Tak pernah mendengar pun gossip cinta tentang Daiyan Trisha, tapi tup-tup mengesahkan bakal bernikah 19 Ogos ini.

Heroin drama Sejuta Rasa Buat Adelia ini semalam telah memuat naik foto dengan persalinan dengan layah perkahwinan selain menulis tarikh 19.8.2018.

Status tersebut membuatkan ramai peminat tertanya-tanya apatah lagi dia memuat naik beberapa lagi foto gambar perkahwinan.

 

IKLAN

19.08.2018

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha) on

 

Namun persoalan itu terjawab apabila penyampai Radio Era, Raden, menghubungi Daiyan dan empunya diri mengakui akan bernikah tarikh tersebut itu.

IKLAN

Bagaimanapun pelakon utama filem Busker itu enggan mengulas bakal suami .

“Betul saya akan bernikah. Bagaimanapun, kami tidak bertunang,” katanya ringkas.

Ditanya mengenai lelaki pilihan hatinya itu kata Daiyan, bakal suaminya memiliki sifat ceria dan baik hati.

IKLAN

Itu antara faktor dia menerima lelaki terbabit dalam hidupnya.

 

Sumber: Harian Metro & daiyantrisha

 

 

Selain itu:  "Kalau Abang Baca Insta Mama Ni Nanti, Mama Nak Abang tahu..." Sebak Baca Luahan Abby Abadi Sebelum Berpisah Dengan Danish
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI