Selesai uruskan kerja rumah tangga, sedikit masa terluang di hujung minggu ini bolehlah kita gunakan untuk rawat diri.

Tak perlu ke spa untuk cantikkan wajah dan segarkan tubuh sebab kita boleh lakukannya di rumah dengan petua ringkas  ini. Serius mudah sangat untuk kita amalkan setiap minggu.

1. Bersihkan wajah dengan skrub gula dan madu
Untuk hilangkan bintik hitam dan keluarkan sel kulit mati agar wajah nampak segar amalkan skrub ini.  Ambil satu sudu makan gula pasir, campurkan dengan dua sudu makan madu. kacau dan oles pada wajah.

Gosok perlahan selama 10 terutama pada bahagian hidung yang ada banyak bintik hitam. Kemudian bilas dan rasa kesegaran wajah.

2. Tegangkan wajah dengan masker putih telur dan limau
Lengkapkan rawatan wajah selepas skrub tadi dengan masker. Campurkan putih telur dengan perahan limau nipis, sapu terus pada wajah atau boleh tampalkan dengan tisu.  Masker ini membantu menegangkan dan mencerahkan kulit wajah.

3. Segarkan mata panda dengan timun
Ambil hirisan timun dan tempelkan pada mata. Baring dan rehat selama 15 minit. Ini cara mudah untuk menyegarkan mata, mengurangkan lingkaran hitam serta bengkak pada mata.

4. Rawat rambut dengan santan

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/April/15/Coconut-Milk.jpg

Sediakan santan pekat (bukan santan kotak). Basahkan rambut lalu sapu rata hingga nengenai kulit kepala. Jangan lupa hujung rambut sekali.

Balut kepala dengan tuala lalu biarkan selama 10 minit. Bilas dengan air dan bersyampu. Cara ini dapat melembapkan rambut, merawat rambut yang rosak selain mengelakkan uban.

5. Rehatkan kaki dengan air suam
Ambil satu besen air suam dan rendam kaki. Pastikan air melebihi buku lali. Biarkan kaki terendam selama 15 minit atau sehingga air sejuk. Boleh juga campurkannya dengan garam galian atau pun perahan lemon. Ia dapat melancarkan perjalanan darah pada kaki, menenangkan otot kaki serta membersihkan bahagian ini.


Selamat mencuba.

Artikel Berkaitan
Anda Mungkin SUka
KOMEN