Trip Ke Hatyai, Mak-mak Yang Ada Baby Kena Ikut Tip Ibu Ini Supaya Percutian Syok & Selesa

Trip Ke Hatyai, Mak-mak Yang Ada Baby Kena Ikut Tip Ibu Ini Supaya Percutian Syok & Selesa

 

 

Jarak yang tak jauh, makanan sedap serta  shopping murah mengundang ramai yang berkunjung ke Hatyai. Malah ada yang pergi hujung minggu saja, bertolak Jumaat balik Ahad.

Nak lebih mencabar, naik train saja. Cara ini tiada masalah bagi yang bujang tapi buat mak-mak yang ada anak kecik kena lebih bersedia.

Nadyia Yaya yang berkunjung ke Hatyai baru-baru ini bersama suami dan bayinya sempat berkongsi tip untuk geng mak-mak yang bercadang nak ke sana.

Tip untuk mak-mak ada baby yang nak bercuti ke Hatyai

1. Jangan nak train hujung minggu

Jangan naik train on weekend kalau bawak baby, aku dah serik beratur berjam wei. Memang lambat org terlalu ramai. Dah naik train kene tunggu lagi. Lambat kena berdiri seat penuh.

Masa aku naik memang seat dah takde tapi syukur sebab ada seorang lelaki yg prihatin bagi aku duduk hihi. Nasib la Adam tido jer masa kat stesen, naik train, sampai baru jaga. Tapi kesian kt dia panas. So not recommended bawak baby or org tua naik train.

2. Pakai carrier jer

Tak payah bawak stroller sebab org pack kat sana, so lebih senang bawak baby guna carrier. Nak bergerak pun senang

3. Kipas wajib

Bawak kipas kecik utk anak sebab panas lit lit. Dalam train pun panas

4. Elak naik tuk-tuk waktu ni

Jangan naik tuk tuk bila cuaca tengah panas. Driver tuk tuk kami hari tu baik gile, cakap Melayu pun pandai so senang nak deal. Dia siap tukar bawak naik kete sbb bawak baby risau kene panas.

Nanti aku share kad dia kat bawah ok. Kalau nak pegi sana contact dia. Kalau nak naik tuk tuk hari redup or petang ok la. Adam suke naik tuk tuk angin kuat jer, naik jer dia terus tido.

5. Floating market pegi petang

Pegi floating market petang sikit dalam pukul 4-5 sebab tak panas sgt. Kita yg tua ni pun tak tahan panas. Floating market buka pukul 2 ptg

Bajet – bajet

  • Train RM7 ke Hatyai (Open air)
  • Sing Golden Hotel Rm100/1 night. Siap ada bathtub lagi. Ok la selesa. Tapi sadis x sediakankettle. Nak buat susu anak woi haha kalau nak hot water kene turun lobby.
  • Tuk tuk 1000 baht utk 2 hari, kami bahagi dua la.
  • Makan-makan habis dlm 1500 baht. Memang tujuan datang sini nak makan
  • Shopping 1000 baht
  • Foot massage 200 baht
  • Teksi balik padang besar 800 baht. Serik naik train. Bagi berabih duit bath. Yang ni kongsi jugak.

 

Food hunting & shopping

  • Lee Garden Plaza ( Makan kat Salma Restoren, massage, street food, boleh beli souviner sini).
  • Asean Night Market (bawah tempat shopping atas tempat makan, sedap-sedap)
  • Breakfast kat dim sum chabura. Buka pukul 7 hingga 2 ptg
  • Central Festival Mall ( macam Aeon la).
  • Hatyai floating market ( kat sini macam-macam makanan ada, nak beli ole-ole pun boleh)

Overall memang best. Makan tak berenti sedapppp semuanya.

 

Sumber: Nadyia Yaya

 

 

 

 

Telur Rebus Je Pun, Tapi Blogger Ni Kata Best Betul Makan Angin Kat Felda Residence Hot Spring Sungkai Perak

Telur Rebus Je Pun, Tapi Blogger Ni Kata Best Betul Makan Angin Kat Felda Residence Hot Spring Sungkai Perak

 

 

 

Datang jauh-jauh, sebab nak makan telur rebus. Bunyi macam kelakar, tapi itulah keseronokan kalau makan angin ke Sungkai Perak ni. Kalau nak kelainan cara merebus telur ayam atau telur puyuh, boleh cuba bercuti ke Felda Residence Hot Spring ni.

