Gigi kuning memang menjejaskan senyuman. Pakailah lipstik tebal mana pun ia takkan dapat melindungi masalah gigi ini.

Selain mendapatkan rawatan doktor gigi untuk mengatasi masalah kuning, terdapat juga cara semula jadi untuk memutihkannya kembali.

5 makanan ini mampu membantu senyuman anda tambah menawan kerana ia berupaya menjadikan gigi lebih putih.

1. Strawberi
Strawberi kaya akan asid folat yang akan secara semula jadi menanggalkan kotoran yang melekat pada gigi.

2. Kekacang
Bukan hanya memiliki kesan alkaline, kekacang seperti almond dan biji bunga matahari juga kaya dengan lemak tak tepu yang berfungsi menjaga kesihatan gigi dan gusi. Menjadikan mulut dan gigi sihat dan segar.

3. Nanas
Enzim bromelain yang terkandung dalam nanas adalah penanggal kotoran semula jadi selain berupaya menghancurkan plak. Plak inilah yang mengikis enamel gigi dan membuatnya kuning dan rapuh.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/April/20/pineapple.jpg

4. Buah dan sayuran keras
Buah dan sayur bersifat keras atau ranggup bila dimakan seperti epal, lobak dan seledri memiliki keupayaan untuk mengeksfoliasi gigi dan mengangkat kotoran yang tertinggal pada gigi. Menggosokkan makanan ini  pada gigi menjadikan gigi lebih putih.

5. Coklat gelap
Coklat gelap bukan saja baik untuk kesihatan tubuh malah Dr. Sivan Fenkel yang juga doktor gigi kosmetik di New York, Amerika mengatakan bahawa kandungan yang ditemui dalam coklat ini juga efektif dalam membersihkan gigi dibandingkan flourida.

sumber: www.liputan6.com

Anda Mungkin SUka
KOMEN