Terkebil-kebil mata VK baru-baru ni bila lihat gambar sekumpulan wanita bertudung menghisap vape dengan asap berkepul-kepul. Tak tahu sama ada gambar itu betul atau sudah diedit untuk diviralkan. Tapi kalau ia benar pada VK ia  satu pemandangan yang cukup menyedihkan.

Sama juga kalau yangg dipegang itu rokok bukan vape. Itu juga VK rasa bila lihat video seorang wanita dengan selamba merakam aksi menghisap vape di Facebook.  VK tak faham mengapa ada segelintir wanita boleh terikut trend menghisap vape? Adakah  untuk nampak setanding dengan lelaki? kalau itu alasannya, tak payahlah kot. Kenapa perlu nak nampak setara dalam bab yang tak elok ini.  Wanita menghisap rokok pun sudah dipandang serong, tambah serong bila hisap vape pula.

Kaum lelaki sendiri pun ramai yang tak setuju wanita hisap vape. Cuba baca komen di Facebook yang papar gambar perempuan hisap vape. Ada komen yang nak baca pun malu. Jadi kalau hisap vape ini jadi alasan untuk wanita mendekati lelaki maka lupakan juga. Rasanya orang lelaki sendiri tak cari isteri kaki vaping yang bila keluar
berdua asap vape sama banyak dengan asap rokok dia. Ini ke calon isteri atau bakal ibu kepada zuriat dia nanti.  Dalam mencari punca wanita hisap vape ini, VK ada baca petikan dari The Malaysian Insider.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/181115/vape1.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/181115/vape2.jpg

Macam ni saja alasan mereka hisap vape ?  Ingatkan sebab stres, kerja kuat dan perlukan sesuatu untuk relaks. Hmm... tak mahulah cakap lagi, nanti banyak yang terkutuk. Tapi sebelum tu kena cakap juga satu perkara yang mungkin wanita lain juga punya pendapat yang sama,  memang hisap vape itu pilihan sendiri, tak kacau orang, atau rumah tangga sesiapa tapi sebagai wanita kita kena pandailah jaga diri. Jangan sampai dipandang rendah.

Oh ya, nak tahu jugak dapur akak yang vaping ini berasap ke macam vape yang dihisap? Hendaknya begitulah. Ok bai. 

 

Artikel Berkaitan
Anda Mungkin SUka
KOMEN