Kali ini Vanilla Kismis kongsikan pengalaman blogger, Nina Mirza yang bercuti ke Felda Residence Hot Spring, Sungkai, Perak. Sudah 8 tahun bergelar blogger, pilihannya ialah untuk memberikan review berkaitan destinasi percutian menarik. Tujuannya ialah untuk memberikan informasi lengkap bagi membantu pembaca blog yang hendak pergi bercuti ke satu-satu destinasi.

 

Apa yang menarik di sini ialah aktiviti merebus telur di dalam kolam air panas. Selepas puas mandi-manda, main air di sini, boleh beli telur di gerai yang disediakan. Kemudian bolehlah rebus dan makan bersama keluarga masing-masing. Siap ada kicap dan sos disediakan untuk menambah sedap makan telur yang direbus tu.

Boleh habis ke tu dik?

 

Sila ikut tempoh memasak ya.

 

Menurut blogger, Nina Mirza, setiap pengunjung diberi informasi berguna yang ada diletakkan di tepi kolam. Tempoh merebus telur berdasarkan jenis telur rebus yang hendak dimakan. Tempoh 2 minit, 3 minit. 4 minit dan 6 hingga 7 minit boleh menghasilkan telur berbeza.

 

Nampak tu? Mendidih airnya.

 

“Aktiviti ni menyeronokkan untuk anak-anak. Lepas puas berkubang dalam air panas suam, tentu perut pulak berkeroncong. Sebelum keluar dari Hot Spring ni, ajak anak-anak rebus telur. Ikut pilihan masing-masing nak rebus macam mana. Telur boleh dapatkan di gerai yang ada jual telur di sini.”

 

Kolam ikut suhu air

Luas betul kolam ni.

Menurut Nina, kawasan riadah ini memang luas. Ada banyak kolam air panas mengikut suhu. Ada yang suhunya 35 hingga 40c dan 40hingga 45c. Memang panas! Kolam untuk air yang suam-suam kuku pula luas. Di sinilah tempat paling sesuai untuk anak-anak mandi.

 

Turut disediakan ialah taman permainan untuk kanak-kanak bergembira. Ruangnya selesa dan kanak-kanak mesti teruja nak main di situ.

Sesuai untuk ketenangan

Nama pun Felda. Dah pasti dekat dengan tumbuh-tumbuhan kan. Kata Nina, di sepanjang jalan ke sana memang dipenuhi dengan ladang kelapa sawit. Di sebalik ladang kelapa sawit itulah letaknya suasana yang memberi ketenangan. Lari sekejap daripada hiruk-pikuk ibu kota yang menyesakkan. Terasa redup dan aman damai.

 

“Hot Spring ini sebuah kawasan ladang yang tenang, sunyi, nyaman. Kiri kanan ladang pokok kepala sawit. Itu saja yang Nina nampak sepanjang perjalanan ke sana. Sesiapa nak rasa aman dan tenang, bolehlah ke sini. Kawasan persekitaran Hot Spring memang terjaga. Seawal pagi Nina nampak pekerja dok bersihkan daun-daun yang berguguran, tahap kebersihan bagus! Biasanya kalau tempat riadah lain tak terjaga. Sampah-sarap sana sini, daun kering bersepah menyekatkan aliran air dan macam-macam lagi. Tapi tidak di sini. Suasana tenang dan keindahan dijaga baik. Waktu pagi berkabus, udara nyaman segar!

Apa lagi yang best di sini?

Mesra OKU

Kat kawasan persekitaran Felda Residence ni mesra pengunjung. Laluan OKU ada sepanjang resort dan kawasan Hot Spring. Nina dok peratikan ada yang bawak mak ayah yang berkerusi roda sekitar kawasan hot spring ni. Kemudian dukung emak dia masuk dalam kolam tuk rendam kaki dalam kolam air panas tu.

