan pinggul mengikut gerak lagu.

Posted by Hasnani Aris on Sunday, 22 October 2017

 

“Malam ini tugas di sini, kebetulan pesakitnya juga memang penari zumba. Cuba berzumba sambil menunggu waktu bersalin. Sekarang bukaan baru 4-5 cm. Ketika zumba sakit kontraksi tidak begitu terasa berbeza ketika pesakit duduk. Semangat bidan Susi Sayang.”

IKLAN

Demikian catatan Hasnani yang juga instruktur zumba dalam status beliau. Video itu tular di Indonesia hingga mendapat lebih dua juta tontonan.

Betul ke Zumba boleh kurangkan sakit bersalin?

Mesti ramai yang tertanya-tanya kan?

Menurut Dr. Regina Kaplan dari New Jersey Overlook Medical Centre , pergerakan ibu sewaktu kontraksi boleh mempercepatkan proses bersalin.

IKLAN

“Bayi perlu bergerak turun ke jalan lahir jadi bila ibu bergerak, dia sedang membantu bayinya turun,”ujarnya memetik laporan Glamour.

Melakukan pergerakan zumba yang mudah sebelum melahirkan bukan saja mempercepatkan proses bersalin, tapi juga mengrangkan rasa sakit kontraksi kerana fikiran tidak tertumpu pada kesakitan.

Pergerakan tersebut akan memindahkan tekanan dari beban tubuh bayi pada organ tubuh ibu semasa dan bergerak ke jalan lahir.

Selain itu:  4 Kali Bersalin, 4 Kali Czer, Ibu Ini Kongsi Dugaan Yang Dilalui Termasuk Tumpah Darah. Tapi Untungnya Waktu Pantang Dijaga Rapi Oleh Suami

Sumber:  Hasnani Aris

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI