Makanan manis terutama kuih dan biskut memang enak. Ia juga antara cara untuk wanita menghilangkan stres.

Tapi jika diambil berlebihan manis gula akan menjadi racun yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh. Jika sudah merasai tanda-tanda di bawah ini ada baiknya anda kurangkan pengambilan makanan dan minuman manis sebelum penyakit menjelma.

1. Mudah letih dan selalu rasa lesu
Ramai antara kita yang akan mengambil makanan atau minuman manis bila badan rasa letih. Tapi inilah yang akan menyebabkan tahap gula darah melonjak. Meskipun makanan tinggi gula memberi tenaga namun terlalu kerap mengambilnya ia akan menyebabkan  masalah kesihatan.

2. Kerap ingin makan makanan manis

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Jul/22/1.jpg

Jika anda kerap mahu menikmati makanan manis setiap hari dengan jumlah yang banyak, ini  salah satu tanda anda ketagihan gula.

3. Daya tahan tubuh lemah
Makan makanan manis secara berlebihan akan merosak sel-sel darah putih yang berfungsi mempertahankan tubuh dari penyakit. Oleh itu jika anda sering sakit periksa kembali pengambilan gula anda setiap hari.

4. Jejaskan hormon
Gula boleh menjejaskan keseimbangan hormon dan menyebabkan perubahan perasaan dan emosi. Seperti anda rasa cemas, emosi  tidak stabil dan anda berasa sedih tanpa sebab.

5. Merosakkan kulit
Ramai yang anggap makanan berminyak saja memberi masalah pada kulit. Sebenarnya makan banyak makanan manis juga boleh memberi kesan yang sama. Ia juga boleh menyebabkan terjadinya jerawat pada wajah anda selain masalah rambut.

Lima masalah di atas adalah tanda seseorang wanita itu mengambil terlalu banyak gula. Sebelum terkena penyakit kencing manis dan masalah lain yang serius ada banyaknya jika kurangkan pengambilannya.

 

Sumber: www.popsugar.com

 

 

Anda Mungkin SUka
KOMEN