Jika selalu menampilkan gaya hidup mewah di media sosial miliknya tapi baru-baru ini Datuk Seri Aliff Syukri membuat perkongsian berbeza.

Selepas mendapat darjah kebesaran daripada Sultan Pahang beliau sempat bertemu bapanya untuk berkongsi kegembiraan bersama bapanya.

Menyentuh hati netizen bila sambil memeluk Datuk Seri Aliff bapanya sempat mendoakan berulang kali mendoakan kejayaan bisnes anaknya.

Dalam pada itu Datuk Seri Aliff turut mengimbas kembali pengorbanan yang dilakukan oleh ayahnya yang bekerja selama 24 tahun sebagai pengawal keselamatan untuk menyara mereka sekeluarga.

IKLAN

Tak sangka anak tak pandai sekolah sampai ke tahap ini

Berdiri di tapak kaki sendiri ni lebih bermakna sebab kita rasa betapa susahnya nak berjaya lagi lagi budak tak pandai sekolah mcm saya ..

Bak kata abah saya, tak sangka anak abah tak pandai sekolah boleh smpai ke tahap ini. Hanya Allah saja tahu betapa gembiranya kami.  Bukan gembira sbb dapat darjat tapi gembira keluar de kepompong kesusahan.

Keseronokan ini saya kongsikan dgn abah kandung saya Kamarzaman yg bekerja sebagai pengawal keselamatan selama 24tahun.

Abah dulu selalu dtg melawat dan temankan saya niaga di pasar tani. Walaupun dia tak membantu dari segi wang ringgit tapi kasih sayang dia dah cukup buat saya bahagia.

IKLAN

Sebab dia pun susah. Dulu bila niaga di pasar saya punya azam yg cukup tinggi nak berjaya. Kalau ada RM 10 saya hanya akan belanja RM1, begitulah saya mengajar diri untuk menyimpan duit jauh sekali nak mebazir beli barang berjenama.

Syukur dah mampu balas kepenatan abah

Dah niaga lama baru nak merasa semua ni sbb tu saya jakun skit??. Saya jadi anak lelaki nak abah saya hidup senang dan selesa berbanding dahulu yg hanya duduk rumah flat 2 bilik seksyen 20 Shah Alam Blok 19. Adik beradik 7 org sebelah abah, mak bapak saya bercerai.

Selain itu:  Anak Kecil Lagi Tapi Aeril Zafrel Dah Mula Fikir Siapa Cinta Hati Anak Perempuannya, Kapsyen Di Instagram Buat Follower Tersentuh

Syukur segalanya berubah, sekarang saya mampu balas kepenatan abah saya dan belikan kereta Honda Accord dan rumah teres conner lot (nak belikan banglo dia tak nak) dan kasi duit setiap bulan dan berehat sahaja di rumah.

IKLAN

Saya tak suka dia kerja keras mcm dulu-dulu sampai ke tua sbb nak besarkan kami adik beradik. Dia dulu sanggup pinjam duit org dan along semata-mata nak belikan saya basikal.

Sekarang saya hanya nak buat yg terbaik sebagai anak untuk memberi kebahagiaan kepada abah. Jauh sekali nak menunjuk. Saya harap abah dan mak saya tahu Aliff syukri bukan budak bodoh sekolah tapi saya ada penyakit disleksia punya semangat yg besar.Anton (nama manja saya masa kecik) sayag mak abah sampai syurga❤️❤️❤️

Sumber:Aliff Syukri Terlajak Laris

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI