Tempe goreng kalau dicicah dengan sambal kicap memang terbaik. Makan macam tu pun dah sedap, terutama kalau dihidang panas-panas.

Bukan saja enak makanan yang sinonim dengan orang Jawa di Malaysia ini sebenarnya penuh dengan khasiat.

Kalau korang peminat tempe, 5 manfaat ini akan diperoleh oleh tubuh badan korang. Siapa yang tak minat bolehlah belajar makan sikit-sikit.

1. Tempe mengandungi khasiat kalsium yang sama dengan air susu. Kajian ini dikeluarkan sendiri oleh Timbalan Dekan dan Professor Pemakanan Dietetik UKM. Selain itu, tempe berkesan untuk mencantikkan wajah korang.

2.  Ya, tempe mampu mencerahkan kulit wajah dan tiada kesan bahaya malah akan menampakkan korang sentiasa kelihatan muda. Kenyataan ini disahkan sendiri oleh penyelidik Kanan Pusat Penyelidik Bioteknologi Industri SIRIM.

3. Selain itu, tempe boleh mengurangkan kolesterol, meningkatan kekuatan tulang, mengurangkan gejala monopous awal dan kandungan protein sama tinggi seperti daging.

4. Tempe sangat bagus untuk mereka yang ada tekanan darah tinggi. Kenapa? Tempe mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan dimana membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

5. Kalau korang ada masalah cirit birit, boleh cuba makan tempe sebab kandungan protein yang tinggi mempercepatkan tempe untuk dicerna. Tempe juga boleh mengelakkan individu terkena keracunan makanan.

Haaa nampak je tempe ni macam tiada khasiat kan, tapi sebenarnya banyak khasiat dan kebaikan untuk badan manusia.
 

KOMEN