Beli Barang di ShopBack Tapi Dapat Duit Balik, Hasilnya Hingga Boleh Bawa Lelaki Ini Melancong Satu Famili

Beli Barang di ShopBack Tapi Dapat Duit Balik, Hasilnya Hingga Boleh Bawa Lelaki Ini Melancong Satu Famili

 

Siapa yang kaki beli barang online patut membeli belah di laman ini. Silap hari bulan boleh dapat ‘riban-riban’ lagi macam apa yang lelaki ini peroleh.

Sebabnya setiap kali membeli barang ganjaran dalam bentuk tunai yang dimasukkan dalam akauan bank kita.

Inilah kelebihan membeli belah di ShopBack.

Menurut cerita Shafiq bapa kepada dua anak ini dia sudah membeli belah mengggunakan Shopback sejak 2015.

“Tapi saya tak sangka akan dapat berjimat sebegini banyak awalnya. Ibarat kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit, jumlah pulangan tunai yang saya dapat membolehkan saya membiayai perbelanjaan untuk kos hotel, tiket penerbangan, makanan, pakej lawatan sewaktu percutian kami sekelurga ke Medan Indonesia baru-baru ini.

“Sebab itu saya sarankan orang lain pun mula menyimpan menggunakan platform seperti ShopBack. Memamg berbaloi dan jumlah pulangan tunai yang kita dapat boleh kita gunakan bila diperlukan.

Kalau nak dapat pulangan seperti ini boleh mula membeli belah di Shopback. Menarik sempena dengan #mycybersale 2017 ini ShopBack menawarkan RM3 untuk setiap pembelian Milo, Nescafe, Kellogg’s dan baucar minyak Petronas apabila pembelian dibuat dengan rakan niaga ShopBack iaitu  Lazada, 11street, and Qoo10.

Cara nak dapat duit selepas shopping

Macam mana nak beli barang di ShopBack dan dapat pulangan tunai? Ikut langkah mudah berikut:

1. Layari ShopBack dan buat pendaftaran akaun pada https://www.shopback.my/getnow menggunakan akaun email atau akaun Facebook anda.

2. Pilih produk kegemaran anda. Buat pembelian di laman tersebut. Boleh pilih barang di bawah ini sebab sekarang ada tawaran RM3 untuk setiap pembelian.

3. Cashback biasanya akan dimasukkan dalam 48 jam, dan bonus Cashback akan dimasukkan kemudiannya!

4. Cashback boleh dipindahkan ke akaun bank tempatan apabila ia boleh ditebus. Jadi, produk mana-mana yang anda beli adalah RM3 selepas Cashback!

Mudah kan? Kalau tak faham juga sila lihat video khas ini yang menerangkan cara bagaimana anda boleh menjana Cashback!

Jangan lupa, tawaran ini hanya sah sepanjang tempoh kempen #MYCYBERSALE! Daftar akaun ShopBack anda sekarang!

 

Apa sebenarnya Cashback dari ShopBack?

Cashback diperkenalkan oleh ShopBack di mana pembeli di laman ShopBack mampu mendapat pulangan wang tunai dengan setiap pembelian.

Setakat ini, ShopBack sudah menawarkan ganjaran lebih RM13.6 juta secara Cashback kepada pelanggan di Malaysia dan ada pelanggan ShopBack yang mengumpul lebih RM22,000 tunai Cashback!

Lebih daripada 500 e-dagang termasuk Lazada, Qoo10, 11street, Booking.com, Malaysia Airlines, Expedia, dan ZALORA bekerjasama dengan ShopBack untuk memberi Cashback kepada pembeli dengan memberi semula sebahagian pembelian mereka dalam bentuk tunai setiap kali membeli-belah.

Salah seorang pelanggan ShopBack, Syafiq telahpun menikmati penjimatan dan kelebihan Cashback dari ShopBack! Anda bila lagi?

Selain Cashback, anda akan menikmati diskaun dengan setiap pembelian melalui lebih 500 kedai atas talian yang tersenarai di ShopBack!

Jadi daftar sekarang dengan ShopBack dan nikmati diskaun serta Cashback yang lumayan!

 

 

Tak Pandai Masak Tak Mengapa, Tapi Isteri Kenalah Ada 3 Kelebihan Ini Supaya Suami Tak Kompelin!

Tak Pandai Masak Tak Mengapa, Tapi Isteri Kenalah Ada 3 Kelebihan Ini Supaya Suami Tak Kompelin!

Dulu mungkin semua isteri kena mahir memasak, sebab kerja dapur ini memang sudah dipasak dalam kepala semua wanita sebagai  sebahagian tugas mereka.

