Teringin berambut pendek tapi takut tak kena gaya. Ini selalu jadi masalah wanita. Silap potong nanti jadi bahan ketawa pula. Jadi macam mana nak tahu wajah kita sesuai berambut pendek atau tidak. Ini yip yang boleh anda praktikkan. 
 
Cara tentukannya kena buat kiraan sikit tapi senang saja,  tak perlu guna kalkulator pun. Kaedahnya dinamakan Ujian 2.25 inci. Barang yang diperlukan mudah saja, pensel, pembaris, cermin dan wajah anda.  
 
1.Pertama sekali letak pensel pada hujung dagu secara melintang.
 
2.Kemudian ambil  pembaris letakkan di bawah cuping telinga (anda akan dapat lihat ruang segi tiga seperti dalam gambar rajah).
 
3.Bahagian pensel bertemu pembaris adalah ukuran yang perlu diperhatikan. Jika kurang dari 2.25 inci maknanya wajah anda memang sesuai untuk rambut pendek.
 
4.Jika ukurannya lebih dari 2.25 inci lupakan niat berambut pendek. Eloklah biarkan saja rambut panjang mengurai.
 
Ujian ini dikatakan berkesan sebab ia membantu mencari sudut tulang rahang yang menentukan seseorang itu sesuai berambut pendek atau panjang. Jadi boleh buat ujian ini sebelum memotong rambut. 
 
Sumber: Self.com
KOMEN
Artikel Berkaitan