Selepas hampir empat tahun hidup bersama anak-anak, pelakon Dynas Mokhtar,35 akan menamatkan status ibu tunggal yang dipegang pada hujung minggu ini.

Bakal bernikah dengan jejaka bujang Shazrik Din, meski ini merupakan perkahwinan kedua buat dirinya namun tetap ada acara berbalas hantaran.

Menariknya, hantaran yang disediakan oleh Dynas untuk bakal suaminya itu cukup istimewa dan rasanya tak pernah lagi dibuat dek pasangan lain.

Bagi pasangan yang ‘ada-ada’ mungkin pernah memberikan hantaran rumah, kereta atau percutian tapi apa yang diberi Dynas berbeza. Sebagai hantaran untuk suami, Dynas memberikan pembedahan lasik untuk mengatasi masalah mata yang dialami Shahrik.

IKLAN

Belum pernah dengar lagi kan pembedahan lasik dijadikan hantaran kahwin.

Ujar pelakon ini hantaran itu adalah hadiah terbaik buat suaminya. Hadiah penglihatan lebih jelas ini katanya supaya bakal suami dapat melihat betapa dia sangat menyayanginya. Sweet sungguh Dynas ni.

Perkara ini dikongsi Dynas dalam satu entri di instagramnya baru-baru ini.

As hantaran I decided to give Rik the best gift ever ! Perfect vision and that you can see how much I love you . A special Tq to Prof Muhaya,”demikian tulis Dynas dalam status yang turut berkongsi video ketika Shazrik melakukan pembedahan lasik di Pusat Lasik Prof. Dr Muhaya.

IKLAN

Dynas Mokhtar Cipta Trend Hantaran Kahwin Baru, Hadiahkan Bakal Suami Pembedahan Lasik RM12 Ribu Sebagai Hantaran

Dalam ruangan komen di status tersebut Dynas turut berkongsi tentang harga pembedahan lasik yang dilakukan.  Membabitkan kos RM12 ribu, pembedahan ini katanya hanya dilakukan dalam masa dua minit sahaja.

IKLAN
Selain itu:  Nikah Awal Dari Tarikh, Jodoh Ummi Nazeera Lelaki Pilihan Keluarga

Jelas Dynas dia sendiri pernah melakukan pembedahan lasik ini satu ketika dulu yang melibatkan kos RM 8 ribu namun tempoh pembedahan adalah selama 17 minit.

Terbaiklah hantara Dynas ni, kalau ada duit apa salahnya untuk insan tersayang kan.

 

Sumber: dynasmokhtar

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI