Melihat potensi fesyen muslimah yang kian berkembang jenama terkenal dari Itali, Dolce & Gabbana tidak ketinggalan melancarkan koleksi hijab dan abaya mereka. Menyasarkan untuk pasaran Timur Tengah, ia ditampilkan awal bulan ini membuatkan dunia fesyen heboh mengenainya.

Koleksi ini terinspirasi dari keindahan gurun pasir dan pesona wanita Timur Tengah dengan dominasi warna neutral seperti hitam, coklat muda dan putih. Menggunakan bahan lace dan satin untuk kesan ‘jatuh’ dan flowing dengan motif floral, polkadot, daisy dan lemon, koleksi ini dilihat begitu trendy. D&G juga  mengepilkan aksesori bermotif serupa, pada kaca mata, beg tangan, kasut malah casing iphone.

Namun wanita di Malaysia mungkin hanya mampu melihat koleksi ini kerana ia akan hanya dijual di Timur Tengah, Paris, London, Milan, dan Munich. Siapa yang melancong ke negara terbabit, mungkin boleh beli.

Mari kita tengok sebahagian daripada koleksi fesyen ini.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/130115/1.jpg

Simple tapi menarik terutama beg tangannya.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/130115/3.jpg

Motif hijab polkadot menyerlahkan gaya abaya.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/130115/2.jpg

Gaya kasual yang mahal.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/130115/160107172340-dolce-gabbana-hijab-abaya-5-super-169.jpg

Aksesori rona emas yang mengindahkan busana.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/130115/hijab.jpg

Kaca mata stail tersendiri, untuk wanita yang mahu tampil berbeza.

Koleksi Dolce & Gabbana ini memang cantik cantik belaka, sayang tak dipasarkan di Malaysia.

Sumber & Foto cnn.com

 

 

Artikel Berkaitan
Anda Mungkin SUka
KOMEN