Tapi sekarang berbeza, apabila sudah belajar tinggi dan tidak lagi duduk di rumah ramai tak sempat belajar ilmu memasak dari ibu mereka.

Tambah pula bila dah berumah tangga dan sibuk bekerja pula, ramai ambil jalan mudah membeli saja makanan untuk dihidang pada anak dan suami.

Memang akan ‘setel’ bab makan famili tapi apapun isteri yang tak pandai memasak akan berasa  satu kekurangan. Sebab itu orang tua selalu pesan masakan isteri penting untuk tambat hati suami.

Tapi tak mengapa. Kalau dah tahu diri tiada kelebihan bab memasak isteri kenalah ada kelebihan atau keistimewaa lain untuk menutup kekurangan diri. Antaranya  kemahiran di bawah ni.

1. Pandai jaga anak & urus rumah tangga 

Di rumah anak terjaga, makan cukup, susu cukup, mandi tepat masa, ada masa terluang ajar anak membaca dan mengaji pula.

Rumah juga sentiasa bersih, kemas walaupun ada anak kecil. Bila suami masuk rasa tenang saja. Tak berserabut dengan mainan dan surat khabar di lantai atau kain baju tak berlipat atas sofa. Kalau dah ada sebahagian ciri ibu mithali ini, takkan suami kompelin lagi.

2. Penampilan menarik

Isteri cantik dan pandai jaga badan suami mana tak sayangkan. Dah tentu asyik nak melekat saja. Tapi bukanlah makna isteri harus sentiasa mekap mampan, cukuplah sekadar nampak elok, kemas dan manis di mata suami walau pun duduk di rumah. Jangan berhias waktu nak pergi kerja saja.

3. Layanan batin mantap     

Ini boleh jadi kelebihan yang paling boleh mengaburi suami dengan kekurangan yang ada. Tak pandai masak tapi layanan di kamar untuk suami mantap. Tak pernah menolak malah mempelawa pula. Bila suami puas bab ini rasanya anda sudah menawan hatinya.

Apapun seharusnya seiring dengan peningkatan usia kita kena baiki kekurangan. Walau tak minat, tiada masa tapi berusahalah untuk belajar memasak. Takkan sampai tua, nak makan kedai kot!

 

 

5 Sebab Korang Perlu Hati-hati Kawan Dengan Perempuan Kelantan

5 Sebab Korang Perlu Hati-hati Kawan Dengan Perempuan Kelantan

 

Pernah terdengar kawan-kawan lelaki sembang pasal perempuan Kelantan ni. Kata diaorang  berkawan dengan perempuan dari negeri Cik Siti Wan Kembang ni kena hati-hati.

Kebanyakannya memang berani, sama ada dari segi tindakan mahu pun kata-kata. Kalau tengok dari video viral tu, memang betullah.

VK sendiri memang akui bab itu, maklumlah bertahun-tahun duduk serumah dengan orang Kelantan sebelum kahwin. Dari situlah faham dioarang ni macam mana.  Mulut memang manis tapi kadang-kadang kata-kata pedas berapi.

Selain tu ada lagi aspek lain yang kita kena hati-hati dengan wanita Kelantan ni.  Hati-hati tu bukanlah bermakna yang buruk jer ok. Ini pandangan peribadi VK tentang mereka, sebab itu lah orang lelaki cakap hati-hati kalau nak berkawan dengan diaorang.

1. Jangan tipu bab berniaga

Wanita Kelantan memang pandai bisnes. Tengok saja Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu penuh dengan peniaga perempuan.  Pengasas kosmetik Dnars dan Qu Puteh pun dari sana, orang lelaki mereka tak tahu lah di mana. Jadi jangan lah nak tipu bab berniaga ni dengan mereka.

2. Awas tergoda

Selalu dengar orang kata orang perempuan Kelantan terutama dari Pasir Mas cantik-cantik. Tak tahulah kebenarannya. Sebab cantik nilah ramai lelaki cair, tak caya tengok Neelofar dan wanita dalam gambar tu.

3. Mulut manis

Tengok saja kalau berniaga macam mana mereka pujuk untuk pelanggan beli. Walau guna loghat Kelantan tapi kedengaran lembut saja, sebab tu ramai yang terjerat nak beli. Ini lagi satu faktor orang lelaki cair.

4. Berdikari

Kalau dah lebih ramai perempuan di sana berniaga, orang lelaki tak nampak di mana tak cukup berdikari lagi kah.

