Cantik luaran saja memadai jika dalaman wanita tak terjaga. Mana mungkin naik seri jika tubuh lesu, kurang tenaga justeru wajar sekali bab ini diatasi kaum hawa. Barulah body mantap luar dalam.

Salah satu cara yang boleh dipraktikkan malah selamat adalah melalui air rebusan tiga bahan semula jadi yang dikongsi Nureeman Ramli.

Diperoleh daripada rakan berbangsa Cina yang memiliki tubuh yang cantik, status yang dikongsi Nureeman di Facebook ini juga mendapat lebih 6 ribu share. Lebih meyakinkan, tuan yang dapat resipi ini juga cantik orangnya.

Mata tak boleh nak tido. Tiba-tiba teringat resepi dari sahabat (berbangsa Cina ).Body memang cantik luar dalam cantik. Tak payah susah susah beli jamu/detox atau herba yang kita tak tahu entah bahan dari mana. Jadi cuba resepi traditional ni baik untuk luar dalam wanita.

Cuma guna 3 jenis bahan semula jadi saja.

Cara penyediaan :

1. Potong halus 3 bahan :-
- 3 biji lemon (jangan buang kulit)
- 3 labu bawang putih (buang kulit)
- 2-3 inci halia (buang kulit)

2. Campur bahan tadi bersamaan 1.5 liter air

3. Rebus selama 6-8 jam (slow cooker)

4. Sejukkan dan blend (akan jadi pekat macam pati)

5. Tapis or tak terpulang (saya tak tapis)

6. Sedia untuk diminum

Cara minum :

  • Ambil 2 sudu + 1 sudu madu waktu pagi sebelum sarapan (perut kosong) dan malam sebelum tidur. Selebihnya simpan dalam peti dan amalkan setiap hari
  • Jangan bimbang sebab rasanya sedap tak pahit langsung! Mcm rasa ais lemon tea, masam-masam manis. Tapi memang kena masak lama. baru betul2 pior rasa dia. Kalau sekejap hampas dia kasar tapi bila masak lama jadi lembut. Blend pun halus mulus, betul2 pekat jadinya.


Kelebihan /khasiat :

  • Untuk kurus + perut kempis
  • Buang toksin + buang air lawas
  • Untuk dalaman wanita + buang angin
  • Badan ringan + macam2 lagi khasiat

Selamat mencuba

Sumber: Facebook Nureeman Ramli

 

 

 

 

Artikel Berkaitan
Anda Mungkin SUka
KOMEN