Bagi yang baru belajar nak pakai tudung, VK kongsi tip paling asas yang perlu anda tahu. Paling utama adalah memilih material tudung.  Sebabnya walau cantik macam mana pun tudung itu kalau fabrik tidak selesa, anda takkan memakainya. Betul tak? Jadi waktu memilih tudung fabriknya perlu anda ambil kira.


1. Kain yang ringan - tidak terlalu padat dan tidak tebal agar aliran udara boleh masuk dan keluar supaya rambut dan kulit kepala tetap segar.

2. Tidak jarang - fabrik mestilah tidak jarang hingga menampakkan rambut. Apa makna pakai tudung kalau rambut nampak.

3. Tidak terlalu licin - supaya anda mudah melilit dan mempelbagaikan ikatan.

4. Tidak kasar - bila dipegang fabrik terasa lembut, tidak kasar dan tidak licin.

5. Kain kapas atau polywool - bagi yang selalu travel pilih bahan dari kain kapas, polywool kerana ia cepat kering dan tidak perlu digosok. Kain kapas pula paling selesa ketika travel.  

6. Fabrik dari polyester - fabrik ini juga baik kerana warnanya tahan lama.

Artikel Berkaitan
Anda Mungkin SUka
KOMEN