Baru-baru ni tertengok berita tentang suspek kes pukul wanita dalam video yang menjadi viral tak lama dulu ditangkap.  VK sendiri pun sempat tengok tapi tak habis.VK sendiri pun sempat tengok tapi tak habis. Sebenarnya tak sanggup menonton babak-babak yang memalukan kaum wanita sendiri.Ya lah yang selalu bergaduh macam tu orang lelaki bukan orang perempuan.

Dalam sok sek sok sek video viral ini, pernah terdengar kawan-kawan lelaki VK sembang pasal perempuan Kelantan ni. Kata diaorang  berkawan dengan perempuan dari negeri Cik Siti Wan Kembang ni kena hati-hati. Kebanyakkannya memang berani, sama ada dari segi tindakan mahu pun kata-kata. Kalau tengok dari video viral tu, memang betullah.

VK sendiri memang akui bab itu, maklumlah bertahun-tahun duduk serumah dengan orang Kelantan sebelum kahwin. Dari situlah faham dioarang ni macam mana.  Mulut memang manis tapi kadang-kadang kata-kata pedas berapi. Selain tu ada lagi aspek lain yang kita kena hati-hati dengan wanita Kelantan ni.  Hati-hati tu bukanlah bermakna yang buruk jer ok. Ini pandangan peribadi VK tentang mereka, sebab itu lah orang lelaki cakap hati-hati kalau nak berkawan dengan diaorang.

1. Jangan tipu bab berniaga – wanita Kelantan memang pandai bisnes. Tengok saja Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu penuh dengan peniaga perempuan.  Pengasas kosmetik Dnars dan Qu Puteh pun dari sana, orang lelaki mereka tak tahu lah di mana. Jadi jangan lah nak tipu bab berniaga ni dengan mereka.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/2015/181115/kelate3.jpg

2. Awas tergoda –  selalu VK dengar orang kata orang perempuan Kelantan terutama dari Pasir Mas cantik-cantik. Tak tahulah kebenarannya. Sebab cantik nilah ramai lelaki cair, tak caya tengok Neelofar.

3. Mulut manis - tengok saja kalau berniaga macam mana mereka pujuk untuk pelanggan beli. Walau guna loghat Kelantan tapi kedengaran lembut saja, sebab tu ramai yang terjerat nak beli. Ini lagi satu faktor orang lelaki cair.

4. Berdikari -  kalau dah lebih ramai perempuan di sana berniaga, orang lelaki tak nampak di mana tak cukup berdikari lagi kah.

5. Berani dan cekal – contohnya boleh tengok yang dalam video viral itu lah. Rasanya perempuan penakut takkan buat macam tu.

Mek-mek Kelate yang baca ni mesti setuju kan. Giler tak setuju!

Artikel Berkaitan
Anda Mungkin SUka
KOMEN