Trend kecantikan sentiasa berubah dan kebiasaannya wanita tak kira gadis atau yang sudah berkahwin akan mengikutinya.

Tujuh trend kecantikan berikut adalah antara yang kita rasa buat diri makin cantik tapi hakikatnya di mata lelaki ia tak berapa indah.  

Malah ada beberapa trend ini dibenci dan sebaiknya trend tersebut diketahui supaya anda tidak terikut dengan stail yang tidak disukai.

1. Winged Eyeliner

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.600945.1482228106!/image/image.png

Kita mungkin mengenakannya supaya mata kelihatan besar, cantik dan tajam tapi di mata lelaki solekan mata ini dianggap berlebihan apatah lagi anda mengenakannya hanya untuk ke pasar.

2. Lipstik merah

Memang cantik tapi jika anda masih muda dinasihatkan jangan terlalu kerap memakainya, supaya tak kelihatan seperti orang tua atau golongan 'mak-mak'. Sebab lipstik merah memang sinonim untuk wanita yang berusia atau matang.

3. Kuku panjang palsu

Ada yang suka-suka mengenakan kuku palsu dengan hiasan terutama bila waktu tak boleh solat. Untuk pengetahuan anda, ini antara trend yang tidak disukai lelaki. Di mata lelaki anda mungkin kelihatan seperti ahli sihir.

4. Lipstik glitter

Ramai yang suka mengoles lipstik glitter untuk nampak ranggi. Tapi jangan setiap hari. Trend ini dianggap tidak menarik dan tidak sesuai termasuk oleh suami anda sendiri.

5. Sneaker bertumit/ wedges

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.600947.1482228186!/image/image.jpg

Kasut tumit tinggi sudah biasa dan beri kesan seksi pada pemakainya. Namun berbeza dengan heel sneakers (sneakers bertumit) atau wedges sneakers. Kasut yang sporty dan feminin ini nampak pelik pada lelaki. Siapa ya yang menciptanya?

6. Bulu mata palsu

Pemakaiannya boleh buat mata kita nampak lebih besar dan solekan mata lebih cantik. Tapi bulu mata palsu ini kelihatan sangat palsu, lelaki terutama suami lebih suka isterinya yang semula jadi.

6. Potongan rambut Pixie

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.600952.1482228522!/image/image.jpg

Bosan dengan rambut panjang, anda mungkin mahu berambut pendek pula. Tapi jangan memilih gaya pixie yang tersangat pendek ini. Ia buat wanita kelihatan seperti lelaki. Kalau begini apa perasaan suami melihat anda.

 


 

Anda Mungkin SUka
KOMEN