Kita melihat mereka yang punya pipi tembam mungkin comel, tapi berbeza untuk si empunya diri. Ramai yang rasa kurang yakin dengan pipi gemuk ini lantas  berusaha menghilangkannya.

Bagi yang dalam situasi ini, VK kongsi tip mudah ini. Salah satu cara menghilangkan pipi tembam ini adalah dengan melakukan enam langkah senaman wajah.

Mudah saja dan boleh dilakukan di pejabat dengan syarat anda abaikan pandangan orang sekeliling yang mungkin memandang semacam. Amalkan secara konsisten kerana ia bukan saja mengurangkan lemak di pipi malah membantu menjadikan wajah lebih tirus. Wahhh!

1. Senyum selebar mungkin dengan bibir tertutup. Tahan selama 15 saat kemudian kembali ke wajah asal. Seterusnya senyum hingga menampakkan gigi. Tahan selama 15 saat. Ulang 3 langkah ini sebanyak 5 kali.

2. Tutup mulut dan kembungkan pipi kiri, tahan selama 5 saat. Kemudian lakukan pada pipi kanan pula selama 5 saat. Ulang langkah ini sebagai 5 kali.

3. Bentuk bibir seperti huruf O kemudian secara perlahan-lahan senyum selebar mungkin. Tahan selama 3 saat kemudian relaks. Ulang langkah ini sebanyak 10 kali.

4. Tutup mulut dan sedut pipi ke dalam. Tahan selama 10 saat. Ulang langkah ini sebanyak lima kali.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Feb/22/Fish-Face.jpg

5. Menggunakan hujung jari telunjuk, tengah dan jari manis, perlahan-lahan urut pipi ke arah atas secara perlahan-lahan. Lakukan selama 15 saat.

6. Letak kedua belah telapak tangan di bawah pipi kanan dan kiri. Perlahan-lahan, tarik pipi ke arah atas dengan keadaan mulut tertutup rapat.
Tahan posisi ini selama 5 saat. Ulang langkah ini sebanyak 15 kali.


Macam mana senangkan. Boleh lakukan selalu bila ada masa terluang.

 

Sumber www.cintacinta.com

Anda Mungkin SUka
KOMEN