Barang peribadi selamat sebab ada locker

Locker disediakan untuk simpan barang berharga sepanjang anda main air di kolam.

Terapi kaki

Batu-batu kecik kat laluan sini nampak macam biasa-biasa je. Tapi korang cubalah jalan atas batu ni. Terjengket-jengket korang di buatnya! Bagaikan urut refleksologi.

Alga untuk rawat kulit muka

Menurut seorang penjaga kolam air panas ni, alga ini bagus untuk merawat kulit muka. Caranya lumur alha di kulit muka, gosok-gosok dan kemudian bilas.

Karaoke

Hanya dengan bayaran RM5, anda boleh menyanyi sebanyak 3 lagu. Konsep karaoke secara terbuka.

Tempat letak kereta yang luas

Ini memang sangat best. Tak perlu susah-susah pusing cari tempat letak kereta. Keselamatan dan keselesaan amat penting. Depan pintu masuk pun ada pengawal keselamatan.

 

Sumber:
https://ninamirza.com/2017/12/29/best-ke-kolam-air-panas-di-felda-residence-hot-spring-sungkai-perak/
www.instagram.com/nina.mirza
YouTube : https://bit.ly/2wYw68X

Bermalam Dalam Khemah Tepi Jalan, Makan Ikat Perut Cabaran Teman Suami Naik Kapcai 47 Hari Ke Rusia

Bermalam Dalam Khemah Tepi Jalan, Makan Ikat Perut Cabaran Teman Suami Naik Kapcai 47 Hari Ke Rusia

 

 

Tahun lalu kisah pasangan ini viral apabila keduanya mengambil keputusan kembara ke London hanya dengan menunggang kapcai selepas seminggu diijabkabulkan

Masih belum puas, terbaru Alfishahrin Zakaria dan Diana Latief ke Rusia pula semata-mata untuk merasai kemeriahan Piala Dunia juga dengan menaiki motor yang sama Memulakan perjalanan 27 Mei yang lalu, keduanya selamat sampai ke Moscow pada 12 Jun yang lalu.

“47 hari, 14,500 KM, akhirnya kami berjaya selesaikan misi. Terima kasih isteri tersayang sanggup teman suami mu buat kerja gila berpanas,bersejuk,berhujan,bersalji. Cik Oren steady tiada buat apa-apa masalah langsung sepanjang perjalanan trip MALAYSIA – LONDON, MALAYSIA – RUSSIA,” tulis Alfieshahrin dalam Facebook miliknya selepas sampai ke Moscow minggu lalu.

Tikel mahal, tak tengok bola kat stadium pun

Menunggang motosikal ‘kapcai’ 150cc atau digelar Cik Oren, Alfi dan isterinya merentasi negara Thai, Myanmar, India, Pakistan, Iran, Armenia, Georgia sebelum sampai ke Rusia.

Melalui temu bual dengan slot Johara di stesen radio Era kelmarin keduanya meraikan Aidilfitri ketika berada di Delhi, India malah sempat ke Taj Mahal untuk merakamkan gambar sambil berbaju Melayu.

Menariknya walaupun bersusah payah ke Rusia untuk merasai kehangatan Piala Dunia 2018 tapi pasangan ini tidak menonton satu pun perlawanan bola sepak di stadium.

“Tikel perlawanan apatah lagi final memang mahal. Kos perjalanan kami lagi murah so memanglah kami tak beli. Kami hanya merasai kemeriahan dari luar saja. Tapi kami bertemu dengan ramai rakyat Malaysia di sana,” kata Alif.

Bajet ke Rusia bawah RM2,000

Bercerita tentang bajet mereka kata Diana, selepas merentasi 14,500km di beberapa buah negara jumlah perbelanjaan mereka selepas tiba di Rusia masih di bawah RM2,000.

Namun begitu katanya demi berjimat tempat bermalam mereka hanya sekadar berkhemah, di tepi jalan dan di stesen minyak.

Mereka juga perlu berjimat cermat termasuk dalam bab makan memandangkan pemergian mereka adalah atas tanggungan sendiri.

