Sejak empat hari lalu, Dato’ Seri Dr. Vida berada di Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah.

Walau pun sudah banyak kali dijemput sebagai tetamu-Nya namun tak pernah terjangka dia akan berdepan dengan pengalaman ini.

Terasa diri kerdil dia tidak dapat menahan diri dari menangis bila panik terpisah dari kawan ketika sujud.

“Saya menangis tersesat, terputus dari kawan. Konon nak sujud tengok kawan dah takde.

IKLAN

“Saya pinjam telefon orang Malaysia. Dia orang risau cari saya, dah lah kena tarik polis,”ujarnya dalam video yang dimuat naik melalui instagramnya.

Dalam entri yang sama usahawan kosmetik ini berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia dan temannya berada di depan Kaabah.

Mengambil peluang untuk sujud dan berdoa, dia meminta rakan menjaga barang dan dirinya agar tidak dilanggar jemaah lain.

Namun sewaktu sedang sujud, polis datang dan meminta rakannya beredar menyebabkan dia terpisah.

IKLAN

Panik ditinggal sendirian tanpa telefon, dia menangis sebelum mencari orang Malaysia untuk meminta bantuan meminjamkan telefon bimbit.

 

1st time saya berkelana depan Kaabh.. Ya Allah… Ujian dari Nya.. Lepas tawaf sunat antara magrib dan Insya…saya suruh kawan saya jaga saya solat lepas Tawaf betul2 deoan Kaaabah.. Agar tidak Tersepak kepala masa sujud.. Sudah tu.. Polis halau la..biasala..HAJI HAji.. Dgn Garang..saya dgn Kwan Teepisah bila saya nak sambung lagi berdoa.. . . Tel..bag..selipar..sejadah.. Lalu macm mana nak buat. Saya dgn MALU & Kerdil cari orng Mlaysia.. Saya nampak org Malaysia ..Ya Allah Malunya.. Nak pinjam tel..nak coll kawan saya terpisah.. No tel diapun saya tak ingat.. . . Saya coll staff saya kat Msia.. Waktu Mekah pukul 8 Pukul di Malaysia 2 pagi.. . . Tel tel tel.. tak dapat.. . . Tel staff lainn.. Pn Fiza..dapat.. TAPi..tak dapat tel kawan saya.. Lowyer saya.. . . Aduz panjang Cerita Duka Lara ni.. . Tapi Siapa ada pengalaman Terpisah di Masjidil Haram.??? .. . Anyway tq kpd Sahabat yg bg pinjam phone ni.. Siap saya buat rakaman ni.. Mmg RARE.. Pengalaman ni..

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

IKLAN

Menganggap apa yang berlaku sebagai ujian dari-Nya, pengalaman itu juga menurut Dato’ Seri Dr. Vida cukup berharga dan ‘rare’.

Selain itu:  'Maafkan Kesalahan & Dosa Saya..."Dugaan Ustaz Ebit Lew Hilang Pendengaran Telinga Kanan

Dalam ruangan komen pula, ramai pengikutnya turut bercerita tentang pengalaman serupa terpisah dari rakan dan ahli keluarga ketika berada di Masjidil Haram.

 

Sumber : datoserivida

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI