Friday 24 March 2017

Salam perkenalan dari Vanillakismis

Vanillakismis merupakan blog/ laman web khusus untuk kaum wanita. Info-info yang disediakan sudah tentulah untuk kita-kita saja kan. Tapi sekiranya kaum lelaki berminat nak follow boleh saja. Itu tandanya korang memang berminat nak tahu lebih mendalam tentang kaum hawa yang istimewa ini.

Blog ini dinamakan Vanillakismis kerana ada kaitan dua jenis makanan ini juga. Vanilla itu sendiri disukai ramai, bukan saja rasa tapi juga aromanya. Hendaknya begitulah sambutan korang pada blog ini. Kismis yang masam manis itu pula ibarat rencah info yang disediakan dalam blog ini macam-macam ada. Tapi yang pasti semuanya yang menjadi minat wanita.

Siapa yang kendalikan Vanillakismis? VK lah. Kalau blogger lain suka kongsi foto diorang, VK pula low profile, wajah biarlah rahsia. Misi VK adalah nak berkongsi info dan ilmu, itu saja. Oh ya kalau korang nak kongsi story atau sesaja nak beri idea boleh emelkan kepada vanilakismis@gmail.com

Follow juga VK di:-
Facebook- http://www.facebook.com/vanillakismis
Instagram - vanillakismis
Selamat membaca moga info dalam Vanillakismis ini memberi manfaat pada semua.
Video Pilihan