Bagi yang masih bujang, musim cuti raya ini mesti ramai yang berharap bertemu jodoh kan. Ha jangan tipu VK . Tapi memang tak mustahil.

Kalau kita perhatikan banyak saja bibit cinta atau pertemuan bermula ketika balik kampung atau rumah terbuka yang kita dengar sebelum ini.  Nak tahu siapa yang mungkin korang ketemu dan boleh jadi pasangan hidup? Ha ini dia VK senaraikan.

1.Adik beradik teman
Selalu saja terjadi ketika datang bertandang ke rumah rakan tiba-tiba terpandang adik beradiknya dan terus terjatuh cinta.  Sudah tentu langkah perkenalan lebih mudah kalau begini caranya.

2.Bekas kawan sekolah
Dulu mungkin selekeh tapi selepas bertemu kembali ketika reunion atau ziarah raya penampilan sudah berbeza. Mungkin makin cantik atau hensem hingga buat hati tertawan.  Waktu inilah bertukar nombor telefon yang memungkinkan bercambah bibit cinta dengan bekas teman sekolah.

3.Jiran
Lebih tepat lagi anak jiran yang sebaya dengan anda yang masih muda. Selalunya waktu raya inilah saja akan bertemu mereka. Maklumlah kebanyakannya tak lagi duduk di kampung. Bila lama tak bersua, banyak cerita dikongsi walaupun ada yang malu-malu. Tapi bila imbas tentang kisah zaman kanak-kanak bersama terus hilang perasaan itu bertukar pula jadi mesra. Tak gitu?

4.Rakan sekampung
Berjumpa di rumah kawan, sembang punya sembang rupa-rupanya sekampung. Kan biasa macam ni. Malah ada persamaan begini, makin rasa kedekatannya.  

Ini baru empat calonnya. Mungkin ada lagi, mana tahu. Buat yang masih bujang, semoga anda bertemu jodoh raya ini.

 

 

 

Anda Mungkin SUka
KOMEN