“Kami bukan orang kaya, kami tak de sape pun sponsor duit belanja tapi disebabkan minat, kami kumpul duit utk jayakan impian kami. Kadang2 keluarga, kawan-kawan,sahabat yang beri sedikit sumbangan utk perbelanjaan kami sebab mereka tahu status kami.

Terima kasih kepada yang support. Masing-masing ada minat dan hobi sendiri. Kalau dah minat orng sanggup berikat perut dan berhabis duit utk hobi sendiri,”ujar Diana memetik status di Facebook miliknya.

Moscow bukan pengakhiran

Selepas misi ke Rusia tercapai ujar pasangan ini mereka berdua akan mengembara sekitar Eropah sebelum pulang juga dengan menaiki motorsikal.

“Moscow bukan pengakhiran ride, ada lagi destinasi ride seterusnya. Dan pastinya bukan fly balik Malaysia. Nak ride dulu merayap baru balik. Terima kasih mendoakan kami,” katanya yang sentiasa berkongsi perkembangan kembara di Facebook milik masing-masing.

Bagi yang mahu mengikuti perkembangan terbaru mereka bolehlah mengikuti Facebook Mohd Alfishahrin & Diana Ann

 

 

 

 

 

 

6 Tahun Ulang Alik Ke Vietnam, Peniaga Pakaian Muslimah Ini Turunkan Tip Travel Ke Vietnam Untuk Jimat & Tak Tertipu

6 Tahun Ulang Alik Ke Vietnam, Peniaga Pakaian Muslimah Ini Turunkan Tip Travel Ke Vietnam Untuk Jimat & Tak Tertipu

 

 

Selain daripada Indonesia dan Thai, Vietnam juga antara negara yang kerap jadi pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti.

Bukan bercuti semata-mata tapi shopping juga sebenarnya. Maklumlah harga barang kat sini murah sikit berbanding kat dengan negara kita.

Pakaian, kain pasang, baju kurung, jubah, barang hiasan antara yang orang kita selalu beli bila datang sini. Siapa yang nak berniaga pakaian memang sinilah tempat untuk cari stok.

Bagi yang berhasrat nak bercuti ataupun cuba-cuba nak berniaga dan cari barang di sini bolehlah ikut tip yang dikongsi oleh di twitter.

6 tahun berulang alik Vietnam-Malaysia beliau menurunkan tip untuk mereka yang mahu travel ke negara ini.

 

Tukar duit kat Vietnam lebih untung

 

Keluar airport cari teksi Vinasun, jimat

 

Hotel bajet

 

Nguyen An Ninh, banyak makanan halal

 

Lagi baik beli sim card & guna wifi hotel

 

Kalau beli barang banyak ada dua pilihan

Kadar cukai

 

Untuk yang berniaga, semoga perkongsian dari Fadzilah Mamat ini memberi manfaat.

 

Sumber: 

 

Kena Halau Waktu Shopping, Sherry Ibrahim  Kongsi 4 Perkara Tak Patut Buat Jika Bercuti Di Jepun

Kena Halau Waktu Shopping, Sherry Ibrahim Kongsi 4 Perkara Tak Patut Buat Jika Bercuti Di Jepun

 

 

Pelakon, Sherry Ibrahim antara pelakon yang selalu bercuti ke luar negara. Malah dia juga suka berkongsi foto-foto percutiannya dengan peminat di instagram dan terbaru ketika melancong ke Jepun.

Tapi menariknya ketika bercuti di sanaselain gambar-gambar yang cantik Sherry juga tidak ketinggalan berkongsi tip untuk mereka yang bakal ke sana buat pertama kali.

Dalam video yang dimuat naik, Sherry cukup menekankan tentang pentingnya menepati masa kerana pengalaman dihalau yang dialaminya sewaktu membeli belah di sana.

Terkenal dengan gaya hidup menepati masa yang sangat tinggi, ujar Sherry dia dihalau oleh pekerja kedai tanpa sempat membayar  kerana masih beratur ketika waktu beroperasi kedai hampir tamat.

