Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau lebih dikenali sebagai HFMD kini sudah menjadi wabak. Malah sudah ada kanak-kanak yang meninggal dunia disebabkan penyakit ini.
Ibu bapa jadi bimbang untuk meninggalkan anak di rumah pengasuh ataupun taska kerana penyakit ini terlalu mudah berjangkit iaitu hanya dengan bersentuhan.
Bagi mengelakkan dijangkiti kita disaran menjaga kebersihan selain menggunakan disinfektan atau cecair pembasmi kuman. Ramai yang sedar dan mempraktikkannya.
Namun menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad penggunaan cecair ini tidak akan berkesan membunuh virus E71 yang dikaitkan dengan wabak HMFD ini jika kita memilih kandungan ethanol yang tidak mencukupi.
IKLAN
Jelas beliau dalam posting di laman sosialnya, kandungan ethanol yang dipilih untuk produk disinfektan mestilah 95 % untuk membunuh kuman EV71.
“Untuk mencegah HFMD, kebersihan rumah, taska dan tempat awam harus diberikan perhatian. EV71 adalah lali kepada banyak jenis disinfektan (cecair pembunuh kuman) .
Kajian menunjukkan cecair yang mengandungi 95% ethanol diperlukan untuk membunuh 99.99% virus EV71.
Bahan pencuci tangan yang mengandungi 75% ethanol, begitu juga cecair pencuci tangan yang mengandungi 0.5% chlorhexidine gluconate in 70% isopropanol TIDAK berkesan membunuh virus EV71.”
Enam tahun lalu ayah Aizat iaitu Datuk Amdan Mat Din telah menulis sebuah puisi yang didedikasikan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad. Puisi bertajuk Harapan jadi Nyata pernah didendangkan oleh Aizat bersama ayahnya pada hari jadi Dr Mahathir.
Ketika itu keadaan kesihatan ayahnya masih baik. Namun kini agak berbeza. Kesihatan ayahnya yang agak terjejas akibat serangan strok menyedihkan Aizat.
Apatah lagi kini bapanya tidak mampu bercakap atau berjalan, sekali gus tidak dapat menyaksikan detik bersejarah Dr Mahathir yang juga idolanya itu menjadi Perdana Menteri Malaysia sekali lagi.
Menurut Aizat, ayahnya mungkin tidak memahami situasi politik yang berlaku sekarang. Namun dia tetap gembira apabila ayah masih boleh beri reaksi apabila ditunjukkan gambar Dr Mahathir.
“Agak sedih sebab keadaan kesihatan membuatkan ayah tidak memahami apa yang berlaku sekarang. Tapi kadang-kadang kalau kita nyanyi atau tunjuk gambar Tun, dia akan menunjukkan reaksi.
Lancarkan semula
Perlantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri terkini pada pilihan raya umum yang lalu membuatkan Aizat teringat kembali lagu tersebut. Dia memutuskan untuk melancarkan lagu itu semula semalam. Menurut Aizat, dia berharap lagu ini dapat menyempurnakan impian ayahnya.
Umum mengetahui bahawa anak pelawak, Chot dari Kumpulan Xoxo telah meninggal dunia disebabkan masalah injab jantung sejak dilahirkan. Pasti masih bersedih dengan peristiwa tersebut.
Melalui instagram, Chot mengimbas kisah selepas bergelar juara Pencarian DJ MelakaFM. Antara hadiah yang diterima ialah sekotak set jenazah. Ketika itu, isterinya sedang hamil antara 5 hingga 6 bulan. Siapa sangka kan, rupa-rupanya hadiah set jenazah itu akan digunakan untuk anaknya Muhd Sher Harraz yang ketika itu masih lagi dalam kandungan.
Allah Maha Besar. Dialah yang Maha Mengetahui.
Juara pertandingan DJ, isteri hamil 6 bulan
salam semua.. waktu ni saya dinobatkan juara bagi pertandingan ‘PENCARIAN DJ MELAKAFM’ kami dihadiahkan dengan set kelengkapan jenazah dan waktu ni isteri saya masih sarat lagi mengandung sekitar 3-4 bulan lagi waktu ni..
Hadiah set jenazah, ada hikmahnya
kami baru sedar ada hikmahnya hadiah utama disaat itu.. rupa2nya PAKAIAN PERTAMA DAN TERAKHIR BUAT ANAKANDA KAMI… terima kasih anakku sebab bagi mmy dan ddy rezeki juara dan ada di tahap ini.. sesuatu yang tak mudah nak dilupakan.❤️❤️❤️?.. #rezekiallah #sayahargaisemuanya #ddyandmmy #chotloteh
VK tak tahu nak cakap apa. Memang VK pun masih bersedih dengan peristiwa perginya Baby Harraz walaupun VK tak bertemu dengannya. Tenanglah anakanda di sana.
Baru-baru ini pelakon, Sharifah Sakinah mendedahkan dalam instagram bahawa dia mendapati pembantu rumahnya merokok. Dan dia tidak tahu apa nak buat kerana susah nak dapatkan pembantu rumah baru. Tapi dalam masa sama, dia risau akan kesihatan anaknya, Anais Adha kerana pembantu rumah itulah yang juga menjaga si kecil itu walaupun pembantu rumah itu tidak merokok di depan anaknya.
k now i want your opinion. I just found out that my maid is a smoker. I don’t know what to do. Too late to find someone new right now. Should I just let her be or warn her kaw2 .I’m afraid while I’m gone she gonna ‘return back the favor’ kaw kaw to Anais pulak. At the moment I know she won’t smoke in front of Anais but still… I’m still worried.
Sebagai ibu, haruslah Sakinah risau dengan keadaan itu. Rokok adalah satu ‘bencana’ besar kepada budak kecil kerana akan menjejaskan kesihatan.
Menurut laporan Astro Awani, kanak-kanak yang sering terdedah dengan asap rokok berdepan risiko menghidap pelbagai penyakit seperti jangkitan paru-paru, lelah dan masalah pendengaran. Pada masa sama, menurut kajian, kebarangkalian untuk bayi kecil mendapat sindrom kematian mengejut (SIDS), juga tinggi bagi ibu mengandung yang merokok.
Apabila sebatang rokok dibakar, perokok melepaskan lebih 4 ribu bahan kimia ke ruang udara melalui asapnya.
Kadar pernafasan kanak-kanak lebih laju
Menurut Pakar Perubatan Respiratori Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Norzila Mohamed Zainudin, kanak-kanak adalah golongan yang mudah terdedah dengan asap rokok berbanding golongan dewasa.
“Kalau orang dewasa bernafas dalam 15 atau 16 kadar pernafasan seminit, kanak-kanak pula kadar pernafasan mereka adalah lebih tinggi, dalam 40 hingga 50. Itu bermakna bahawa dengan kadar pernafasan yang lebih laju, mereka akan menyedut lebih daripada orang dewasa,” kata Dr. Norzila.
Jelasnya lagi, bentuk paru-paru kanak-kanak yang lebih kecil dan masih dalam peringkat perkembangan perlu dijaga untuk elak kesan buruk jangka panjang.
Sementara itu, mengulas jumlah kanak-kanak yang menghadapi penyakit lelah di Malaysia adalah tinggi, antara 5 hingga 10 peratus, Dr. Norzila berkata walaupun rawatan untuk penyakit lelah sudah sedia ada, pendedahan kepada asap rokok yang berterusan tetap boleh menyebabkan serangan lelah akut.
“Kajian menunjukkan kandungan nikotin dalam rokok boleh menyebabkan ubat asma tidak memberi kesan 100% kepada pesakit,” kata Dr. Norzila
Selain itu, Dr. Norzila juga berkata hampir 90 peratus daripada kanak-kanak yang menghidap penyakit paru-paru adalah daripada keluarga yang sekurang-kurangnya mempunyai seorang perokok.
Kena kesan rokok pun bahaya, bukan asap sahaja
Walaupun ahli keluarga terbabit merokok di luar rumah dengan menganggap ia tidak akan memberi kesan kepada anak, Dr. Norzila menegaskan ia adalah pemahaman yang salah.
“Apabila seorang perokok itu merokok, dia ada kesan-kesan nikotin di kulit, di baju, dan apabila dia balik, dia mendukung, mencium anak. Jadi kesan itu juga beri kesan yang negatif yang dipanggil sebagai third stream smoker,” jelasnya.
Persoalannya kini adalah, adakah kita mahukan anak-anak kita berdepan pelbagai penyakit pada usia yang awal?
VK memang risau bab merokok ni lebih-lebih lagi apabila berkaitan dengan anak. Sakinah kena cari solusi yang memberi manfaat kepada anaknya. Memang susah nak cari pembantu rumah merangkap pengasuh kepada anak. Semoga Sakinah jumpa solusi yang tepat untuk kebaikan Anais. Insya-Allah.
Membaja pokok buah yang sudah besar dan meninggi ada caranya. Ia penting supaya pokok buah ini terus subur, berbunga dan berbuah.
Jika tak kena caranya...