Untuk dapat tubuh badan kurus langsing ketika ini ada banyak jenis diet yang boleh diikuti. Tapi walau banyak pilihan ramai saja yang gagal meneruskan misi kurus kerana berasa sukar.

Ha...sebenarnya ada saja kaedah diet paling mudah untuk turunkan berat badan dan pada masa yang sama tidak pula membahayakan. Caranya ikut kaedah diet air putih.

Ya jangan tak percaya! Dengan mengatur waktu minum air putih dan mengikut panduan yang diberikan berat badan boleh turun dengan cara yang lebih sihat.

1. Sebaik bangun daripada tidur pastikan minum air putih segelas. Ia baik untuk kesihatan selain membantu membuang lemak dari tubuh.

2. Sebelum dan selepas makan minum air putih paling tidak 2 gelas. Ia akan membuat perut kita kenyang dan tak makan terlalu banyak.

3. Minum lebih dari 4 liter air sehari. Ia akan melunturkan lemak dan membuang toksin dari tubuh.

4. Ganti minuman teh atau kopi mahu pun air manis lain dengan air putih. Lupakan terus.

 

5. Air putih dan juga hirisan lemon atau buah-buahan lain juga membantu menurunkan berat badan secara alami.

6. Jika mahu kesan lebih cepat kena lakukan senaman dan imbangi dengan minum air yang banyak.

Walaupun dah minum banyak air putih, makan pun kenalah kawal juga. Kalau makan tetap dua pinggan nasi tetap susah nak kurus juga ya.

Sumber: www.boldsky.com


 

KOMEN
Artikel Berkaitan