Kongsi Dengan Follower

Menjadikannya sebagai pengajaran,  tip ini memang berguna bagi mereka yang akan melawat ke negara matahari terbit itu buat kali pertama.

1 min Quick Tips what you shouldn’t do in JAPAN 🇯🇵✌🏼 #japan ##tokyo

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on

4 perkara jangan buat kalau bercuti di Jepun

1) JANGAN TAK TEPATI MASA

Kena tepati masa. Kalau ikut tour atau di dalam kedai, kalau mereka kata tutup pukul 10, maknanya pukul 10. Kalau tak akan dihalau macam semalam. Semalam kitorang kena halau sebenarnya. Kitorang masih lagi nak membayar, tak sempat nak bayar, kena halau.

 

2) JANGAN AMBIL GAMBAR dan VIDEO SESUKA HATI

Contoh masa diorang tengah bungkus-bungkus makanan, tengah buat diorang punya makanan, jangan simply nak ambil gambar atau video. Kalau di tepi jalan ada orang pakai baju Harajuku tu, jangan ambil gambar dengan diorang. Diorang tak suka.

 

3) TELEFON BIMBIT SILA MODE SENYAP

Dalam train jangan sesekali on your phone. Phone kena silent. No ringing. Kalau bercakap pun jangan cakap kuat-kuat. Nanti diorang akan bagi signal suruh senyap dan kena marah. Diorang dalam train akan tengok phone, kalau gelak pun gelak dalam hati.

 

4) SELEKSI TEH HIJAU

Teh hijau di Jepun bukan macam teh hijau di Malaysia. Semuanya takde gula. Pahit.

 

 

 

 

Sumber: Instagram Sherry Ibrahim

 

 

 

 

‘Abah Cuti Sekolah Nak Pergi Mana?’ Ibu Bapa Tak Kecewakan Anak Kalau Tahu 3 Tip Ini

‘Abah Cuti Sekolah Nak Pergi Mana?’ Ibu Bapa Tak Kecewakan Anak Kalau Tahu 3 Tip Ini

 

 

Musim cuti persekolahan bakal bermula minggu depan, bagi anak-anak bersekolah inilah masa yang ditunggu-tunggu.

Cuti sebulan mau tak seronok! Tapi waktu ini ibu bapa mungkin pening kepala, terutama untuk jawab persoalan anak ‘cuti sekolah ni nak pergi mana?’

Masalah biasa ibu bapa setiap tahun adalah macam mana nak bercuti kerana pada masa ini juga kita perlu buat persediaan bajet bagi membeli keperluan persekolahan anak tahun depan.

Malah disebabkan masalah bajet inilah ramai ibu bapa tidak dapat membawa anak bercuti walau hakikatnya teringin sangat berbuat demikian.

Jangan kecewakan anak!

Sebenarnya merancang percutian keluarga tak memerlukan belanja yang besar kalau kita tahu cara yang betul.

Cuba perhati, ramai kan kawan-kawan kita yang bawa anak bercuti merata tempat dengan belanja yang murah.

Kalau nak tahu mereka ini selalunya merancang percutian menggunakan internet dan tiga cara berikut adalah yang selalu mereka praktikkan sebelum bercuti.

1. Ambil kira promosi dan pakej

Kebanyakan syarikat penerbangan akan menaikkan harga tiket ketika musim cuti. Ini teori biasa, permintaan tinggi harga tiket pun tinggi.

Lagi satu bila merancang untuk bercuti sebahagian dari kita mungkin akan merujuk terus kepada promosi syarikat penerbangan yang biasa kita dapat.

Sedangkan sebenarnya ada platform lain yang boleh kita layari untuk dapatkan harga tiket yang murah.

Kalau bernasib baik boleh dapat dengan pakej penginapan ataupun dengan tour sekali. Memang untung.

Salah satunya boleh layari laman web 11street Malaysia (yang sentiasa menawarkan promosi untuk pembelian tiket penerbangan, pakej penginapan dan tour.

Contoh kalau merancang bercuti ke Korea, sekarang ada promosi pakej percutian 6 hari 5 malam Busan Gyeongju yang berbaloi kita beli.