5. Berani dan cekal

Dah tentulah berani dan cekal,  kalau tak mana boleh berniaga dan jadi jutawan.

Mek-mek Kelate yang baca ni mesti setuju kan. Giler tak setuju!

Nota: Artikel ini cuma berdasarkan pandangan peribadi.

 

 

10 Jenis Selfie Ibu Muda Dilarang Buat

10 Jenis Selfie Ibu Muda Dilarang Buat

 

Sebelum ini heboh dengan cerita selfie ibu muda yang menyusukan anak. Ramai maklum tentang respon seorang ustaz tentang perkara ini. Walau pun menutup aurat tapi hukumnya haram kerana penampilannya menarik perhatian lelaki.

Tapi selain selfie menyusu ada lagi beberapa jenis selfie yang pada VK tidak patut dilakukan oleh ibu muda namun selalu saja dibuat.

VK bukanlah ustazah, tapi sebagai wanita yang dah matang kita boleh fikir sendiri jenis selfie seperti disenaraikan ini tidak selaras batas agama, boleh mencetus rasa riak, hasad malah menjejaskan keselamatan sendiri.

1. Selfie dengan pakaian tak sopan atau mendedah aurat – lainlah kalau selfie ini hanya untuk tatapan suami.

2. Berdua bersama lelaki bukan mahram – walaupun suami izinkan tapi fikirkan juga perasaan dan maruah suami. Ia juga boleh undang fitnah, orang lain bukan tahu pun suami anda izinkan.

3. Foto selfie intim atau bermesra dengan pasangan – apatah lagi kalau dalam bilik tidur. Orang tua pesan cerita dalam kamar jangan dikongsi. Tak perlu tunjuk satu dunia anda pasangan romantis. Cukup anda dan pasangan saja tahu.

4. Selfie bersama hadiah mahal yang diterima – sebagai contoh gelang emas, wang yang banyak atau bersama barangan atau harta bernilai. Bukan saja boleh menimbulkan perasaan riak dalam diri, hasad pada yang melihatnya tapi anda juga mungkin jadi sasaran penjenayah kerana gambar ini.

6. Selfie bersama bayi baru lahir – dikatakan bila kita share foto bayi yang baru lahir (0 hingga 40 hari) dikhuatiri bayi akan terkesan dengan gangguan Ain (sihir tanpa jin atau mata jahat).

7. Selfie yang mendedahkan maklumat peribadi– tempat sekolah anak, nombor plat kereta apatah lagi kereta mewah. Hati dan niat orang kita tak tahu, ia mungkin menjejaskan keselamatan diri malah keluarga.

8. Selfie waktu ziarah kubur – termasuk ketika Aidilfitri dan ia pernah jadi isu satu ketika dulu. Menurut ahli agama ia boleh dikategorikan haram jika dilakukan dengan niat untuk berseronok.

9. Selfie waktu makan tempat mewah– tak kira dengan famili atau dengan rakan-rakan. Boleh mencetuskan rasa riak dan hasad pada yang melihatnya.

10. Pose seksi, jelir lidah, jilat bibir– dah berkahwin dan dah ada anak, please jangan selfie ala remaja ini kecualilah gambar ini untuk tontonan suami anda saja. Ini juga termasuk dalam selfie menarik perhatian lelaki.

Sekian pesanan dari VK untuk ibu muda dan wanita keseluruhannya.

 

 

Tip Hadiri Reunion, Elak Cinta Lama Bertaut Kembali

Tip Hadiri Reunion, Elak Cinta Lama Bertaut Kembali

 

Ada banyak cerita tentang reunion atau pertemuan semula dengan rakan-rakan sekolah atau kolej yang membibitkan kembali benih cinta lama. Hingga menakutkan pula pasangan bila suami atau isteri berkata mahu menghadiri majlis seperti ini.

Tapi salah reunion kah? Tidak. Sekiranya seseorang cintakan pasangan sepenuh hati, dia tidak akan berpaling hanya kerana pertemuan sejenak dengan kekasih lama.

Walau bekas kekasih makin cantik atau segak, jika suami atau isteri bertakhta di hati, ia takkan pernah menggugat kesetiaan. Meski insan yang pernah anda cinta itu dulu cuba-cuba untuk kembali mendekati tapi jika kesetiaan di tahap tinggi godaan itu mampu ditepis.

Semuanya terletak pada kesetiaan dan hati masing-masing. Reunion hanya faktor pencetus, sama seperti Facebook yang turut banyak menyebabkan keretakan rumah tangga.

