Ketika haid, wanita disarankan supaya tidak berenang terutama dalam kolam. Sebab yang bermain dalam fikiran kita sudah tentulah kerana bimbang darah haid akan mencemari air kolam.

Tapi ini bukan alasan utamanya, sebenarnya ketika sedang haid, vagina akan terdedah kepada lebih bakteria yang boleh membahaya organ ini.

Terdedah pada risiko jangkitan

Ini kerana tekanan dalam air lebih tinggi dibanding dalam vagina. Jika wanita dalam keadaan haid aliran tenat berenang keadaan ini menyebabkan vagina akan kurang pertahanan dari bakteria dan mendedahkan organ ini banyak risiko.

Vagina mempunyai sistem pertahanan bermula dari vulva untuk mencegah jangkitan. Bila seseorang wanita dalam keadaan haid berenang, maka pertahanan bakteria ini melemah akibat kelembapan yang tinggi.

Oleh itu disarankan agar wanita menangguhkan aktiviti renang sehinggalah selesai haid bagi mengelakkan sebarang jangkitan di bahagian intim ini.

 

KOMEN