Selain beli baja, kumpul sisa dapur rupanya ada cara lagi senang untuk melebat buah dan pokok bunga.

Cuma guna serbuk perasa Ajinomoto. Kalau ada pokok bunga atau pokok buah yang malu-malu untuk berbuah boleh guna cara ini.

Menurut Sifudurian yang menggunakan kaedah ini hasil baja Ajinomoto, mangga yang sebelum ini segan nak berbuah kini dah mabuk berbunga.

IKLAN

DIY Baja Dari Serbuk MSG Supaya Pokok Berbunga, Berbuah Lebat & Besar

Macam mana nak buat baja ini

  • Sukatan adalah 5 sudu makan Ajinomoto dan 5 liter air bagi pokok usia setahun.

  • Bagi pokok-pokok kecil seperti kari, pokok bunga dan yang berumur setahun ke bawah, 1-2 sudu makan Ajinomoto dan 5 liter air.

  • Sebaiknya guna air tanpa klorin seperti tadahan aircond, air hujan atau air paip yangdi biarkan terdedah semalaman atau lebih lama.

  • Waktu siraman adalah pada waktu petang sekitar jam 5-6pm keatas. Kekerapan siramanadalah 2 minggu sekali. Siram di pangkal pokok atau sembur pada dedaunan pokok.

DIY Baja Dari Serbuk MSG Supaya Pokok Berbunga, Berbuah Lebat & Besar

INFO

Antara khasiat MSG  untuk tanaman adalah dapat menambah kesuburan pokok, daun lebih hijau, buah menjadi lebat dan berbuah besar.

IKLAN

Selain itu, kandungan unsur atrium pada MSG Ajinomoto mampu mempercepat pertumbuhan pokok, bunga, tingkatkan nutrisi tanaman serta tanaman lebih sihat dan menguatkan antibodi pokok.

Sumber: Sifudurian

IKLAN

Artikel berkait:

Tanam Pokok Kunyit Punyalah Senang. Beli Kunyit Hidup, Biar Bertunas, Tanam!

3 Langkah Tanam Pokok Tomato Ceri, 4 Bulan Dah Boleh Petik

Selain itu:  Tanam Pokok Tapi Asyik Mati Saja, Ini Mungkin Silapnya. Bukan Sebab Tangan Panas!
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI