Elok sungguh kejadian Japanese cheese cake ini. Nampak pun dah tahu sedap. Boleh hilang stres bila makan kek begini, apatah lagi kalau dibuat sendiri.
Japanese cotton cheesecake ini sebenarnya hasil air tangan Nur Aisyah Bt Azman. Menurut beliau membuat kek ini ibarat terapi, bagi yang nak cuba hasilkan kek dengan hasil yang sama, Nur Aisyah turut berkongsi resipinya. Nampak macam mudah saja cara buatnya.
Bahan A
160gm cream cheese (Anchor)
20gm salted butter (Anchor)
50ml susu full cream
40gm tepung gandum (Baker Choice)
4 biji kuning telur
Bahan B
4 biji putih telur
80gm gula
Cara membuat
1.Double boiled semua bahan A sehingga larut. Biarkan suam.
2.Pukul putih telur hingga berbuih kemudian masukkan gula.
3.Tapiskan bahan A dan masuk ke dalam bahan B.Kaup balik adunan.
3.Tuangkan ke dalam loyang yang digris dengan butter.
4. Bakar menggunakan kaedah waterbath (air panas masukkan dalam loyang asing kemudian letakkan loyang adunan).
5. Bakar selama 1 jam suhu 150 darjah.
Info: Resipi ini memang tak menggunakan perahan lemon atau cream of tartar.
Sumber: Nur Aisyah Bt Azman
Roti Pun Boleh Jadi Baja, Rupanya Inilah Rahsia Tanaman Jadi Subur & Mula Berbuah
Bagi yang suka bercucuk tanam kat sekeliling rumah tapi pokok yang ditanam asyik tak subur dan tak berbuah boleh cuba cara yang digunakan oleh Intan Suhana.
Menggunakan hanya roti dan air inilah rahsia tanamannya menjadi. Katanya baja yang dinamakan MOL (Mikroorganisma Lokal) ini memang berkesan. Dia boleh lihat ‘keajaiban’ selepas menggunakan baja ini.
Pokok akan berkembang biak, pucuk baru keluar meriah, daun jadi hijau dan kalau yang tak pernah berbuah akan mula keluarkan hasil.
Cara nak buat juga senang, tak guna tenaga pun malah kosnya tersangatlah murah. Boleh ikut perkongsian Intan Suhana ini.
Bahan-bahan
Sekeping roti yang masih baik
Air sebanyak 1.5 liter
- Air hujan atau air basuhan beras je tau.
- Kalau nak guna air paip, sila dedahkan dahulu air kepada cahaya matahari seharian supaya dapat hilangkan/ kurangkan kandungan klorin.
- Ramai yang tanya pasal air ni. Disebabkan sekarang kebanyakan kita dah ramai yang pakai penapis air di rumah, takde masalah pun nak guna air paip andai kita sedia maklum bahawa penapis air kita tu boleh menyingkirkan kandungan klorin.
Cara membuat
1. Koyak-koyakkan roti dan masukkan dalam botol, kemudian masukkan air. Pastikan air yang digunakan bukan lah air yang berklorin ye. Sebaiknya guna air hujan atau air basuhan beras.
2. Kak Intan gunakan air hujan yang ditadah khas untuk siram pokok-pokok keliling rumah.
3. Kemudian peram, letak ditempat gelap. Kak intan letak kat dalam kabinet dapur bawah singki.
- Minimum peram 4 hari pun dah ok. Tapi paling efektif minimum peram selama 7 hari. Pastikan selepas setiap 3 hari pastikan penutup botol dibuka bagi mengeluarkan gas yang terhasil akibat proses peraman atau penapaian ni. Saintifik sikit bunyi nya kan.
- Kalau lupa buka penutup botol tu bersedia lah untuk menghidu bau masam satu rumah sebab ia bisa meletop ngerti nggak!
- MOL ni seeloknya digunakan dalam tempoh 14 hari. Tapi ia juga boleh tahan sampai setahun kalau rajin bagi dia gula merah setiap 6 bulan sebagai sumber makanan utk mikrob yang terhasil.
- Kuantiti gula merah kita agak-agak saja okeh. Sebab Kak Intan pun belum sampai tahap bagi makan mikrob ni lagi.
4. Kak intan suka gunakan nisbah sendiri. Ku taruk roti 4 keping sebab nak sesuaikan dengan nisbah air yang ku anggap ada dalam 6 liter kot bekas penyiram ni. Nak ikut ikutlah.
Bila baja dah jadi ku tuang saja sebotol baja ini ke dalam bekas ni dan tambah aje air hujan sampai penuh bekas.
Kemudian round aje keliling rumah siram pokok-pokok kesayangan sambil nyanyi lagu “Dimatamu”. Biar pokok pun terhibur.
