Ada kala kita tidak sedar akan kesilapan yang dilakukan sehinggalah kita 'ditegur' oleh satu peristiwa. Situasi sama dia alami oleh Cik Noor Zuriati, yang alpa dalam menjaga pemakanan hingga berat badan mencecah 100kg.

Namun peristiwa diminta pulang oleh penemuduga kerana dilihat terlalu gemuk ketika memohon kerja menyebabkan wanita ini tersedar dan nekad berubah. Ikuti perkongsiannya.

Assalamualaikum, pertama sekali cikzu minta maaf sebab tak boleh nak reply mesej & komen satu-satu. Tak sangka pun akan ada ramai yg minta tip semua tu. Tangan cikzu saja gatai nak upload gambaq testi DA tu ja padahal belum capai target lagi.

Okay sebelum ni cikzu penah buat diet atkin. Time tu nak diet sebab nak pergi temuduga sektor kerajaan. Penemuduga tu suruh balik sebabnya aku ni overweight(lebih kurang halau la)… Sedih wey... Memang tak pernah berjaya la diet. Makan masa dua tahun jugak la.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.599020.1481789016!/image/image.jpg

Pastu memang dah tak terfikir nak diet dah. Makan saja ikut suka..Pastu berat badan naik, aku mampu nangis ja takde usaha nak turunkan berat badan, takde nak fikir kesihatan diri sendiri.

Nak cari baju & seluar memang sangat susah sebabnya saiz takda. Time tu dalam fikiran hanya mampu cakap “kisah apa aku.” Setahun jugaklah nafsu makan aku mcam syaitonnn. Astaghfirullahalazim...

Berat cecah 100 kg

Masa tu berat badan hampir 100kg. Ha...masa ni baru aku sedar nak jalan pun tak larat, nak solat pun susah, sakit tumit, nak buat kerja pun susah. Then, aku cuba kurangkan nasi, aku tak tinggal nasi terus tau.

Jangan sesekali salahkan nasi. Drpd sekali makan dua pinggan nasi aku kurangkan sepinggan pastu satu senduk dan tinggal terus. Air manis tu mmg dah tak minum dah gantikan dengan air suam hilang rasa nak minum manis…

Okay dah serasi tak ambik nasi, baru terfikir nak buat diet atkin semula. Ha time ni semangat memang berkobar-kobar. Study balik pasal atkin, baca dan hadam sampai faham betul-betul baru mula diet.

NOVEMBER 2015, tiga bulan aku diet, aku tak timbang langsung berat. Apa yg aku makan? Aku makan telur, ayam, ikan, daging, sayur hijau dan air masak 4.5 liter sehari. Aku minum air suam sebab tak nak meloya, ditambah pulak dengan Zumba tiap-tiap hari sampai skrg dah jadi hobi pulak. Mmg tak miss langsung.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.599019.1481788998!/image/image.jpg

Sedar perubahan bila kawan tegur

Habis kerja terus Zumba, mmg tak tau letih dah time tu sebab badan rasa fresh ja. Aku dapat tau aku kurus oleh sebab kawan-kawan nampak perubahan. Aku sendri tak nampak pun perubahan tu sebenarnya!Dah org cakap kurus kan, pastu try timbang, mak ai lost 15kg tanpa kusedar.

Masa tu fikir, alah baru 15kg lost, sikit sangat tu. Tamak betul... Dah tu masuk phase 2 atkin tapi kali ni lambat sikit nak lost. Sebulan dalam 3 kg ja. Ok la tu kan. Nampak jugak perubahan.

Dah nak dekat setahun baru timbang pulak rupa-rupanya dah lost 30 kg. Perasaan seronok tu tak seberapa lagi sebab belum capai target tapi tetap bersyukur dah lost banyak. Dah setahun berlalu.

Kalau cakap susah, susahlah jadinya

So, yg mintak tip tu saya takda tip sangat pun just ikut rules atkin ja. Nak berjaya kena belajar drpd kesilapan dan kegagalan. Aku dulu pun dah berapa kali gagal, ada yg cakap susah nak diet, bila kau cakap susah, susahlah jadinya.

Cuba ubah mind, fikir positif ja yg negatif tu lempar buang haaa satu lagi, ada yg tanya macam mana nak kecilkan itu ini tu, insya-Allah kalau diet n work out dengan betul semua tu akan kecik dan fit.

Setiap 25kg berat badan = 1 liter air

Sumber  Cik Noor Zuriati

 

Artikel Berkaitan
Anda Mungkin SUka
KOMEN