Berapa usia anda sekarang? Adakah sama dengan usia kulit anda? Untuk mengetahui usia kulit, anda boleh lakukan ujian ringkas ini.

Cubit kulit bahagian belakang telapak tangan anda selama lima saat dan lepaskan. Lihat berapa lama waktu yang diperlukan kulit untuk kembali seperti biasa?

  • Sekiranya ia kembali rata dalam 1-2 saat, usia kulit anda di bawah 30 tahun. 
  • Sekiranya mengambil masa 3-4 saat bermakna usia kulit antara 30 hingga 44 tahun.
  • Sekiranya mengambil masa 5-9 saat menunjukkan usia kulit 45 hingga 50 tahun.
  • Lebih dari 10 saat  bermakna kulit berusia 60 tahun ke atas.

Ya, hakikatnya usia kulit dengan usia anda yang sebenar belum tentu sama. Walaupun sudah menggunakan ribuan krim dan ramuan yang dikatakan mampu menjadikan kulit tampak lebih muda, tapi keadaan kulit itu sendiri tidak dapat berbohong.

Menurut seorang pakar dalam industri kecantikan, Dr Alexis Abramson, kulit akan berubah secara visual bermula dari usia 45 tahun. Pada usia ini, kulit akan kehilangan keanjalannya dan menjadi lebih kasar.

Namun, kebiasaanya ia akan muncul lebih awal kerana amalan-amalan yang kurang sihat. Bagaimana pun kata Dr. Abramson wanita masih mampu mengekangnya dengan pelbagai cara.

Salah satunya adalah dengan mengurangkan pengambilan gula. Selain itu amalkan pemakanan yang sihat terutama mengambil makanan banyak antioksidan untuk melawan radikal bebas seperti tomato, delima dan bayam.

Krim perlindungan dari sinar matahari juga perlu jadi rutin untuk menjaga kulit dari pancaran sinar ini dan mengekalkan keanjalannya.

 

Anda Mungkin SUka
KOMEN