5. Ha… tengok tu. Pokok bunga lily ni memang tak rajin berbunga. Lepas kena siram dengan baja roti ni berlumba-lumba batang bunga dia keluar. Tapi sayang. Udah kena libas separuh dengan suamiku si tukang mesin rumput.
6. Daun kucai ni bagus. Mencontohi kekedingan tuan nya kahkah. Tapi subur ok!
7. Daun kesum yang gemok
8. Paling best pokok belimbing buluh ni. Berbuah buat pertama kalinya selepas berapa kurun ku tanam. Buahnya semalam udah ku petik buat sambal tumbuk dengan ikan bilis.
9. Ini pulak pokok delima yang dah lebat daunnya.
Menarik sungguh tengok hasil tanaman dia kan. Selamat mencuba uols.
Sumber: Intan Suhana
Tip Pilih Cili Kering Yang Pedas ‘Giler’, Kurang Pedas & Tak Pedas
Selera kita berbeza, ada yang suka masakan pedas dan ada yang tak. Tapi jadi masalah bila tersilap pilih cili kering yang selalu kita guna dalam masakan
Walaupun cili kering kebanyakkan warnanya merah tapi ia ada bezanya. Malah cili kering ini ada kategori berdasarkan bentuk yang membezakan tahap kepedasannya.
Ramai yang tak tahu kan. Perkara ini dikongsi oleh Puan Rohani AbWahab yang turut menurunkan tip membezakan cili kering pedas dan tidak pedas.
Tip pilih cili kering
Kebelakangan ini ramai yang mengadu tentang cili pedas. Di sini saya share tip untuk pilih cili tak pedas, kurang pedas dan terlebih pedas.
Caranya sila rujuk gambar di atas.
1. Cili nombor 1 dalam gambar di sebelah kiri memang nampak cantik dan tak berapa kering kulitnya. Nampak berkilat tapi jangan percaya sangat dengan kelembutan wajahnya. Sebabnya inilah jenis cili kering ‘puaka niyang rapik’ punya rasa. Ekstra pedas, kalau makan rasa macam nak tumbuk orang sebelah.
2. Cili nombor 2 (gambar tengah) ini nampak kering kontang bagai gurun sahara. Yang ini jenis cili kering pedas biasa. Pedas yang mungkin kanak-kanak boleh makan dan senyum lagi..
3. Cili kering nombor tiga ini nampak macam terlebih kolagen. Berkilat tapi rasanya langsung tak pedas. Kalau anak-anak makan mereka boleh ketawa girang sebab boleh makan nasi sambal extra.
Sumber: Rohani AbWahab
Tanam Lobak Dalam Botol Air Mineral Pun Boleh. Caranya Jangan Isi Tanah Penuh Botol Dulu!
Seronok pula tengok perkongsian CT Hamisah Ahmad yang berkongsi idea menanam lobak dalam botol. Dia cuma guna kembali botol air mineral terpakai saiz 1500ml.
Maknanya kalau tiada laman pun boleh saja nak cuba tanam lobak ini. Caranya boleh ikut tip yang dikongsi oleh CT Hamisah.
Cara tanam lobak dalam botol air mineral dari biji benih
1. Lobak ini saya tanam dari dari biji benih, boleh beli di nurseri, online pun ada (Shoppe).
2. Mula-mula sekali semai biji benih lobak di tray semaian dulu. Letak tray di tempat redup, pastikan siraman cukup.
3. Bila daun dah naik 4-5 helai bolehlah pindahkan anak benih lobak dalam botol. Daun lobak mula mula akan keluar macam rumput. Biar dulu hingga daun sebenar keluar baru pindah dalam botol.
Saya guna botol air mineral 1500 ml yang dipotong bahagian atasnya selain buat lubang di bahagian bawah.
4. Sewaktu isi tanah dalam botol, jangan isi tanah sampai penuh. Letak tanah hingga 3/4 botol saja. Pastikan guna tanah yang tak keras supaya ubi lobak mudah membesar.
5. Kemudian masukkan anak benih lobak dan tanam, biarkan tenggelam semua batang. Tinggalkan daun saja tapi pastikan pucuk tidak tertimbus. Nanti anak pokok mati.
6. Bila lobak semakin membesar, batang akan naik. Tambah lagi tanah, timbus batang sampai pelepah pertama. Jika tak buat begini lobak tak membesar dengan baik dan tak berisi.
7. Siram 2 kali sehari dan buang daun di bawah sekali. Lobak biasanya boleh dituai antara 60-90 hari.
INFO
- Lobak dalam gambar itu dituai pada usia 2 bulan. Ingat nak ambil daun untuk masak sayur air rupanya lobak dah ada isi.
- Kalau tanam lobak putih, biasanya memang akan timbul sikit di permukaan.
- Selain lobak boleh juga tanam sayur lain dalam botol ini.
Sumber: CT Hamisah Ahmad