Tapi sebelum berlaku perkara buruk, tak salah kita ambil langkah berhati-hati. Mungkin tip di bawah boleh dipraktikkan ketika kita atau pasangan menghadiri majlis reunion untuk mengelak cinta lama bertaut kembali.

1.  Bermula dengan niat

Kalau dari awal niatnya memang mahu bertemu bekas kekasih lama mungkin inilah pencetusnya. Oleh itu niatnya mesti hanya untuk mengeratkan silaturahim dan bertemu rakan lama. Itu saja!

2. Bawa pasangan

Jangan pergi sendirian, bawa isteri atau suami dan perkenalkan kepada rakan-rakan. Tawarkan diri  untuk ikut serta jika pasangan tidak mempelawa.

3. Nilai tahap kesetiaan

Kalau dalam majlis itu hadir sama bekas kekasih dan anda masih ada sisa cinta maka elak dari menghadirinya.

4. Jangan mulakan

Setelah selesai reunion elak hantar mesej atau whatsApp peribadi pada bekas kekasih, mesej di Facebook apatahlagi menghubunginya. Ini juga pemulanya. Cukup sekadar sembang di dalam grup secara beramai-ramai.

Ini tip dari VK yang bukanlah kaunselor atau pakar psikologi. Kalau anda yang mahu berkongsi, bolehlah berbuat demikian di ruangan komen.

 

 

 

Sanggup Ke Tinggal Anak Untuk Honeymoon Kali Kedua

Sanggup Ke Tinggal Anak Untuk Honeymoon Kali Kedua

 

Bulan depan ada cuti panjang sempena sambutan Tahun Baru Cina. Rasa dah ramai yang buat perancangan untuk bercuti. Mungkin juga percutian berdua bersama pasangan saja tanpa anak-anak. Ala-ala honey moon gitu. Ha ini yang VK nak cerita.

Ada yang jadikan percutian macam ni rutin setiap tahun tapi tak kurang jugak yang tak sanggup bercuti berdua dan tinggalkan anak. Ya lah kan kalau dah nama mak dan bapak, memang susah nak berpisah dengan anak.

Tak mengapalah penat payah angkut tiga atau empat ‘handbag’ janji dia orang di sisi. Tapi bila tengok kawan kawan bercuti berdua dengan pasangan, ambil gambar peluk peluk, pegang tangan jalan berdua jeles pula. Dilema kan?

Kalau nak adil, buat dua-dua,. Setkan satu percutian khusus dengan pasangan dan rancang jugak percutian dengan anak-anak. Honeymoon dengan pasangan sebenarnya bukan untuk suka suka enjoy lepas dari tanggungjawab. Masa berdua begini penting ya untuk segarkan kembali hubungan suami isteri. Ayat skema kan… tapi betul.

Bayangkan setiap hari kita lebih banyak masa bekerja. Kita spent time dengan pasangan sehari cuma dua tiga jam saja lepas balik kerja. Itu pun sambil-sambil melayan anak. Lepas tu dah penat terus tidur, jadi mana masa berkualiti dengan teman hidup sendiri. Ha…masa bercuti berdua tulah.

Memang ramai pasangan sukar buat keputusan ini bila ingat anak, tapi kena ingat balik bahawa kita buat ini untuk kuatkan ikatan antara suami isteri. Ini juga untuk kebaikan anak-anak kan.

Tapi sebelum pergi bercuti berdua tu kena rancang elok penjagaan anak. Pastikan mereka di bawah jagaan orang yang kita percaya dan diyakini akan selamat. Selagi takde perkara ini, janganlah pergi, takut kita sendiri akan susah hati sepanjang bercuti.

Sebelum berangkat pergi honeymoon kena jelaskan juga pada anak-anak terutama bagi yang dah besar, nanti dia kecil hati pulak. Anak-anak sekarang cepat matang fikirannya walau pun kita nampak dia kecil dia akan faham kalau kita berikan alasan yang jujur.

Selain tu, janganlah bila bercuti asyik kita berdua saja, rancang percutian lain untuk bawa anak-anak pulak. Ini macam bayar balik la. Bercuti dengan anak-anak ni seronok cuma penat sikit terutama yang ada anak kecil. Tak mengapalah kan sebab ari tu kita dah pegi honey moon, dah relaks-relaks. Lagi pun penat sikit takpe, asal dapat tengok anak-anak gembira main tepi pantai atau mandi dalam swimming pool kat hotel. Tak gitu..

Harapnya ada yang terpengaruh dengan fakta yang VK berikan ini untuk berhoneymoon. Pergilah…, seronok!

 

 

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: