Dua tahun mendirikan rumah tangga Nurul Balqis masih belum dikurniakan cahaya mata. Bukan tak berusaha tapi sudah pelbagai cara dilakukan dari mengambil suplemen, berurut malah sudah berjumpa beberapa orang doktor juga.

Namun rezeki anak masih belum menghampiri sehinggalah satu masa dia cuba mengamalkan buah zuriat mengikut amalan rakan yang mengalami nasib yang sama.

Alhamdulillah sebulan mengamalkannya Nurul Balqis atau Qis disahkan hamil dan kini sudah pun masuk bulan keempat.

Bagi membantu wanita yang mengalami masalah yang sama, dia berkongsi cara menyediakan air rebusan buah zuriat yang diamalkan.

Dua tahun yang lama

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah s.w.t setelah 2 tahun Qis dan suami usaha untuk mendapatkan zuriat, akhirnya kami berjaya. Tempoh 2 tahun mungkin sekejap bagi mereka yang ambil masa lebih lama dari kami. Tapi bagi kami, dua tahun tu tempoh yang lama untuk menunggu kehadiran roh dalam rahim ini.

Jom baca perkongsian Qis, InshaAllah dengan izin Allah s.w.t awak semua yang masih tertunggu-tunggu juga akan berjaya. Yang penting kita percaya dengan rezeki-Nya. InshaAllah. Qis berani kongsi, kerana petua ni betul-betul berjaya dan sesuai dengan mereka yang mempunyai masalah sama seperti Qis.

Semoga perkongsian ini dapat memberi motivasi kepada korang yang senasib seperti kami untuk teruskan berjuang tanpa mengalah. Chewahh. Hehe

Masalah haid setahun hanya dua kali

Selepas setahun kami berkahwin, Qis dan suami membuat keputusan untuk berusaha mendapatkan zuriat. Bermacam-macam cara kami lakukan, makan suplemen, pergi mengurut dengan 3 orang bidan, makan acid folic, ubat moden, ubat tradisional semua kami dah ambil. Namun, tetap juga tak berjaya.

Masalah Qis tetap tak berubah. Setahun hanya dua kali dapat merasa datangnya darah haid. Akhirnya, kami pergi ke klinik untuk berjumpa doktor dan mendapatkan nasihat dari yang pakar. Kata-kata doktor amat menyedihkan dan menghampakan kami. Doktor ada bagitahu, masalah macam Qis ni memang susah nak dapatkan zuriat kalau tak dirawat.

Pada tahun kedua, kami menerima berita gembira. Kawan baik Qis, yang senasib dengan Qis memberitahu yang dia dah berjaya hamil hanya sebulan mengamalkan minum air rebusan buah zuriat. Dan dia suggestkan kat Qis untuk usaha benda yang sama. Kebetulan pula, kawan Qis ada pergi ke Mekah dan sudi carikan Qis buah zuriat dekat sana. Alhamdulillah.

Apa buah zuriat dan kelebihannya

Ada juga yang panggil buah zuriat ni, buah Adam dan Hawa. Buah ni, pokoknya dekat Mekah dan Madinah (tanah arab) sangat banyak. Kelebihan buah zuriat ni pula:-

  • Merawat masalah kesuburan sperma lelaki dan ovum wanita.
  • Menambah kepekatan air mani lelaki, menguatkan dinding rahim wanita. Sangat sesuai untuk wanita yang pernah keguguran, mandul, dan tidak pernah mempunyai zuriat lagi.
  • Mengaktifkan sel darah yang baru, muda dan hormon yang subur tanpa menjejaskan sel-sel lama.

Alhamdulillah, dengan izinNya setalah sebulan Qis amalkan minum air rebusan buah zuriat ni, Qis juga telah berjaya hamil pada bulan seterusnya.

Bagaimana cara nak amalkan, cara nak rebus, cara nak kopek buah yang terlalu keras ni. Qis ada terangkan dekat setiap gambar dekat bawah ni.

Semoga pasangan yang senasib dengan kami juga berjaya merasa saat-saat yang dinantikan ini. Terima kasih juga kepada mereka yang sentiasa doakan kami. Sekarang kandungan Qis dan cecah 4bulan. Doakan kandungan Qis sihat dan selamat sehingga dia keluar ye 😘

Cuma pesan Qis satu je, Jangan mudah mengalah & teruskan usaha. Allah menduga hambanya kerana Allah tahu hambanya kuat menghadapi dugaan itu.

Kawan-kawan boleh la share petua ni, agar ramai yang senasib dengan Qis dan kita sama-sama merasakan peluang ini. Qis doakan korang juga dapat merasakan saat-saat indah ini ❤️

Sumber gambar dari Google, Qis tak sempat nak snap pic sendiri. Semoga bermanfaat.

Sumber: Nurul Balqis

 

 

 

Artikel Berkaitan

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: