Jika anda wanita bujang, berusia 30-an dan ingin segera mencari calon suami info ini mungkin membantu anda bertemu jodoh.

Selalunya wanita akan memilih baju hitam untuk kelihatan kurus dan lebih langsing. Tapi sekarang, ada alasan lain untuk anda makin kerap mengenakan busana warna gelap ini.

Menurut kajian yang dibuat oleh satu portal membeli belah dalam talian, wanita yang memakai baju warna hitam akan dilihat lebih seksi, yakin dan bijak.

Kajian yang melibatkan seribu responden ini telah menunjukkan beberapa foto wanita pada responden lelaki. Responden lelaki harus memberikan nilai pada foto-foto tersebut berdasarkan warna busana yang mereka kenakan.

Hasil kajian mendapati majoriti responden lelaki berpendapat bahawa wanita semakin menarik perhatian ketika mereka memakai baju warna hitam.

Sementara itu, warna biru mewakili karakter kebijaksanaan manakala wanita memakai baju warna merah dari pandangan mata lelaki adalah seorang yang punya keyakinan diri yang tinggi.

Paling penting, wanita yang tampil dengan baju warna hitam di mata lelaki merangkumi seorang wanita yang bijak, seksi dan yakin diri.  Responden juga mengakui bahawa wanita semakin cantik ketika mengenakan kombinasi warna hitam dan putih.

Jadi untuk wanita bujang yang mencari calon suami, anda boleh menambah koleksi baju daripada warna yang disarankan ini.

 

KOMEN