Kalau berhajat bercuti dalam negara, boleh saja ke Pulau Pinang dengan pakej SuteraGo 3 hari 2 Malam yang ditawar pada harga diskaun yang menarik.

Pakej percutian yang ditawarkan di 11street bukan di Korea dan Malaysia saja. Ada banyak lagi negara lain termasuklah, Jepun, Thailand, Indonesia, Vietnam, Singapura.

Paling best ada pakej-pakej percutian terpilih yang boleh kita beli dengan pelan ansuran ‘zero interest’. Sesuai sangat kalau ada anak ramai!

2. Kena rancang dan beli awal

Bila merancang bercuti di satu-satu tempat mestilah kita tak mahu lepaskan peluang berkunjung ke lokasi menarik yang ada di tempat itu.

Biasanya tempat ini akan jadi tumpuan pelancong lain juga, dan harga tiket masuk sama ada ke taman tema, muzium, safari dan sebagainya adalah mahal.

Sekali lagi disarankan kita buat tempahan awal melalui online. Cara ini juga kita tak buang masa beratur membeli tiket dan kita ada lebih masa untuk melawat tempat lain pula.

Di 11street (link) ada banyak tawaran e baucar untuk masuk ke tempat menarik ini.

Antaranya kita boleh beli terus tiket masuk Hong Kong Ocean Park, Tokyo Disneyland/Sea, dan Universal Studios Singapura  walau pun lambat lagi pun nak pergi.

Kalau anda hanya ada bajet untuk cuti-cuti Malaysia saja, tiket untuk masuk Legoland Malaysia, A Famosa Resort atau Sunway Lagoon Theme Park pun ada jual di laman web ini.

3. Keperluan waktu bercuti yang selalu kita lupa

Sebelum pergi bercuti kita biasanya siapkan pakaian, penjagaan diri dan juga aksesori yang akan kita gunakan. Tapi kita lupa pada satu perkara penting iaitu ubat ubatan.

Di luar negara sesetengah harga ubat-ubatan adalah lebih mahal atau pun ubat yang kita perlukan tidak dijual di sana atau boleh jadi pembelian memerlukan preskripsi.

Jadi ada baiknya bawa sendiri keperluan ubat-ubatan ini. Boleh sediakan beg kecil kecemasan Mini Outdoor First Aid Kit Bag atau Medicine Storage Box  untuk tujuan ini.

Tapi harus diingat ada sesetengah negara tak membenarkan pelancong membawa ubat-ubatan, jadi sebelum kemaskan ubat dapatkan kepastian dulu.

Persediaan lain

Bukan anak-anak saja teruja bila nak pergi bercuti, ibu ayah pun sama. Dalam keterujaan ini jangan lupa pula periksa kenderaan kalau travel dengan kereta.

Lihat tarikh akhir cukai jalan. Kalau dah dekat tamat tempoh, laman web 11street juga sediakan perkhidmatan Memperbaharui Cukai Jalan dan Insuran Kereta. Ada diskaun sampai 90% tau.

Sebelum bercuti yang ini kena buat!

Sekiranya sudah sediakan semua yang diperlukan, pesanan terakhir hati-hati berbelanja. Jangan sampai melebihi bajet. Kena ingat ada keperluan persekolahan anak yang kita kena sedia.

Paling elok beli dulu keperluan ini sebelum bercuti. Ibu bapa tak perlu penat pergi merata tempat untuk cari tempat murah bagi memberi kelengkapan sekolah ini.

Boleh layari 11street untuk membeli baju, kasut, beg dan segala barang keperluan persekolahan pada harga yang cukup menjimatkan sempena promosi Kembali Ke Sekolah yang sedang berlangsung sekarang.

Promosi bermula dari 17 Novemberi 2017 hingga 31 Januari 2018.

Dah tahu strategi percutian jimat kan, apa lagi bolehlah rancang dari sekarang. Rajin-rajinlah layari 11street untuk pembelian online pelbagai barangan dengan harga promosi dan diskaun paling berbaloi!

 

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: