Tak dinafikan ramai wanita dengan kerjaya ini punya penampilan cantik-cantik belaka. Bagaimana ya mereka kekal sebegini pada masa yang sama perlu melalui tempoh penerbangan yang lama?

Berikut adalah perkara yang selalu dipraktik dan dibawa oleh pramugari sebelum terbang yang  juga menjadi rahsia mereka tampak cantik selama bertugas.

1. Minum banyak air
Air dalam cawan kecil yang biasa diberikan bersama makanan di dalam pesawat memang tidak mencukupi. Ini kerana keadaan di dalamnya sangat kering.

Penumpang pesawat akan bernafas dengan oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida. Agar lebih banyak oksigen, udara segar selalu disalur masuk ke dalam kabin.

Ini juga yang membuat kelembapan di kabin sangat minimum dan memberi kesan pada kulit. Minum lebih banyak air salah satu cara agar kulit kekal lembap.

2. Kurangkan produk kecantikan
Anda mungkin ada banyak koleksi produk kecantikan, tetapi jika travel tidak perlu membawa kesemuanya. Pilih produk kecantikan yang wajib dan masukkan dalam botol kecil. Ini memudahkan anda meneruskan rutin kecantikan walau di mana jua. Perkara inilah yang dilakukan oleh pramugari.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/26/image-881694-galleryV9-riji-881694.jpg

3. Bawa semburan wajah
Produk semburan air atau face mist ini akan menyegarkan wajah. Ada yang mengandungi air mawar yang elok kelembapan wajah malah ada juga yang kolagen malah vitamin E untuk kecantikan. Tiru cara ini dan bawa ke tempat kerja terutama untuk anda yang bekerja dalam ruang berhawa dingin.

4. Pelembap
Berada di dalam pesawat yang kering maka mereka tidak boleh kekurangan pelembap. Tak hanya pelembap wajah, losyen badan, lip balm, krim mata juga perlu dibawa.

5. Pilih produk SPF
Produk-produk yang mengandungi SPF mampu melindungi kulit dari bahaya sinar UV. Jika anda duduk di berhampiran tingkap pesawat maka paparan sinar UV pada kulit lebih berisiko.  

Jika dilihat rutin kecantikan pramugari ini mudah saja, jadi sudah tentu boleh kita dipraktikkan meskipun kerjaya tidak di udara seperti mereka.


Sumber: www.popsugar.com

Anda Mungkin SUka
KOMEN